CSB ; 21

1.4K 74 14
                                    

Sudah dua minggu berlalu, akhirnya Haziqah mendapat jawapan yang dicari-carinya selama ini. Tidak salah memberikan peluang kedua untuk diri sendiri menerima orang lain bukan?

Tidak semua manusia memberikan harapan palsu dan hanya berpura-pura dalam percintaan. Dan mereka juga layak untuk diberikan peluang kedua.

Laju kaki Haziqah melangkah ke arah kedai minuman popular yang sering dikunjunji ramai. Starbucks. Dia menuju ke arah kaunter dan memesan air yang ingin dibeli. Sementara menunggu, Haziqah melihat sekeliling kedai tersebut.

Matanya tertancap pada susuk tubuh seorang lelaki yang sangat dia kenali. Wajahnya di alihkan ke arah lain. Dadanya berombak sedikit laju.

"Tak mungkin." Perlahan-lahan wajahnya di alihkan semula untuk memandang susuk tubuh lelaki itu.

Zass!

Hatinya cukup sakit saat ini. Secara tiba-tiba matanya berkaca dan air jernih terus mengalir di pipi. Betul ke apa yang dia nampak sekarang? Lelaki yang sudah mula untuk dia terima, sekarang berlaku curang?

Hatinya semakin panas apabila dia melihat tangan Hafiz menyentuh tangan perempuan di hadapannya itu. Adengan romantis haram ini dipertonton kan di khalayak ramai? Tanggannya menggenggam penumbuk. Hatinya sekarang berkecai hancur lebur.

Kakinya melangkah ke arah tempat yang diduduki oleh pasangan 'haram' itu. Haziqah berdiri betul-betul ditepi meja itu. Matanya memandang Hafiz dengan air mata yang masih mengalir.

"H-haziqah..." liur diteguk kasar. Hafiz berdiri menghadap Haziqah. Mukanya kelihatan cemas. "Oh...patutlah selama ni awak senyap. Rupa-rupanya dah ada orang lain?" Suara Haziqah sedikit bergetar. Tangannya masih menggenggam penumbuk bagi menahan rasa geram.

"T-tak...awak...b-bukan macam tu Haziqah." Belum sempat lengan Haziqah yang berlapik baju itu dipegang oleh Hafiz, laju tangannya di alihkan. "Apa lagi Hafiz?! Apa?! Awak dah buat peluang yang awak akan dapat musnah macam tu je! Saya baru nak terima awak, tapi apa saya dapat?!" Tangisannya makin deras.

Suara lantang Haziqah menyebabkan semua pelanggan di dalam kedai itu merenung ke arah mereka. Dengan perasaan geram, Haziqah terus meninggalkan tempat itu dan berjalan keluar dari mall tersebut.

Dari jauh dia sudah mendengar suara Hafiz menjerit memanggil namanya. Dia terus kan sahaja langkanya keluar tanpa melihat kereta yang lalu-lalang.

Tiba-tiba bunyi hon kenderaan yang sangat dekat dengan Haziqah di tengah-tengah jalan. Haziqah berhenti dan memandang ke arah kereta tersebut.

"Mungkin ini pengakhiran aku..."

.

Yasmeen melabuhkan punggungnya di atas sofa. Kedudukannya sekarang agak sedikit jarak dengan Hud. Matanya memandang ke arah televisyen.

"Awak tak keluar harini sayang?" Tanya Hud. Hanya gelengan sahaja yang diberikan oleh Yasmeen. Keadaan mereka sekarang agak janggal. Dari tadi hanya diam sahaja. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Kalau tidak pun, hanya membuat isyarat badan.

Hud hanya menganggukkan kepala dan menyambung aktivitinya menonton drama kesukaannya di televisyen. King of drama si Hud ni.

Anak mata Yasmeen menjeling Hud yang dari tadi khusyuk menonton drama kesukaannya itu. "Dah makan?" Soalan itu membuatkan Hud berhenti seketika dari menonton dramanya dan terus memandang Yasmeen.

Lama matanya memandang wajah Yasmeen. "Kenapa pandang macam tu?" Tanya Yasmeen. Hud segera menukar posisinya dari baring bertukar duduk. Badannya di pusingkan menghadap Yasmeen. Senyuman terukir di bibir Hud. "Belum. Kenapa?"

CINTA SEORANG BIDADARI [SU]Where stories live. Discover now