CSB ; 3

2.3K 107 14
                                    

              "What?!, abang nak kahwin ? wahhh lepas ni boleh lah dapat kakak ipar yeayy ! Bila abang bila? " teruja Haziqah mendengar cerita dari Aryan. Sesungguhnya Haziqah lah tempat Aryan mengadu pelbagai masalah dan cerita .

Aryan memandang Haziqah dengan wajah cemberutnya. Comel !. Muka Aryan tak tumpah persis seperti Tengku Hishamuddin. Putih, ada sedikit jambang dan bibirnya juga berwarna merah jambu. Suci sungguh muka Aryan dari segala cacat cela.

Tetapi kurangnya dia adalah kerana sombong dan hidup dalam mengagungkan duit.

"Haziqah suka ke abang kahwin? I'm stil want to enjoy my life. Abang tak bersedia langsung nak fikir pasal kahwin ke or what. I don't fucking care about that."

Aryan runsing . Dia perlu cari jalan untuk dia membatalkan rancangan Tengku Hishamuddin untuk mengahwinkan dia bersama perempuan yang dia sendiri tidak kenal.

"Abang, okay listen here. Ziqah tahu abang masih tak bersedia. Tapi ini lah masanya dan waktunya untuk abang berumah tangga. Ada isteri yang boleh uruskan abang, makan minum abang. Ada anak-anak. Abang tak mahu ke semua tu? Bagi Ziqah lah semua tu Ziqah nak tau." Pujuk Haziqah.

Haziqah duduk disebelah Aryan dan mengusap lengan Aryan lembut. Pandai betul gadis licik ini memujuk. Hanya dengan belaian je susah memadai .

Jangan fikir lain yaa . Belaian kasih sayang antara adik beradik saja.

"Abang, Ziqah nak sangat tengok abang kahwin tau. Biarlah dia perempuan kampung sekali pun, Ziqah terima je kakak ipar Ziqah. Orang kampung tu lebih baik daripada perempuan bandar yang ada sekarang ni tahu?" Pujuk Ziqah lagi. Kali ini dia tidak berhenti memujuk

Haziqah hanya sekadar membantu mummy dan daddy untuk memujuk Aryan supaya menerima pinangan itu.

"Hmm nanti lah abang fikir." Aryan mengeluh perlahan. Fikirkan boleh lah adiknya membantah kata-kata Tengku Hishamuddin dan Tengku Hamidah. Tapi tidak.

Aryan bangun dan jalan naik ke atas. Dia tiada mood untuk bercakap dengan sesiapa pun sekarang ni. Apa yang dia ingin sekarang ialah ketenangan.

-----------

              "Aryan ! Dah siap ke belum tu ? Cepat sikit nanti kita lambat sampai sana" laung Tengku Hamidah. Sudah lama dia menunggu Aryan siap untuk pergi ke Kedah.

Aryan sudah lama bersiap, saja duduk lama di dalam bilik. Apa yang ingin dikejarkan pun tak tahu lah. Pergi Kedah je bukannya luar negara. Aryan bangun dan turun ke bawah. Dia menayangkan muka malas dan menyampah apabila disuruh ikut sekali.

Ikutkan hati ingin saja dia balik ke Brunei. Tetapi apakan daya, Tengku Hishamuddin awal-awal sudah memberi warning pada Aryan. Mahu atau tidak terpaksa lah dia ikut.

Setelah dua jam setengah perjalanan ke Kedah, akhirnya mereka sampai juga ke destinasi. Wajah Aryan yang tadinya masam mencuka, tiba-tiba terkedu seketika melihat indahnya kawasan kampung. Dengan bendang sawah padi yang sangat luas. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar pipi. Sedikit memberi ketenangan pada Aryan.

Menyesal pula dia fikir kampung ini tempat yang kotor. Walhal dia sendiri tenang apabila menjejakkan kaki di kampung Kedah ini.

"Aryan, jom masuk. Tuan rumah dah panggil tu. Termenung apa lgi ni." Tegur Tengku Hamidah. Tengku Hamidah terus meninggalkan Aryan di luar apabila melihat Aryan sekadar mengangguk.

Aryan membuka kasut dan menaikki tangga rumah kampung itu. Ukiran pada tangganya sangat unik dan cantik. Sedikit sebanyak dapat menjentik hati Aryan.

CINTA SEORANG BIDADARI [SU]Where stories live. Discover now