J-9

953 124 70
                                    

No one pov


Pagi itu, seperti biasa kesemua pelajar dikehendaki bangun awal bersiap-siap untuk menunaikan solat Subuh. Di dorm 2, hampir kesemua pelajar sudahpun bangkit dari tidur apabila dikejut secara paksa oleh pengawal yang menjaga dorm mereka. Namun, lain ceritanya dengan Taufan.

Matanya sudah tercelik namun tubuh badannya terasa lemah dan hal itu menyebabkan dia susah untuk bangkit dari baringnya. Kepalanya juga terasa berat. Seolah-olah dihempap sesuatu. Dia meringis sakit sambil memejam kuat matanya.

"Bangunlah, kau tidur apalagi ?!!!" herdik pengawal tersebut apabila terlihat Taufan masih terbaring di atas katil. Dek jeritannya yang maha kuat itu, kesemua pelajar tertumpu ke arah Taufan yang masih baring di atas katil. Pengawal tersebut dengan berang menarik selimut yang membaluti tubuh badannya lalu ditarik lengan Taufan secara paksa.

"Suruh bangun pun payah ! Pergi mandi !!!" tengking pengawal itu lagi lalu keluar dari dorm 2. Taufan yang masih separa sedar itu menundukkan wajahnya. Dia dah tak heran rasa malu kena marah tadi. Yang dia tahu sakit dikepalanya semakin menjadi-jadi. Gempa yang sudah siap itu mengerling ke arahnya.

"Kau okay tak ?" soal Gempa lalu menyidai tuala miliknya di penghadang katil. Taufan mengangguk perlahan.

"Dah tu, pergilah mandi cepat. Kau termongok apa lagi ? kau nak pak guard haramjadah tu ngamuk lagi ?" soal Gempa sinis. Taufan mengeluh lalu perlahan-lahan bangkit dari duduknya dan mencapai barang mandinya. Gempa menjeling lalu kembali merapikan dirinya.


"Hah Fan, masuk sini cepat ! Kau belum mandi kan ?" pelawa Thorn saat terlihat Taufan yang baru muncul di hadapannya. Kebetulan, dia baru selesai mandi. Apa salahnya dia pass ke Taufan terus. "Terima kasih, Thorn." ucap Taufan lalu dengan langkah lemah longlai, dia masuk ke dalam.

Terkedip-kedip mata bulat Thorn saat melihat perilaku pelik Taufan. Lemah semacam kawannya itu pagi ini. Dan ya, Taufan antara pelajar yang paling lambat bersiap-siap. Kebiasaannya, awal. Tergaru kepala Thorn dibuatnya. Thorn menjungkit bahu lalu berlalu ke bilik.

"ADUH !" aduh Thorn dan Blaze serentak apabila badan mereka berlanggar antara satu sama lain. Blaze berdecit geram lalu menjegil mata pada Thorn.

"KAU NI MATA DAH BESAR MACAM NAK TERKELUAR PUN TAK NAMPAK KE ?!"

"KAU PULA ASAL GELABAH BONTOT ?!"


Ha sudah, pepagi lagi dah nak gaduh. Apa nak jadi pun aku tak tahu. Blaze mengetap gigi tanda geram dengan Thorn. Thorn juga membuat reaksi yang sama dengan Blaze. Kedua-duanya menatap tajam antara satu sama lain.

"Dahlah, aku nak berak. Siapa kat dalam ?" soal Blaze apabila mood mahu bergaduhnya tiada pagi itu. Yang di dalam perut kena lunaskan terlebih dahulu daripada bergaduh dengan budak bendul seperti Thorn. Tak ada guna pun sebenarnya gaduh dengan Thorn ni.


Thorn menjeling. "Taufan. Dia tengah mandi—eh KAU NAK BERAK PI JAMBAN LAIN LAH BODO NI KAN BILIK MANDI !"



Terdiam Blaze.





TAPAK PERHIMPUNAN





Selesai menunaikan solat Subuh berjemaah, kesemua pelajar juvana akan bergerak ke tapak perhimpunan untuk mendengar sebarang laporan dari guru yang bertugas setiap minggu. Walaupun mereka tahu semua laporan itu adalah tentang 'kesalahan' mereka.



Perhimpunan pagi itu dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan guru yang bertugas pada minggu lepas. Dalam sibuk mendengar laporan yang diucapkan oleh guru di hadapan, Taufan memejam matanya rapat tanda mahu mengusir rasa sakit di kepala. Perutnya sebu semacam. Dia menundukkan wajah lalu mengeluh perlahan. Dalam hati dia berdoa agar perhimpunan ini habis dengan kadar segera.

Badannya mula berpeluh.

