J-8

1K 128 107
                                    

No one pov

        Sedar tak sedar, hampir sebulan sudah Taufan dimasukkan ke dalam sekolah Juvana tersebut. Taufan juga sudah dapat membiasakan diri walaupun dia dan Thorn sering dikacau dan dibuli oleh pelajar-pelajar lain. Nama pun sekolah budak jahat. Yang pengecut dipijak, yang paling hebat disanjung.

Dia tak boleh berbuat apa selain mendiamkan diri. Pernah dia cuba melawan namun sebaliknya yang dia dapat. Begitu juga dengan Thorn. Thorn kuranglah sikit dibuli kerana sudah lama disini berbanding dirinya. Apalah nasib. Dia tak minta pun semua ini.

Sekarang adalah waktu pembelajaran seterusnya setelah tamat waktu rehat tamat. Ramai guru yang mengajar disini menekan mata pelajaran berkaitan akhlak serta memberi kesan pendedahan melakukan jenayah juvana yang mereka lakukan. Seperti biasa, kalau kelas tak bising tak sah. Sudah tentu semua orang pun tahu siapa paling kecoh kalau di dalam kelas.


Krak ! Brukk !


"Blaze, cukup-cukuplah kau hancurkan meja kat sekolah ni. Kau ingat ni sekolah bapak kau punya ke hah ?! Ada duit nak bayar ?!" tengking Cg Hisyam tatkala Blaze baru saja merosakkan meja kayu yang berada di belakang kelas.

"Hak alah main bapak-bapak pulak dia ni ! Kecohlah ! Meja dah buruk pun nak simpan lagi ke sial !" jerit Blaze tidak puas hati pada Cg Hisyam yang sudahpun berasap di hadapan kelas. Kalau tak kurang ajar tu bukan Blaze namanya. Cg Hisyam menunding jari ke arahnya.


"Kau tunggu kau, aku panggil warden !"


"PANGGILAH ! INGAT AKU TAKUT KE HA ?!"


Dek kerana sudah tidak tahan, Cg Hisyam segera keluar dan menuju ke pejabat En. Razi yakni warden sekolah tersebut. Blaze tersenyum sinis. Setakat nak panggil warden, dia tak heran. Meja yang sudah hancur patah remuk tadi disepak-sepak. Menambahkan sepah di dalam kelas. Yang lain pula, bila ada peluang cikgu keluar dari kelas sekejap mulalah riuh.

"Pokemark lah kau Blaze, dibuatnya Razi betul-betul datang sini macam mana ?"


"Fucek lah kau, kena denda kemas ni lepas tu tekan tubi atas tar waktu panas memang aku kasi lagi katik kau Blaze !"

Beberapa orang pelajar mula menunjuk rasa tidak puas hati apabila mula memikirkan denda yang bakal diterima mereka disebabkan tindakan Blaze. Ya, memang dia orang suka dengan Blaze tapi kalau Blaze yang buat masalah, semua kena. 

"Bacot ah korang takut dengan Razi !" maki Blaze. Gempa pula hanya buat bodoh. Itu masalah Blaze, bukan masalah dia. Nak halang pun dah tak sempat sebab kaki Blaze tu memang laju je nak menyepak itu ini. Taufan dan Thorn pula hanya duduk diam di tempat duduk mereka. Sementara tunggu kedatangan warden mereka, Taufan mahu ke tandas.

"Thorn, kau duduk sini diam-diam ya. Aku nak pergi tandas." kata Taufan sambil mengusap-usap rambut Thorn. Thorn mencebik. Berani si Taufan ni memperkecilkan dia.

"Aku bukan budak kecillah. Kau tu hati-hati sikit. Buatnya nampak dek Hali mampus kau." ujar Thorn sambil memeluk tubuh tanda merajuk. Taufan tergelak kecil lalu segera keluar dari kelas. Dia nak minta izin pun, ketua kelas tak ada. Cikgu pun tak ada. Keluar jelah nak buat macam mana ?




TANDAS



Taufan mempercepatkan langkahnya apabila    kucil yang ditahan mahu terlepas. Namun, langkahnya menjadi perlahan semula bila matanya melihat Ais dan Halilintar sedang elok duduk merempat di hadapan tandas. Tak ada kerja dia orang berdua ni ?  Rasa mahu terkucil tadi seakan-akan pergi bila ternampak dua manusia itu. Disebabkan tak nak ada kesan sampingan apabila menahan kucilnya, terpaksa jugalah Taufan melangkah ke tandas menghadap si kepala syaitan itu.

Juvana [BBB] ✓Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt