J-25

854 106 81
                                    

Ais Flashback



Semua orang ingin hidup dalam keluarga yang bahagia. Sama juga dengan aku. Ingin hidup bahagia bersama orang tersayang. Di dalam keluarga aku, hanya ada aku dan kakak sahaja sebagai cahaya mata ibu bapa kami berdua. Hubungan adik beradik kami sangat erat. Tidak boleh berpisah seketika. Dari kecil sampailah ke besar, kemana kakak aku pergi, aku akan ikut dia. Sehinggalah...



"Aish, Akak nak keluar ni. Jaga rumah ya. Nanti petang ayah dengan mak balik. Jangan lupa masak nasi. Kunci pintu ni sekali." katanya sambil menyarung kasut. Aku tergamam buat seketika sebelum menggeleng kepala dan mendekatinya.



"Akak nak pergi mana ? Aish nak ikut boleh ?" pintaku padanya sambil memeluk pintu gril yang sudahpun di tutup rapat. Dia menoleh ke arahku lalu tersenyum kecil. Dia memasukkan tangan kanannya lalu dibawa naik mengusap rambutku.




"Mana boleh. Aish kan dah besar. Takkanlah nak berkepit dengan akak lagi ? Kalau Aish umur 5 tahun lagi yelah akak bawa ini dah nak ambil PT3 pun nak ikut akak juga ke ?" soalnya. Aku tertunduk diam. Memanglah aku dah besar. Tapi, aku tak ada sesiapa lagi nak berkawan melainkan kakak aku. Di sekolah, aku lebih suka menyendiri berbanding berteriak melompat sana-sini.


Aku menghantar pandangan ke arah kakak yang sedang berlari anak keluar dari kawasan rumah teres kami. Aku mengeluh dan menutup pintu rumah.




Hari makin hari, kakak sering saja keluar sehingga aku tidak mempunyai masa untuk bermanja dengannya. Ayah dan Ibu sibuk bekerja, jadi kadang-kadang hanya tinggal aku seorang saja dirumah apabila kakakku sering keluar. Bukan takat keluar saja, tiap-tiap malam aku dengar dia ketawa mengekek dan seperti bercakap dengan seseorang. Bila aku cuba intai, barulah aku tahu yang dia sedang bergayut dengan telefon.


"Aish, aku dengar kakak kau couple dengan senior kita tu eh ?"


Terkebil-kebil mataku apabila bangun saja dari tidur yang sekejap, diserang dengan soalan begitu. Aku menjungkit bahu tanda tidak tahu. Sejak bila pula kakak aku pandai couple-couple ni ? Kawanku tersengih sinis.



"Lah, bukan kau rapat dengan kakak kau ke ? Takkanlah kau tak tahu ?"



"Dia manalah tahu. Tidur je kerja."


Mereka berdua ketawakan aku. Aku hanya diam tidak melayan. Bagi aku tiada unsur lawak pun dalam percakapan mereka. Lagi pula, memang sifat aku suka tidur. Kau nak kata apa ? Aku bangun dari duduk dan terus keluar dari kelas memandangkan masih waktu rehat. Entah kenapa kaki ku melangkah ke kelas kakakku.



Juvana [BBB] ✓Donde viven las historias. Descúbrelo ahora