"Baiklah, seterusnya saya menjemput En.Razi, selaku warden sekolah untuk memberikan ucapan." ucap guru bertugas tersebut lalu menyerahkan mikrofon kepada En.Razi yang pagi itu segak mengenakan kot hitamnya. Taufan mengangkat wajah lalu mengeluh kembali. Ucapan En.Razi sudahlah panjang dan lama. Cakap sepatah-sepatah.


Pening Taufan makin menggila. Kini berat dan sakitnya terasa sangat kuat berbanding semasa dia bangun pagi tadi. Pemandangan visualnya mula menjadi kabur dan berpusing. Badannya juga terhuyung hayang sedikit. Suara warden mereka semakin sayup-sayup kedengaran di telinga Taufan. Pandangannya semakin gelap. Dia sudah tak tahan.


BUK !


Semua pelajar dan guru-guru terkejut apabila Taufan tiba-tiba saja jatuh pengsan. Thorn mula panik lalu diribanya Taufan. Tak lupa juga, air matanya mula mengalir. Blaze dan Gempa juga ternganga apabila melihat wajah Taufan yang pucat lesi itu.

"Fan, bangun Fan. Jangan tinggalkan aku ! Kita baru jadi kawan ! Bangunlah kenapa kau pengsan niiiii ! " terlalu panik, Thorn tak boleh berbuat selain merayu dan menangis. En.Razi segera turun dari pentas dan mendekati kerumunan pelajar yang berkumpul disekeliling Taufan.

"Ketepi semua ! Jangan berkumpul !" arahnya. Kesemua pelajar menurut dan berdiri di tepi memberi ruang pada En.Razi. Tubuh badan Taufan diperiksa secara pandangan kasar.

"Badannya lemah sangat ni. Kita kena bawa dia ke hospital sekarang. Awak dan Gempa, ikut saya." kata En.Razi pada Thorn lalu terus mencempung tubuh Taufan dan dibawa ke keretanya. Thorn yang panik segera membuntuti En.Razi.

"Mana aci aku nak ikut jugak !" rungut Blaze tak puas hati apabila Gempa dan Thorn saja yang mengikut En.Razi. Dia dah lama tak melihat dunia luar selain dari sekolah ni. Keluar outing pun, dia tak dapat ikut. Katanya kalau bawa dia, bikin masalah.

"Kau duduk jelah diam-diam kat sini. Aku pergi kejap je." kata Gempa lalu berlari anak ke kereta En. Razi meninggalkan Blaze yang hendak meletup itu. Ada juga pelajar lain mengejeknya kerana secara tak sedar dia dilayan seperti budak kecil dengan Gempa.


Dalam kekalutan itu, ada seseorang yang tersenyum suka. Segera dia meninggalkan tapak perhimpunan itu dengan senang hati.




TAMAN SRI MAWAR


Anak mata berwarna kelabu putih dibalik cermin mata visor berwarna oren  itu bergerak ke kiri kanan melihat persekitaran laman rumah di hadapannya. Suasana yang sepi dan sedikit teratur itu membuatkan hatinya risau sedikit. Lehernya dijinjangkan untuk memerhati sama ada penghuni ataupun tidak.

"Kau cari siapa ?"

Terhinjut bahunya kerana ditegur seseorang. Segera dia menoleh ke arah gerangan tersebut. Terkelu lidahnya saat melihat wajah garang ayah Taufan. Dia tersenyum kekok.

"Assalamualaikum cik. Lama dah tak jumpa. Aaaaa T-Taufan ada ? Saya tengok macam tak ada je... Saya ingat nak—"


"Tak payah sibuk cari dialah ! Dia tak ada kat sini ! Dia kat sekolah budak jahat tu ha. Dah bunuh mak sendiri lepas tu tak nak mengaku bersalah pula. Huh !" terus saja percakapannya dipotong oleh En.Yazid. Ayah Taufan.

"Se-sekolah budak jahat ? Maksud acik, Taufan kat sekolah juvana lah  sekarang ? B-boleh tak saya nak tau alamat sekolah tu." dengan tergagap kerana takut, dia cuba meminta alamat sekolah juvana yang Taufan dimasukkan pada En.Yazid.


"Kau nak buat apa ?"


"Aaah nak melawat dialah. Nak tanya, betul ke dia yang....b-bunuh mama—"


"KALAU AKU KATA DIA YANG BUNUH, DIALAH !!! KAU PERGI BALIK !!!" jerkah En. Yazid padanya. Segera En.Yazid membuka pintu pagar rumahnya dan masuk ke dalam meninggalkan dirinya tercegat di hadapan rumah. Keluhan dilepaskan. Kalau ayah Taufan tak beri kerjasama, dia akan ke balai polis untuk mengutip maklumat disitu.

Dia yakin. Taufan takkan berniat nak bunuh seseorang sesuka hati. Lagi-lagi orang yang melahirkannya. Ibunya sendiri.




#TBC








Juvana [BBB] ✓Where stories live. Discover now