CSB ; 18 🍬

2.4K 92 34
                                    

Seminggu kemudian

"Saya suka kan awak."

Masih terngiang-ngiang perkataan yang disebutkan oleh Hafiz itu. Tidak dia menyangka, baru sahaja beberapa minggu perkenalan mereka, Hafiz sudah meluahkan perasaannya kepada Haziqah.

Haziqah sendiri buntu. Mahu menerima, atau sebaliknya. Dia masih ragu-ragu. Dia takut jika perkara lama itu datang semula. Hatinya berat mahu mengucapkan kata cinta sekali lagi.

Dia seorang perempuan. Hati mana yang akan mudah menerima cinta yang baru sedangkan yang lama pun sangat menyakitkan? Dia sendiri masih ragu-ragu. Sama ada, yang sekarang ini boleh setia ataupun sebaliknya.

Sedang dia sibuk mengelamun, satu jari hinggap mencuit bahunya. Haziqah menoleh dan tersenyum. Siapa lagi kalau bukan kakak ipar kesayangannya. Sejak dah pindah rumah baru ni, susah lah nak balik sini. Abang Aryan pon kerja.

"Assamualaikum Haziqah." Aazeen melabuhkan punggungnya disebelah Haziqah. Haziqah senyum dan menjawab salam dari Aazeen. Posisi mereka dirapatkan.

"Bila kak Aazeen sampai? Ziqah tak dengar pun bunyi enjin kereta. Hehehe maaflah." Haziqah tersenyum kambing. "Around 20 minutes. Tak apa. Ni kenapa termenung je sorang-sorang dekat sini?" Tanya Aazeen.

Haziqah memandang Aazeen. Tubuhnya dipusinkan sedikit bagi menghadap Aazeen.

"Kakak, Ziqah nak pendapat kakak sikit boleh? Ziqah tengah runsing ni." Kata Haziqah dengan nada yang sedikit sayu. Aazeen memegang tangan Haziqah dan mengusapnya lembut. Macam ada masalah saja adik iparnya ini.

"Kenapa ni? Ziqah ada masalah ke? Ceritalah." Senyuman manis diberikan Aazeen buat Haziqah. Kasi tenang sikit hati tu huhu.

Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Berdebar pula nak cerita ni. "Haziqah sebenarnya dalam dilema. Nak terima atau tidak. Ziqah ragu-ragu. Sebab yang sebelum ni pun, dah buat Ziqah terluka sangat dah."

Aazeen tersenyum. Faham apa yang dikatakan oleh Haziqah. Biasalah, orang-orang muda ni, dalam dilema bercinta lah tu.

"Haziqah kenal dia dah lama ke? Atau baru je?" Tanya Aazeen ingin mendapatkan kepastian. "Baru beberapa minggu je. Sebab tu Ziqah ragu-ragu. Ziqah takut, kalau salah pilih kak." Luah Haziqah lagi.

Dia sangat-sangat memerlukan bantuan seseorang untuk dia membuat keputusan. Mungkin dengan sedikit nasihat dan pendapat dari kakak iparnya, boleh membantu dia membuat pilihan.

"Macam ni, kakak tak boleh nak bagi banyak pendapat sangat. Kakak rasa better Ziqah kenal-kenal dulu dengan dia, kenal hati budi masing-masing. Lepastu Ziqah buat solat sunat istikharah. Minta petunjuk dari Dia. Mungkin boleh tolong Ziqah buat keputusan kan?" Kata Aazeen penuh dengan lemah lembut. Patutlah abang Aryan sayang sangat.

"Terima kasih kak Aazeen. InsyaAllah Ziqah buat solat sunat tu." Kurang sikit rasa gelisah yang mengganggu jiwa Haziqah.

"Tapi Ziqah kene ingat, walaupun yang lama itu menyakitkan, tak semestinya yang datang sekarang tak boleh membahagiakan. Okay?" Kata-kata itu cukup dapat membuat hati Haziqah terusik. Haziqah sekadar senyum manis dan mengangguk.

"Ha kakak balik sorang je ke? Abang? Mana?" Tanya Haziqah. Aazeen mengangguk. "Abang kerja la. Ni pun kakak bosan duduk rumah sorang-sorang. Kakak datanglah sini jenguk Ziqah dengan mummy daddy." Kata Aazeen. Haziqah hanya mengangguk kan kepalanya sahaja. 

"Kakak nak balik dah ni. Sekejap je datang sini jenguk-jenguk. Nanti kakak datang lagi. Kalau Ziqah free datanglah rumah. Boleh teman kakak." Haziqah tersenyum dan mengangguk semula. Tangan Aazeen dicapai dan disalam.

CINTA SEORANG BIDADARI [SU]Where stories live. Discover now