Prolog

2.6K 177 77
                                    

Mahkamah Pulau Rintis.



          "Encik Yazid, boleh beritahu siapakah yang menikam isteri Encik apabila tiba saja di rumah ketika itu ?" soal peguam pada saksi yakni Encik Yazid. Suasana di dalam ruang perbincangan mahkamah itu sangat sunyi. Encik Yazid yang diminta memberi keterangan terketar-ketar bibir.

Perlahan-lahan dia menoleh ke kiri di mana terlihat anaknya, memandang dengan wajah yang meminta belas kasihan supaya menarik semula kes ini. Encik Yazid mengeluh. Dia lantas berpaling semula ke hadapan menghadap wajah peguam yang menanyakan soalan padanya sebentar tadi.

"A-anak saya... Muhammad Taufan." jawabnya kemudian menoleh kembali melihat wajah anak lelakinya yang terkejut. Peguam tadi mengangguk faham seraya menghadap pada Hakim.


"Yang Arif, mengikut maklumat yang diberikan, ibu tertuduh ditikam sebanyak 3 kali. 1 di bahagian perut dan 2 lagi di dada mangsa. Selain itu, hanya terdapat satu set cap jari sahaja dijumpai pada pisau yang digunakan untuk membunuh mangsa dan itu adalah milik tertuduh." ucap peguam itu pada Hakim di hadapannya.

Mata remaja lelaki bernama Taufan itu terkedip-kedip menahan air matanya. Rahangnya bergerak ke kiri kanan tanda geram. Dia tak sangka ayahnya sanggup biarkan dirinya dituduh tanpa asal usul siasatan yang lengkap.

Tuk ! Tuk ! Tuk !

Bunyi ketukkan dari Hakim menyebabkan Taufan tersentak dari lamunannya. Dia menggeleng tidak percaya. Dengan ini, dia telah dikenakan hukuman dihantar ke sekolah pemulihan akhlak di hujung Pulau Rintis ini.

Dengan kedua tangannya digari serta ditarik bangun secara paksa oleh pihak polis, Taufan meronta meminta bantuan dari ayahnya.

"A-ayah ! Taufan tak bunuh mama ayah ! Encik, lepaskan saya encik ! Saya tak bunuh mak saya !

Taufan tak bunuh mak !
Taufan tak bunuh mak !
Taufan tak bunuh mak !!!"


Jeritan Taufan membingitkan satu ruang perbincangan itu. Dia mula menangis teresak-esak apabila dirinya diheret ke trak lori hak milik polis yang berada di luar. Sempat dia memandang wajah ayahnya. Encik Yazid. Wajah ayahnya yang sangat sedih.

Buk !

Badannya dicampak ke dalam trak tersebut. Kedua anggota polis tadi menutup pintu trak tersebut seraya bergerak masuk ke tempat memandu. Taufan segera mengesot ke tepi tingkap jaring trak tersebut. Sekali lagi, wajah ayahnya yang sudahpun berada di luar mahkamah dipandang.

Awalnya berwajah sugul. Lama kelamaan menjadi lain. Ayahnya, tersenyum sinis. Dan dia seorang saja yang perasaan akan hal itu. Taufan ternganga kecil seraya menggeleng kepalanya laju. Deruan nafasnya kian laju. Dia cuba melepaskan gari ditangannya. Namun, usahanya sia-sia. Trak lori tersebut sudah bergerak meninggalkan perkarangan mahkamah tersebut diikut sebuah kereta beroda empat milik polis dibelakang.


Taufan tahu. Dia tak bersalah. Kematian ibunya bukan disebabkan dia. Ianya dirancang. Cuma dia tak tahu siapa pelakunya. Dia tiada bukti melainkan mensyaki ayahnya.


Dia berjanji, suatu hari nanti keadilan akan memihak kepadanya. Dia terduduk lemah di dalam trak tersebut. Trak tersebut laju menerusi jalan raya menuju ke sekolah pemulihan akhlak yang terletak di hujung bandar Pulau Rintis.



Sekolah Pemulihan Akhlak Pulau Rintis.














• Cak ! 😂 ff baru guys. Nampak sgt aku ni gelojoh. Ff Solar pun x siap lgi dah buat ff baru hahaha 😂 btw korang tau tak pasal juvana ? Kalau aku xtau meh aku terangkan sikit. Erm sikit ke ? Entahlah 😂

Jenayah juvana merupakan perlakuan jenayah/anti-sosial golongan juvenil (remaja). Jenayah begini merupakan sesuatu yg sgt membimbangkan semua pihak di seluruh dunia. Ianya merupakan satu isu sosial yg penting kerana golongan ni mampu melakukan jenayah yg berat tetapi mereka masih di bawah umur dan belum boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya.

Golongan ini terdiri dari umur 7-18 tahun tapi paling tinggi penglibatan adalah antara berumur 16-18 tahun.

Jenis-jenis jenayah yg selalu mereka buat adalah buli, menipu dan mencuri, mencuri motorsikal, peras ugut, pecah rumah, rogol, menyamun dan juga mengambil dan mengedar dadah.

Ya tahu panjang korg mls nk baca kan ? Hahaa xpelah klau xnk baca. Aku just share and nak bgi korang phm konsep juvana ni mcm mana. Barulah tak pening kepala dan x sampai hati nk baca story ni 😂  oklah tu je nak bebel bye semua ! nantikan chap seterusnya okieee 😆

Kinda excited sbb buat story psl Taufan ! And also other elements 😆😂

Juvana [BBB] ✓Where stories live. Discover now