CSB ; 22

1.5K 91 37
                                    

Kenduri tahlil selama 3 hari itu berjalan dengan lancar dan semua tetamu pulang selepas selesai sahaja kenduri begitu juga dengan keluarga kandung Aazeen. Pinggan-pinggan kotor dibawa masuk ke dapur untuk dibasuh. Tikar mengkuang lama itu dilipat kemas dan disusun semula di tempat asalnya.

Aryan dan Aazeen duduk di atas sofa selepas habis mengemas. Nafas dihela. Sunyi sahaja ruang tamu saat ini walaupun keluarga Tengku Hishamuddin duduk berkumpul disitu.

"Mummy dengan daddy pergi lah rehat dalam bilik dulu. Yang lain nanti biar Aazeen uruskan." Kata Aazeen bagi memecahkan kesunyian. Tengku Hishamuddin dan Tengku Hamidah mengangguk dan terus bangun untuk ke bilik mereka.

Aazeen mengusap lembut peha Aryan tanda memanggil Aryan dengan cara isyarat badan. "Abang naik rehat ye? Biar sayang uruskan yang lain. Kemas sikit je lagi." Tanpa balasan, Aryan terus bangun naik ke atas. Badannya yang sedikit lemah membuatkan dia malas mahu bercakap. Aazeen yang melihat reaksi Aryan itu hanya mampu mendiamkan diri.

Dia faham, keadaan setiap orang yang telah kehilangan insan yang disanyangi itu susah untuk ditafsir. Perasaan mereka sekarang bercelaru. Ada sedih, ada marah. Tapi perkara itu tidak membuatkan Aazeen kecil hati.

Aazeen segera bangun dan meluru ke dapur untuk menolong beberapa orang pembantu rumah mengemaskan sedikit lagi barang-barang di dapur.

.

Skrin telefon bimbit berjenama mahal itu ditekan. Setiap ayat yang ada dipaparan skrin itu di baca tekun oleh Yasmeen. Dia sedikit terkejut mendapat berita tentang kematian Arwah Haziqah. Berita itu menjadi tular kerana keluarga Tengku Hishamuddin ialah pemegang syarikat terbesar di Kuala Lumpur. Tidak hirau lah jikalau berita tentang keluarga mereka menjadi tular di mesia sosial.

"Baca apa tu sayang?" Tanya Hud selepas sahaja menghennyakkan punggungnya disebelah Yasmeen. Kedudukan mereka saat ini sangat rapat. Yasmeen mula rasa berdebar-debar. Wajahnya dipusingkan sedikit untuk memandang wajah Hud.

Mata mereka bertembung lama. Memandang wajah Hud membuatkan Yasmeen seperti terpukau. Sejak hubungan mereka sedikit baik, Yasmeen seperti terpukau dengan setiap perlakuan dan percakapan Hud.

Hud hanya tersenyum selepas melihat reaksi Yasmeen. "I know I'm the most handsome husband in this world. But don't look at me like that." Tercetus ketawa halus Hud. Senyuman itu lagi membuatkan jiwa Yasmeen goyah. Suara seksi Hud membuatkan Yasmeen lebih terpukau.

Lamunannya terhenti apabila Hud meniup perlahan matanya. Matanya tertutup beberapa saat untuk menghilangkan rasa pedih. "Ish you ni kan! Jangan lah tiup mata I." Yasmeen menggosok sedikit matanya dan memandang Hud kembali. "Nak apa?" Tanya Yasmeen.

"Saya tanya sayang tengok apa tu sampai nak terkeluar dah biji mata tu. Tak pandang sekeliling langsung. Buatnya perompak masuk rumah pon sayang tak perasan tau." Tercetus lagi tawa kecil Hud. Kelakar melihat gelagat isterinya yang comel ini.

"Ni. Anak Tengku Hishamuddin meninggal dunia 3 hari lepas." Telefon bimbitnya ditunjukkan kepada Hud. Hud sekadar melihat sekilas dan hanya mengangguk. Matanya kembali memandang wajah Yasmeen.

"Sayang...boleh saya tanya something?" Yasmeen memandang Hud. Kali ini perasaannya sedikit berdebar entah kenapa apabila mendengar soalan itu dari Hud. Dia hanya menjawab sepatah sahaja. Matanya masih memandang wajah Hud.

"I'm sorry if my question make you feel uncomfortable. I'm your husband so I think I should ask this to you..." Yasmeen mengerutkan dahinya sedikit. Apa yang Hud nak tanya sebenarnya ni? Janganlah pelik-pelik. Dada ni dah rasa tak sedap hati tau.

CINTA SEORANG BIDADARI [SU]Where stories live. Discover now