J-10

1K 130 112
                                    

Taufan pov

"Ergh..." erangan itu yang keluar dari mulutku saat tersedar dari pengsan. Aku memejam mata seketika untuk membiasakan pandangan yang terang dan cerah. Setelah pandangan pulih, aku membuka sepenuhnya mataku. Terkedip-kedip mata ku apabila melihat tempat yang agak asing dan...

Oh. Hospital rupanya. Patutlah bau ubat. Ku angkat tangan kananku. Terlihat tiub iv drip dicucuk di tanganku. Aku mengeluh. Pening yang aku rasa sewaktu di sekolah tadi dah berkurang. Walaupun berkurang, tapi masih aku rasa mual dan sakit perut. 


Halilintar. Aku tak tahu apa yang dia tak puas hati dengan aku sejak aku masuk sekolah ni. Takkanlah sebab aku tak mahu menjadi hamba suruhan dia, dia buli aku kaw-kaw macam ni ? Nonsense. Sedang aku sibuk termenung memikirkan si syaitan yang dah buat aku masuk hospital sekarang ni, pintu wad ku dibuka perlahan. Kepalanya dijengul sedikit.


"Fan ?" panggil Thorn. Aku tersenyum lemah. Aku mengangkat sedikit kepalaku tanda memberitahu yang aku dah pun sedar. Wajahnya yang risau tadi bertukar ceria. Dia segera masuk dan berlari ke arah aku dengan tangan yang di depa.


THUD !


"Hiks...hiks...Janganlah tinggalkan aku Fan~ Kalau kau tak ada...si-siapa nak kawan...dengan...hiks uhuk uhuk...budak bendul...macam...a-aku...."

Ah sudah. Cengeng juga si Thorn ni. Aku hanya tergelak kecil dan membalas pelukannya. Somehow aku rasa Thorn ni macam adik aku pula. Padahal sebaya. Mungkin, sifatnya polos dan comel itu agaknya yang menampakkan dia seperti budak kecil. Tapi tulah, dia pernah kata jangan menilai wajah baik dan jahat seseorang itu. Kita tak tahu, yang baik adalah jahat dan jahat adalah baik.


"Hey dahlah. Aku tak apa-apalah. Pening sikit je. Dah-dah jangan nangis." pujukku sambil menepuk lembut belakang badannya. Thorn mengangguk lalu melepaskan pelukan kami. Dia menyeka air mata dan juga menyedut hingusnya.



"Pening sampai pengsan?" tegur seseorang. Serentak kepala aku dan Thorn tertoleh ke arah pintu. Gempa dan En.Razi masuk ke dalam wad aku. Gempa, yang masih dengan wajah garangnya menjeling aku. Aku hanya mengeluh dan menundukkan wajah. Walaupun dia selalu back-up aku , tapi masih aku rasa gerun dengan dia. Dia tak banyak cakap.


"Taufan, doktor yang periksa kamu tadi ada beritahu yang kamu kemungkinan ada makan benda yang kotor. Kamu makan apa je semalam ?" soal En.Razi sambil duduk di kerusi di tepi katilku. Aku terdiam. Sekilas lalu kejadian semalam bermain di kotak fikiranku.



Tak. Aku takkan bagitahu. Biarlah kejadian tu menjadi rahsia aku dan Halilintar.



"Aahhh...saya makan lauk malam tadilah Encik...apa yang kotornya ?" tipuku dengan senyuman kekok. En. Razi mengerutkan dahi tanda keliru dengan jawapanku. Gempa dan Thorn juga berpandangan antara satu sama lain. Aku menelan air liur tanda takut.


"Erm...tapi malam tadi kita makan ayam masak kicap. Kotor tak ada pun. Cuma kurang sedap je aku rasa." kata Thorn sambil menyengetkan kepalanya ke kanan dan mengusap dagunya. Wah macam detektif pula budak ni.



"Sempat lagi kau complain tak sedap ya ?" sindir Gempa dan membuatkan Thorn tersengih malu dan menggaru pipinya. Aku menggeleng kepala perlahan. Wajah En.Razi ku pandang.




"Encik janganlah risau. Mungkin salah saya sendiri agaknya makan tak cuci tangan dulu. Err, bila saya boleh keluar ni ?" soalku sambil membelek-belek iv drip yang mencucuk tanganku ini. Baru aku perasan tangan aku bengkak sedikit.



"Bukan apa, saya takut ada kes keracunan makanan di sekolah kita saja haih. Esok awak discaj. Berehatlah dulu kami bertiga dah nak balik ke sekolah ni. Jaga diri baik-baik." kata En. Razi kemudian bangun dari kerusi. Aku mengangguk lalu menyalamnya. Thorn menghampiriku dan sekali lagi, tubuhku dipeluk erat olehnya.


Juvana [BBB] ✓Where stories live. Discover now