CSB ; 19

2.1K 87 23
                                    

Do read : -

SYURGA MALIKHA [RE-EDIT] - starrgalaa

MAHFUZ - bellofa

PERANGKAP CINTA - gal4ctism

And for those yang suka baca fanfiction, do read :-

REBEL - pastaforrosie

REBEL - pastaforrosie

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

_______

Bahagia sangat hati Aryan hari ini. Dapat lah manja-manja sikit dengan isteri sebelum pergi kerja kan. Hati berbunga-bunga betul. Yelah lepas subuh sambung sekejap kerja-kerja malam tadi. Hihi.

Lepas sahaja melihat kereta Aryan laju meluncur di atas jalan, Aazeen terus menutup pintu dan kembali ke dapur semula. Dia pergi sediakan bahan-bahan untuk memasak. Tengah hari nanti pasti Aryan pulang untuk makan tengah hari.

Sejak dah menginjak ke alam bahagia ni, Aryan selalu pulang untuk makan tengah hari. Itu sudah menjadi perkara wajib bagi Aryan. Jadi si isteri pun kene lah jalankan tanggungjawab. Memasak untuk suami.

Bang bang !

Ketukkan pintu yang kuat menyebabkan Aazeen berhenti seketika dari memotong bahan masakkan. Laju kakinya melangkah ke arah pintu rumah. Jarinya menekan lock pintu dan membukanya.

"Ye cik? Cari siapa ya?" Tanya Aazeen apabila melihat susuk tubuh seorang perempuan yang berpakaian tidak cukup kain itu.

"So you lah betina sundal yang dah rampas hak I tu?" Muka masam mencuka itu ditunjukkan. Siapa lagi kalau bukan Yasmeen.

"Ha? Maaf cik ni siapa ya? Datang rumah orang dengan tak bagi salam lepastu nak cakap saya ni betina sundal? Siapa yang rampas hak cik pula?" Tanya Aazeen dengan nada yang sedikit marah.

Datang rumah orang tanpa salam, terus dilabel betina sundal? Kurang ajar tak bertempat betul perempuan ni.

"Eh you jangan buat-buat tak tahu lah. You yang rampas Aryan dari I tau tak? Disebabkan perkahwinan bodoh ni, kami terpaksa berpisah tau! You memang tak guna kan? Nak merampas hak orang!" Suara Yasmeen makin meninggi. Dadanya berombak menahan amarah.

Hati Aazeen pula yang makin panas. Amboi-amboi. Suka hati mak nenek dia nak cakap kita rampas hak dia.

"Maaf cik, saya tak nak kurang ajar dengan cik. Ye memang kami kahwin atas permintaan keluarga, tapi sekarang kami dah bahagia. Dan cik, jangan nak label saya betina sundal kalau cik sendiri tak ada adab. Cik balik lah ye? Lupa kan saje lah suami orang. Ramai lagi lelaki dekat luar sana yang baik-baik untuk cik."

Sejurus berkata begitu, Aazeen terus menutup pintu rumah dan menguncinya. Dibiarkan sahaja Yasmeen memekik-mekik memanggil dia betina sundal di luar rumah. Malas mahu dilayan, Aazeen terus jalan masuk semula ke dapur.

Dasar perempuan gila.

Yasmeen yang berteriak di luar bagai orang gila itu terus berhenti. Penat berteriak lah tu. Langkahnya diatur keluar dari rumah Aryan. Sedikit nafas kasar dihembus oleh Yasmeen tanda protes. "Kau tunggu lah perempuan tak guna. Aku akan pastikan hidup kau dengan Aryan tak akan tenang."

Kakinya dihentak-hentak tanda geram. Punat kunci kereta ditekan dan dia terus memandu keretanya laju membelahi jalan raya.

.

Pintu dikuak kasar dan dihentakkan. Nafasnya naik turun menahan amarah. Kasut tumit tingginya dibuka dan di baling ke luar.

"Sayang? Kenapa ni?" Hud segera bangun dari duduknya kerana terperanjat mendengar hentakkan pintu. Yasmeen memandang Hud geram. "You ni bila nak berambus? You kata sekejap je kan nak duduk sini? Kenapa tak berambus lagi ni?" Suaranya sedikit mendatar.

Sejak keluar dari hospital, Hud duduk di rumah Yasmeen. Kalau nak diikutkan hati, ingin saja Yasmeen menghalau Hud pada waktu dia dihantar di rumah, tetapi disebabkan rayuan Hud untuk tinggal disini buat sementara waktu, dia bersetuju sahaja. Memandangkan Hud masih lagi suami dia yang sah, dia terpaksa bersetuju.

Hud memandang Yasmeen dengan pandangan tenang. Seperti tiada apa-apa yang berlaku. Hud sedar yang Yasmeen sekarang sedang mengalami mood amarahnya. Dia juga tahu, Yasmeen keluar kerana ingin berjumpa dengan isteri bekas teman lelakinya itu.

Hud menghampiri Yasmeen. Tangan Yasmeen dicapai dan digenggam lembut. Mereka bertentang mata. Nafas dihela perlahan.

"Sayang, sampai bila awak nak macam ni dengan saya? Saya masih suami awak. Saya rindu awak. Jangan lah awak kejar lagi orang lain. Lagipun dia dah ada isteri. Awak pun ada saya. Em?" Kata Hud. Walaupun dia tahu hati Yasmeen masih keras untuk menerima dirinya, dia tetap tidak akan berputus asa untuk meraih semula cinta isterinya itu.

"Can you just stop? I hate you. I don't even love you. Tak payah lah nak kejar-kejar I lagi. You balik lah. Cari orang yang boleh bahagia kan you. And it's not me." Dalam tak sedar, mata Yasmeen mula berkaca. Suaranya makin mendatar menahan perasaan sebak.

Setiap kali Hud meminta maaf dan merayu untuk dia kembali kepada lelaki itu, air matanya akan keluar mengalir di pipi.

Dia keliru. Di sebalik hati dalamnya, dia masih sayangkan Hud. Dia masih setia mencintai Hud. Tetapi hatinya masih sakit mengenang kisah lama dia bersama Hud.

"Sayang, saya tahu perit untuk awak terima saya balik, setelah apa yang saya buat dekat awak. Tak apa, saya faham." Sedikit senyuman menghiasi wajah Hud.

"Saya tetap akan tunggu awak, saya tetap berusaha untuk capai hati awak balik." Tangannya dialihkan untuk mengusap pipi Yasmeen. Air mata yang sudah basah mencurah di pipi Yasmeen diseka lembut.

Hati Yasmeen semakin terusik dengan sentuhan lembut Hud. Matanya memandang wajah Hud.

"Saya minta maaf, kalau saya bukan yang terbaik untuk awak. Tapi saya tetap akan cuba yang terbaik, untuk jadi suami awak. Cintakan awak sepenuh hati saya, sayangkan awak sepenuh jiwa raga saya. Saya janji."

Dahi Yasmeen dikucup lembut. Makin dadanya sebak melihat tingkah laku Hud yang spontan mencium dahinya itu. Hatinya terusik. Layanan ini yang dia inginkan dari dulu lagi bersama Hud. Tetapi disebabkan perkara lama yang Hud telah lakukan kepadanya, dia semakin ragu-ragu untuk menerima Hud kembali.

Badan Hud ditolak perlahan bagi menjarakkan posisi mereka. Air matanya diseka sendiri. Kakinya melangkah pergi meninggalkan Hud di ruang tamu.

'Bagi aku masa, untuk pulihkan hati aku balik...

Hud...'

_________

Hello everyone. Hehehe bosan-bosan ni saje update chapter pendek. Enjoy ! ❤ Lot of Love. ❤ dont forget to vote and comment.

CINTA SEORANG BIDADARI [SU]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz