CSB ; 13

2.4K 85 30
                                    

Sudah seminggu berlalu. Aryan dan Aazeen sudah pun pulang ke Malaysia. Selama seminggu itu, tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulut Aazeen. Dalam masa seminggu itu juga, sudah pelbagai cara Aryan buat untuk memujuk Aazeen, tetapi itu hanya lah sia-sia.

Sesampainya mereka di rumah Tengku Hamidah semalam, baru lah Aazeen membuka mulut dan bercakap sepatah dua. Itu pun hanya menjawab soalan dari Tengku Hamidah. Kalau tidak, mulutnya hanya membisu saja.

Aryan melabuhkan punggung di atas katil. Badannya di sandarkan di kepala katil. Dia menoleh ke kanan untuk melihat Aazeen. Keluhan berat dipelaskan. "Aazeen." Tegur Aryan. Dia tahu Aazeen masih belum tidur atau lebih tepat pura-pura tidur.

Aazeen hanya membeku disebelah Aryan dengan matanya tertutup. Merajuk macam mana pun, dia tetap tidak tidur membelakangi Aryan. Berdosa okay!. "Aku tahu kau tak tidur lagi. Aku panggil ni." Kata Aryan lagi. Mahu atau tidak, dia kena juga pujuk Aazeen. Nanti apa pula keluarga mereka fikir.

Aazeen membuka matanya dan memandang Aryan. Macam biasa, tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut Aazeen. Aryan mengeluh lagi. "Aku tahu aku salah. Aku tak sepatutnya marah kau. Aku minta maaf. Masa tu aku terlalu risaukan kau sampai aku termarah kau. Jangan lah merajuk lama-lama dengan aku." Suara nya di perlahankan sedikit agar tidak didengari orang di luar bilik.

Bersungguh-sungguh Aryan merayu pada Aazeen. "Saya tak marah pun. Saya cuma kecil hati je." Kata Aazeen. Ha ada pun mulut nak bercakap! "Kau tak marah aku? Kau maafkan aku lah ni?" Aazeen bangun dari pembaringan. Dia duduk menghadap Aryan.

"Saya tak cakap pun saya maafkan abang." Senyumannya di tahan. Saja nak test cik abang sayang ni. "Betul-betul lah. Aku betul-betul minta maaf ni." Kata Aryan. Matanya tepat memandang mata Aazeen. "Saya boleh maafkan abang. Tapi dengan satu syarat. Boleh?" Aryan mengerut dahinya. Syarat apa pula ni?.

"Haih nak bersyarat-syarat pula kenapa? Maafkan aje lah." Fed up betul lah dengan Aazeen ni. Orang minta maaf nak bersyarat-syarat pula. "Nak atau saya tak maafkan?" Keningnya di jongketkan beberapa kali.

"Haih fine. Apa dia?" Aazeen senyum. "Saya nak abang cium saya setiap malam sebelum tidur. Boleh?" Terbeliak mata Aryan mendengar kata-kata Aazeen. Muka nya juga menunjukkan reaksi terkejut. Gila ke dia ni?

Tapi apa salahnya kan suami cium isteri? Bukannya haram, malah dapat pahala lagi. Aryan mengeluh perlahan. "Itu je? Okay boleh." Kata Aryan. Senyuman Aazeen makin melebar. Berbunga-bunga betul hati ni. Yelah suami nak bagi ciuman kasih sayang.

Aryan merapatkan sedikit tubuhnya pada Aazeen. Dahi Aazeen dikucup lembut. Kepala Aazeen juga diusap lembut. Alahai manis betul. Aazeen hanya senyuman. Happy kau dapat ciuman dari suami. Siap ada usap kepala lagi.

"Ada satu lagi syarat. Okay yang ini last. Promise." Kata Aazeen. Aryan menggulingkan matanya ke atas. Dah bagi betis nak peha. "Apa dia lagi ni? Kau jangan mintak yang pelik-pelik eh. Aku tak nak kasi." Kata Aryan lagi.

"Tak ada lah. Tak pelik pun." Aazeen sengih sehingga menampakkan sebaris gigi. Gigi putih ye bukan kuning. "Apa dia?" Aryan memandang Aazeen. Jangan di mintak yang bukan-bukan sudah lah.

"Saya nak selalu cium abang, peluk abang, buat semua tugasan seorang isteri buat untuk suami, dan saya nak abang manja kan saya juga. Walaupun..." Ayat Aazeen tergantung. "Walaupun?." Senyuman yang tadi nya manis kini menjadi senyuman kelat pada wajah Aazeen. "Walaupun abang masih belum boleh terima saya dan mungkin perkahwinan ni hanya sementara. Tapi saya harap dengan masa yang sementara ni saya dapat raih kasih sayang abang walaupun sikit."

Kata-kata Aazeen bagaikan satu tamparan hebat untuk Aryan. Aryan terdiam. Lidahnya kelu. Mulutnya tidak mampu untuk berkata-kata. Wajah Aazeen ditenung lama. Jahat sangat ke dia sebagai seorang suami? Sedikit pun Aazeen tak pernah dapat perhatian dari Aryan. Aryan memandang tepat pada mata Aazeen.

CINTA SEORANG BIDADARI [SU]Where stories live. Discover now