CSB ; 8

2.1K 91 22
                                    

20 tahun yang lalu...

"Abang tolonglah jangan buang anak kita abang!" tangannya memegang erat lengan sasa lelaki itu. Lelaki itu terus menolak perempuan itu dan mengambil bayi yang berada di atas katil.

"Ini bukan anak aku! Ni anak haram kau dengan jantan tak guna tu ! Kalau kau nak duduk dengan aku lagi, aku tak nak anak ni ada dalam rumah ni ! Kalau kau nak anak ni kau boleh berambus sekali !" Kakinya terus keluar dari bilik dan turun ke bawah.

"Abang !" Perempuan itu bangun dan mengekori lelaki itu turun. Dia berlari sedikit bagi mendekatkan jarak mereka. Ditahannya lagi langkah lelaki itu.

"Abang jangan abang, itu anak kita, bukan anak orang lain. Sumpah saya tak ada apa-apa hubungan pun dengan lelaki tu abang." Tangisan dihamburkan lagi. Jelas muka perempuan itu sudah merah akibat terlalu banyak menangis.

"Ah kau ketepi! Jangan halang aku! Ini bukan anak aku! Bukan darah daging aku lah!" Perempuan itu ditolak kasar.

Dalam tak sedar, ada seorang budak kecil dalam lingkungan umur 5 tahun sedang melihat perkara tersebut di dalam bilik, pintunya dibuka sedikit bagi melihat apa yang terjadi.

Lelaki itu melangkah keluar membawa bayi kecil itu masuk ke dalam kereta. Dibawanya kereta ke suatu tempat yang tidak siapa pun tahu. Sunyi.

Tangisan bayi itu semakin kuat. Dia tidak menghiraukannya langsung. Apa yang dia rasa sekarang ini ialah geram dan amarahnya melonjak naik.

Tiba di suatu kawasan sunyi dan gelap, dia meninggalkan bayi itu sendiri. Dibiarkan bayi itu kelaparan dan kesejukkan.

Telefon yang berdering menyebabkan lamunan Tengku Azirah terhenti. Dalam tidak sedar air matanya turut menemani. Air mata jernih itu di lap perlahan.

Dia mengorak langkah masuk ke dalam rumah untuk menjawab panggilan telefon. Tangannya mencapai telefon rumah dan menjawab.

"Assalamualaikum mama! Afan ni! Mama sihat ?" Terukir senyuman manis pada bibir Tengku Azirah. Rindunya dia pada anak teruna dia seorang ni. Tengku Arif Azfan. Abang kepada Aazeen.

"Waalaikumussalam. Alhamdulillah mama sihat." kata Tengku Azirah.

"Rindu lah dekat mama. Adik mana ? Sihat juga ke? Maaflah Afan tak dapat datang majlis adik. Afan ada exam lagi ni. Minggu depan baru habis" kata Azfan di dalam corong telefon.

Azfan sedang belajar di UK sekarang. Lepas sahaja peperiksaan akhir ini habis, dia nekad untuk pulang ke tanah air. Rindu pula pada adik dan mama nya. Hari bahagia adiknya pun dia tidak dapat pulang.

Satu cecair jernih mula mengalir di pipi mulus Tengku Azirah. Rindunya pada Azfan tak terkira. Sudah 3 tahun Azfan di UK. Hanya telefon saja dapat menghilangkan sedikit rasa rindunya pada Azfan.

"Tak apa sayang. Adik sihat saja. Dia ada dekat rumah keluarga baru dia. Rindu juga mama dekat Afan tau. Bila Afan balik Malaysia?" Tanya Tengku Azirah. Air matanya dikesa. Tidak mahu mengeluarkan suara sedihnya pada Azfan.

"Hehehe next week lepas habis exam Afan terus balik Malaysia. Mama tunggu Afan ye. Afan sampai je rumah nanti Afan peluk mama kuat-kuat tau!" terletus tawa Azfan dan Tengku Azirah. Dilayankan saja anak teruna dia seorang ni.

"Okaylah mama. Azfan nak sambung study ni. Nanti Azfan call mama lagi okay? Bye mama, kirim salam adik. Assalamualaikum mama" selepas saja Tengku Azirah menjawab salam, terus talian diputuskan.

Rumah agam yang besar itu dipandang sayu. Sunyi saja dia dirumah. Yang ada pun hanya bibik. Itupun sudah pulang lepas maghrib tadi.

Sejak kematian Tengku Muhsin 10 tahun yang lalu akibat sakit jantung, mereka hanya tinggal tiga beranak. Seorang sambung belajar di UK, seorang lagi sudah berumah tangga.

Sayu hatinya mengimbau kembali kenangan pahit itu. Apa yang dia rasa sekarang sedikit kebahagiaan. Anak-anaknya sekarang sudah berjaya. Ada kehidupan masing-masing. Rindu pula pada anak perempuannya.

'Kalau abang masih hidup, mesti abang bangga dengan anak-anak kita kan?' Desis hati Tengku Azirah. Walaupun suaminya amat membenci Aazeen, dia tidak pernah berfikir seperti itu. Apa yang dia rasa mungkin suatu hari nanti suaminya akan menerima Aazeen.

--------

Masih terngiang-ngiang wajah Aazeen di dalam kepala Aryan. Sumpah dia tidak mahu menafikan apa-apa. Aazeen sangat cantik dimata dia pada waktu itu. Ha tercyduk kau!

Aryan menghentikan lamunannya setelah dia rasa sudah jauh mengelamun. 'Apa kau ni Aryan. Mudah sangat jatuh cinta. Ish dah dah jangan fikir lah pasal perempuan tu!' Gertak hati Aryan. Dah tercyduk nak menafikan pula!

Terus kerjanya yang bergunung di atas meja kerjanya itu disambung. Aryan tidak mahu ambil cuti berkahwin. Dia tidak mahu seorang pun pekerjanya tahu. Hanya Aazeen saja yang bercuti buat sementara waktu ini.

Pintu biliknya diketuk. "Masuk" matanya tertancap pada sekujur tubuh yang agak seksi dan berbaju tidak cukup kain.

Yasmeen Herlyna.

"Hi babe, busy ke ?" Yasmeen mengambil tempat duduknya di hadapan Aryan. Berkerut seribu dahi Aryan melihat perempuan yang ada di depan matanya sekarang. Sejak bila dia balik Malaysia ? Dah miskin ke baru nak cari dia? Maaf dia dah tak ada apa-apa perasaan suka lagi pada Yasmeen.

Hatinya sekarang diculik oleh Aazeen. Hihi. "What r u doing here Yasmeen? Get out from my office now!" Suara Aryan sedikit tinggi. Geram pula dia melihat perempuan tak cukup kain ni di depan mata. Apa lagi dia nak?

"Hey rilex. I just miss you babe." Senyum sinis dilemparkan pada Aryan. "Bahagia tak dah kahwin em? Cantik ke perempuan tu? I rasa i lagi cantik dari dia. Tak sangka pula u ni ada taste-taste kampung kan" Aryan bengang.

"You boleh keluar tak Yasmeen? Tak kisah lah i kahwin dengan perempuan kampung atau tak, itu urusan i. None of your bussiness. I said get out!". Kini suaranya agak sikit menengking.

Dia rimas melihat perempuan ini ada depan mata. Boleh keluar tak? Semak. Mukanya dimasamkan. Yasmeen sedikit gerun tetapi mukanya masih boleh dicover dengan senyuman sinis.

"Okay i boleh keluar sekarang, tapi u kene ingat something. You takkan pernah bahagia dengan perempuan tu okay?" Yasmeen terus bangun dan keluar dari bilik kerja Aryan.

Aryan benggang. Apa pula plan Yasmeen kali ni. Nak menghancurkan rumah tangga mereka? Tak cukup lagi dah buat Aryan merana, sekarang nak meruntuhkan masjid yang baru dibina? Yasmeen ni dah melampau!

--------

"Mummy! Ziqah keluar kejap ye! Kereta Ziqah rosak so Ziqah naik grab je lah" kata Haziqah. Suaranya sedikit tinggi kerana Tengku Hamidah ada di dalam rumah, dia di luar sedang memakai kasut.

"Kereta mummy kan ada, pakai lah. Kenapa nak naik grab ? Menghabiskan duit je lah Haziqah ni." Kata Tengku Hamidah.

"Tak apa lah mummy, mana tau abang grab tu kacak ke, boleh Ziqah ngurat heheh" Amboi dah ada boyfriend pun gatal ye.

Aazeen yang duduk disebelah Tengku Hamidah hanya tersenyum melihat gelagat adik iparnya di depan pintu. Bersyukur dia dapat adik ipar dan keluarga mertua yang baik. Cuma suami dia saja yang agak sedikit ngok ngek. Asyik nak marah je.

"Amboi ! Gatal ye kamu ni Haziqah. Yelah-yelah pergi cepat. Jangan balik lambat, kamu tu anak dara." Pesan Tengku Hamidah.

"Baiklah mummy ku sayang" sejurus memakai kasut, kedengaran sebuah kenderaan sudah sampai dia hadapan rumah Tengku Hamidah. Siapa lagi kalau bukan abang grab dah sampai.

Haziqah terus melangkah keluar dari perkarangan rumah dan masuk ke dalam kereta di bahagian hadapan. Haziqah menoleh ke arah pemandu grab.

Sungguh dia terkejut, dia kenal wajah ini. Cukup kenal. Waktu menunggu grab tadi dia tak perasan profile picture pemandu grab. Dah masuk baru nak terkejut beruk.

"Awak?"

"Awak?"

-----------

Jeng jeng jeng!!!

Maaf hambar ya anak anak !. Thanks for support. Happy 1K readers . Lot of love!❤

CINTA SEORANG BIDADARI [SU]Where stories live. Discover now