CSB ; 11

2.1K 85 8
                                    

"Cepatlah sikit!" Nada Aryan sedikit kuat cukup sekadar Aazeen boleh mendengar. Lama betul lah tunggu perempuan bersiap ni. Kejap pakai tudung lain, kejap lagi tukar pula tudung lain. "Sabarlah. Abang tengok saya okay tak? Cantik kan?" Aazeen menunjukkan dirinya di hadapan Aryan.

Mestilah cantik. Bini dia kan hihi. Aryan memandang Aazeen lama. "Tak." Sepatah perkataan yang dikeluarkan itu cukup membuat Aazeen kecil hati. Mulutnya dimuncungkan kedepan. Ish orang dah cantik-cantik ni cakap tak pula.

Aryan menahan tawanya dari terletus. "Kau lambat aku tinggalkan kau. Aku malas nak bawa kau jalan-jalan lagi. Esok aku ada kerja. Tak kuasa nak layan kau dah." Aryan memakai kasutnya dan jalan meninggalkan bilik. Aazeen terkoncoh-koncoh mengambil barangnya dan keluar dari bilik. "Abang! Tunggulah!." Sudah macam orang dikejar hantu betul Aazeen ni.

Selesai mengunci pintu, Aazeen terus mengejar Aryan yang sudah hampir sampai di lift. Lengan Aryan dicapai dan di pegang kemas. Tak mahu kena tinggal lagi.

Punat lift ditekan dan pintu terbuka. Mereka masuk ke dalam lift. Aryan menekan punat G untuk turun ke bawah. Aryan memandang muka cemberut Aazeen. Orang bergurau pun nak ambil hati ke? Kalau boleh, muncung tu nak panjang sedepa agaknya. "Kau ni dah kenapa nak buat muka macam tu? Pikir comel lah?" Tawanya ditahan. Nanti tak pasal-pasal kena marah dengan bini pula.

"Abang ni kan, penat tau saya siap-siap. Tapi abang cakap saya tak cantik!" Aazeen mendengus geram. Tidak dipandang wajah Aryan walaupun sekilas. Tetapi tangan masih kemas memegang tangan Aryan. "Aku tengok kau tak ada buat apa pon depan cermin tu. Makeup pon tak. Dah tu kenapa lama sangat?" Aryan mengubah topik.

"Ish saya tukar tudung lah. Tak sesuai dengan muka saya ni." Jelas Aazeen. "Oh macam tu eh? Perempuan memang macam tu ke? Nak kena tudung sesuai baru boleh keluar?" Aryan bertanya lagi. Saja nak ambil hati care pasal bini. "Iye lah abang. Kalau tak nanti tak cantik!" Kata Aazeen. Muka cemberutnya masih ditunjukkan lagi. Lantak kau lah Aazeen. Malas nak layan.

------------

"Assalamualaikum, mama!" Kasutnya dibuka dan dia melangkah masuk ke dalam rumah. Dilihat setiap ruang rumah. Mana semua orang?

Tengku Azirah terus pergi ke pintu hadapan setelah mendengar laungan salam dari seseorang. "Waalaikumussalam. Ya Allah Azfan!" Tengku Azirah terus memeluk Azfan erat. Rindu pada anak teruna seorang ini.

Azfan membalas pelukkan Tengku Azirah. Diusap-usap badan Tengku Azirah. "Mama i miss you. Im home!" Kata Azfan. Rindunya pada Tengku Azirah tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

Pelukkan dileraikan. Tengku Azirah memandang anak terunanya. Semakin kacak duduk di negara orang. "Azfan kata balik next week. Kenapa tiba-tiba muncul hari ni pula?" Tanya Tengku Azirah. Azfan tersenyum.

"Surprise! Hehe. Azfan gurau je lah mama. Azfan nak buat surprise untuk mama dengan adik. Mana adik?" Lehernya dipanjangkan untuk mencari Aazeen dia dalam rumah. "Dia dengan suami dia lah Azfan. Katanya pergi honeymoon" Terang Tengku Azirah.

"Lah iya ke? Hmm tak dapat lah nak jumpa adik. Lama ke dia pergi ma? Rindu lah dekat adik." Tengku Azirah menutup pintu dan menarik Azfan ke ruang tamu. "Tak tahu dia balik bila. Alah Azfan lama kan dekat malaysia. Nanti adik balik jumpa lah dia. Ha alang-alang Azfan dah balik ni duduk sini kejap. Mama masakkan favourite food Azfan okay?" Azfan terus tersenyum lebar dan mengangguk.

Sebenarnya dari tadi lagi Tengku Azirah tidak senang hati memikirkan tentang Aazeen, tetapi di buang jauh-jauh perasaan itu. Mudah-mudahan mereka selamat dari apa-apa bencana. Malas mahu berlawan dengan perasaan sendiri, Tengku Azirah terus melangkah ke ruang dapur.

Azhan menghenyakkan punggung di atas sofa. Penat lah jugak berjam-jam duduk dalam kapal terbang. Badannya juga sudah berasa sengal-sengal.

------------

"Make sure kau buat apa yang aku suruh faham? Kalau tak kau siap! Kau tunggulah apa kau dapat nanti." Kata seseorang di corong telefon. Ayatnya berbaur amaran.

"Baik boss, nanti saya update dekat boss. Yang penting duit saya jangan lupa" senyuman sini diukir. Kalau tak dapat duit tak ada nya dia nak buat kerja-kerja terkutuk ni. Semuanya di sebabkan duit.

"Aku tahu lah. Kau buat aje kerja kau. Kalau aku tau dia hidup lagi, siap kau" tegas sahaja suara itu dilontarkan. Dia takkan puas hati kalau Aazeen masih hidup.

"Baik boss." Panggilan telefon dimatikan. Dia melangkah keluar dari hotel tersebut dan mengikut langkah Aryan dan Aazeen dari belakang.

------------

"Abang belikan saya ice cream tu boleh?" Aazeen menunjukkan gerai kecil yang menjual ice cream pelbagai perisa. Enak betul mata memandang, enak lagi lidah merasa. Pepatah baru! "Kau ni jangan makan manis-manis lah. Nanti kena kencing manis. Lepastu berat badan naik mengadu dekat aku." Kata Aryan. Matanya dinaikkan ke atas tanda menyampah.

Aazeen menggenggam tangan Aryan. "Abang boleh lah. Setakat ice cream tu mana pulak naikkan berat badan. Saya bukan makan setiap hari. Dah lama saya tak makan tau. Please." Bibirnya mengukir senyuman manis buat Aryan. Tiba-tiba pula buat perangai gedik hari ini. Harap-harap dapat lah.

Aryan memandang Aazeen. Haih ni yang tak boleh ni. Asyik-asyik buat jantung Aryan berdegup kencang. "Ish yelah!. Tunggu sini" Aryan menarik tangannya dan pergi ke kedai tersebut. Aazeen melemparkan lagi senyuman manis pada Aryan dan melihat sekeliling untuk mencari tempat duduk.

Kakinya melangkah ke suatu tempat duduk yang ada meja bulat kecil di tengah. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Dalam tak sedar, ada seseorang sedang memerhati Aazeen dari jauh dengan mengacukan pistol ke arah Aazeen.

Bang bang!!

Aryan menoleh ke luar kedai.

"Aazeen !!....."

-----------

Short update from me ! Maaf lambat ya. Haritu punya saya saje je nak gurau hehehehehe. Selamat membaca walaupun short sikit hari ni. Tak apa nanti saya update lagi. Lot of love ! Comment dan vote ! Terima kasih ❤

CINTA SEORANG BIDADARI [SU]Место, где живут истории. Откройте их для себя