CSB ; 24

1.2K 29 4
                                    

Sebulan Kemudian...

"Sayang hati-hati." Aryan memegang lengan Aazeen. Aazeen memandang Aryan. "Abang ni kan, sayang okay lah. Bukannya sayang tak boleh jalan. Ish abang ni." Aryan tersenyum kambing. "Alah abang risau kalau sayang jatuh ke ha. Sayang kene ingat, dalam perut sayang tu ada nyawa abang juga tau." Aryan masih memegang Aazeen dengan erat.

"Habistu sayang ni? Bukan nyawa abang ke?" Mula lah muncung itik Aazeen ditunjukkan kepada Aryan. Aryan tergelak kecil melihat Aazeen memuncungkan mulutnya itu. Dah tahu sangat dah dengan perangai Aazeen ni. Sejak mengandung ni suka sangat merajuk dengan perkara kecil. "Sayang pon nyawa abang. Kalau sayang dengan anak kita tak ada, nyawa abang dah tak ada tau. Walaupun jasad abang masih hidup, tapi jasab abang kosong tanpa nyawa."

Ceh Aryan. Bila dengan bini kemain manis lagi mulut tu mengalahkan gula! Aazeen tersenyum. Lengan suaminya ditepuk perlahan. "Ish abang ni, malu lah sayang. Abang jangan mulut je cakap macam tu, tapi nanti lain pula jadinya." Kata Aazeen.

Aryan senyum manis kepada isterinya. "Tak sayang. Abang janji abang akan jadi suami dan ayah yang terbaik untuk keluarga kita okay. Dah jom abang pimpin sayang. Abang kena selalu pimpin sayang. Macam sayang pimpin abang dulu." Kata Aryan sambil tersenyum.

Aazeen memandang suaminya pelik. "Sejak bila pula sayang pimpin abang? Abang bukan mengandung pon." Terletus ketawa besar Aryan saat Aazeen mengeluarkan perkataan lucu itu. "Aduh sayang ni, bukan lah. Sayang kan impin abang jalan terus masuk hati sayang."

Senyuman Aazeen makin melebar. Saja je encik suami ni nak cuit hati dia. Mentang-mentang lah pandai berkata-kata, mulut tu tak petah langsung bercakap. "Iyelah encik suamiku sayang." Aryan semakin naik bulu bila Aazeen memanggilnya sayang.

.

Aazeen mengambil pinggan dan menyusunnya di atas meja. Sambil menunggu Aryan habis mengaji selepas habis mengerjakan solat, dia terus memanaskan lauk untuk dihidangkan buat suami tersayang. Sejak akhir-akhir ni, kerap sangat Aazeen memasak lauk yang sedap-sedap. Bahkan, setiap waktu makan ada sahaja lauk baharu yang dia masak. Akhirnya yang kena habiskan siapa lagi kalau bukan Aryan. Makin berisi lah Aryan lepasni, asyik makan je. Kalau tak di usiknya nanti buah hati merajuk.

Lauk yang sudah dipanaskan itu diceduk dan diisi ke dalam mangkuk seterusnya diletakkan di atas meja. Dia duduk di kerusi sementara menunggu Aryan turun. Aazeen melihat perutnya yang sedikit mengembang itu. Diusapnya perlahan sambil tersenyum.

"Tak sabarnya ibu nak jumpa awak sayang. Mesti awak comel macam ayah awak nanti kan." Dia tersenyum sendiri. Sungguh dia tidak sabar untuk melihat bakal cahaya matanya yang akan keluar melihat dunia. "Kalau anak ayah keluar nanti mesti cantik macam ibu kan?" Aazeen menoleh ke belakang saat mendengar suara Aryan. Aazeen tersenyum kepada Aryan. Berbunga-bunga hatinya mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Aryan itu.

"Amboi ibu cakap dengan anak, tak ajak ayah pon kan? Ayah pon nak join juga borak dengan anak kita." Kata Aryan. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi bersebelahan dengan Aazeen. "Ayah kan dekat atas, mana lah ibu tahu ayah dah turun bawah. Maaf ye ayah, lepas makan kita borak sama-sama dengan baby okay?" Aryan senyum dan mengangguk. Perut Aazeen diusap lembut. "Tunggu ayah dengan ibu makan sekejap okay sayang, lepastu kita borak." Aazeen senyum. Dia mencedukkan lauk ke dalam pinggan Aryan.

"Sedapnya bau. Bukan bau je sedap, rasa dia mesti lagi sedap. Hihi." Puji Aryan. Memang masakkan Aazeen dapat memikat perutnya lagi-lagi waktu tengah lapar macam ni. Tak pernah sikit pon Aryan menegur tentang masakkan Aazeen. Semuanya terlalu sedap sampaikan nak makan di luar pon Aryan tidak mahu kecuali jika Aazeen tidak larat untuk masak ataupun tidak sihat. "Mestilah kene sedap. Kalau tak nanti ayan cari orang lain pula." Aazeen menuangkan air ke dalam cawan dan letakkannya di tepi pinggan Aryan.

"Eh sayang, kalau sayang tak pandai masak pon tak apa, abang tak cari lain, sebab sayang dah genggam hati abang ni kuat-kuat sampai abang nak pandang orang lain pon susah tau." Aazeen ketawa kecil mendengar ayat yang keluar dari mulut Aryan. Dia menggelengkan kepalanya. Penat betul kalau bercakap dengan encik suami yang bermulut gula ni. Ada saja ayat nak pancing bini. Kalau dulu, pandang sikit pon tak mahu.

"Ada-ada je abang ni tau, bukan main ye manis mulut tu. Jangan manis mulut dekat orang lain pulak. Sayang je boleh tau." Awal-awal lagi si isteri dah bagi amaran pada suami. "Iye sayang. Abang manis mulut dengan sayang aje. Meh sini abang cium mulut sayang biar manis abang pergi dekat sayang pula." Lengan Aryan ditepuk. "Ish abang ni. Jangan nak naik bulu eh. Dah makan, nanti sejuk pula makanan tu." Aryan hanya ketawa kecil. Tanpa berlengah, Aryan membaca doa makan dan menyuapkan nasi ke mulutnya.


____________

Assalamualaikum guys! Sorry lama sangat dah tak update

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Assalamualaikum guys! Sorry lama sangat dah tak update. Sis makin busy sekarang ye huhu. Btw, pada korang yang tengah mencari tudung bawal dan shawl yang senang bentuk, material yang sangat best dan berkualiti boleh dm okayy. And for girls yang tengah mencari bag dan kasut yang cantik-cantik boleh pergi igshop saya okay. Thehumshop. Jangan lupa cuci-cuci mata dan borong okay. Stay at home okay. Jaga kesihatan. Amalkan penjarakkan sosial. Bye. Enjoy reading.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 18, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CINTA SEORANG BIDADARI [SU]Where stories live. Discover now