CSB ; 14

2.1K 81 14
                                    

"Haziqah nak keluar boleh? Hehe." Haziqah tersengih. Niat mahu mengusik ibunda tercinta. Lama tidak bergurau. Muka Tengku Hamidah sudah terang-terangan menunjukkan riak wajah sakit hati.

"Kamu ni kalau nak kena hempuk dengan mummy boleh je mummy buat." Kata Tengku Hamidah. Kerjanya disambung semula. Malas mahu melayan kerenah Haziqah ini. Macam-macam perangai. Menyakitkan hati betul lah!.

"Alah mummy, Haziqah gurau je. Lama dah tak bergurau dengan ibuku tercinta ni. Hehehehe." Haziqah tersengih. Seronok bergurau dengan Tengku Hamidah ni.

.

"Aku ada benda nak cakap dengan kau ni" kata Aryan. Punggungnya dilabuhkan di atas katil. Matanya melihat Aazeen yang sedang menggosok tudung bawalnya.

Mereka ingin pergi ke rumah Tengku Azirah. Lama betul tak menjenguk. Rindu katanya. Aazeen menoleh memandang Aryan. "Apa dia?"

"Aku tak nak kau kerja dah. Kau jadi suri rumah je." Aazeen terus berhenti menggosok tudung dan memandang Aryan. Riak wajahnya terang menunjukkan dia sangat-sangat terkejut. Dia baru sahaja bekerja di sana beberapa bulan, dah kene berhenti?

"Tapi saya baru je bekerja dekat sana. Saya nak juga cari pengalaman." Kata Aazeen seakan-akan merayu. "Aku bukan tak nak kau kerja. Aku risau kan kau. Banyak lagi ancaman kat luar sana yang kau akan dapat."

Aazeen diam. Kepalanya ditundukkan untuk menyambung kerja nya menggosok tudung. Mukanya sedikit monyok.

Aryan memandang Aazeen serba salah. Dia bukan tak tahu mesti ada sesuatu yang jadi untuk jatuhkan rumah tangga dia dan Aazeen. Ayat yang dikatakan oleh Yasmeen tempoh hari masih terngiang-ngiang dalam fikiran. Ini semua mesti kerja dia. Sah!

Aryan bangun dari duduknya. Dia berjalan menuju tempat Aazeen menggosok tudung. Selepas melihat Aazeen menggantung tudungnya, tangan Aazeen dicapai oleh Aryan.

"Aku bukan nak kongkong hidup kau. Tapi aku risau. Kalau apa-apa jadi, aku yang risau Aazeen. Aku yang tak tertu arah fikirkan kau nanti." Pujuk Aryan. Tangan Aazeen diusap lembut oleh Aryan menggunakan ibu jarinya.

Aazeen mendongak memandang Aryan. Nafasnya dihela berat. "Saya tak nak marah abang atau halang keputusan abang. Kalau itu yang terbaik untuk saya dan rumah tangga kita, saya ikut saja cakap abang." Walaupun hatinya sedikit terusik dengan keputusan Aryan, tetapi apa dia boleh buat? Aryan suami dia. Seorang suami tahu apa yang baik dan buruk untuk seorang isteri.

"Saya tak marah abang. Abang janganlah risau. Saya cuma terasa sikit je." Kata Aazeen. Sedikit senyuman diberikan oleh Aazeen untuk Aryan. Aryan menangguk sekali.

"Aku nak mandi. Nak join sekali ke? Lebih afdhal. Dapat pahala." Lengan Aryan ditepuk oleh Aazeen. Time macam ni lah nak bergurau lah Aryan ni!

"Ish pergilah mandi. Saya dah mandi dulu dari abang tadi. Itu lah siapa suruh sambung tidur lepas solat subuh tadi. Tak dapat nak mandi dengan saya." Aazeen ketawa kecil. Malas lah nak gaduh lama-lama. Kata nak kukuhkan rumah tangga kan? Kena lah baik-baik.

Aryan hanya senyum dan mencapai tuala mandi. Kakinya melangkah masuk ke dalam tandas untuk mandi. Aazeen meletakkan semula iron board di tempat asalnya. Plug ditutup.

Aazeen terus keluar dari bilik dan turun ke bawah. Lama dah tak luangkan masa dengan mummy dan adik iparnya itu. Sementara menunggu Aryan, baik dia berborak dahulu dengan ibu mertua dan adik iparnya.

.

Tangannya diletakkan di atas kepala kerana terlalu sakit. Pening kepalanya semakin terasa lebih-lebih lagi kesan arak yang diminumnya malam tadi masih mencucuk-cucuk. Tak sangka kerana terlalu tertekan, Yasmeen bertindak luar kawal dengan meminum air kencing syaitan itu.

Matanya dikelipkan beberapa kali untuk menyedarkan diri. Yasmeen bangun perlahan-lahan dari pembaringan. Matanya melilau melihat sekeliling biliknya. Baju tak cukup kain yang dipakainya malam tadi pun masih belum ditukar.

Dahinya sedikit berkerut untuk mengingati apa yang terjadi malam tadi. Matanya dipejam bagi menghilangkan sedikit sakit kepalanya yang semakin mencucuk-cucuk.

Flashback

Kakinya melangkah masuk ke dalam club malam itu dengan bunyi muzik yang sangat kuat dan bising. Club malam itu penuh dengan manusia-manusia yang terlalu seronok menari dan meneguk air kencing syaitan dengan begitu nikmat.

Dia terus pergi ke arah bar dan duduk di kerusi. Kepalanya diletakkan dia atas meja bar tersebut. Dirinya sekarang sangat-sangat tertekan. Semua rancangannya gagal.

"Air miss." Pelayan tersebut meletakkan cawan kaca yang berisi air whiskey. Yasmeen mengangkat semula kepalanya dan terus mencapai cawan tersebut tanpa melihat langsung isi di dalam cawan itu. Diteguknya air syaitan itu dengan rakus sehingga habis.

Dahinya dikerutkan. Cawan itu dilihat dengan teliti, hidungnya dirapatkan pada cawan tersebut dan dia menghidu. Arak. Dia minum arak. "Em not bad." Cawan itu diletakkan di atas meja bar dan ditolak sedikit ke arah pelayan.

"One more." Kata Yasmeen. Disaat dirinya yang tertekan ini, dia amat memerlukan air seperti ini. Pelayan itu menuangkan lagi air di dalam cawan itu dan yasmeen terus mencapai dan meneguknya dengan rakus.

Matanya dibuka semula. "Aku minum air tu?" Dahinya dikerutkan. Dia bingkas bangun dengan keadaannya yang terhuyung hayang. Kepalanya dipegang kerana berpinar. Matanya dipejam.

Perlahan dia rebah semula ke atas katil. Pandangannya terus menjadi hitam, dunianya seakan gelap.

_________

Assalamualaikum! Maaf semua sebab lambat update. Saya agak busy sedikit dan idea pon kurang. Mood pon takdakk uiii. Thankyou for 5k viewer. Terima kasih kerana support saya! Lot of love! ❤

CINTA SEORANG BIDADARI [SU]Where stories live. Discover now