J-20

1K 116 135
                                    

Taufan pov

Aku mengetap gigi lalu terus melepaskan rangkulan Halilintar di leher aku. Aku menapak ke belakang menghampiri Thorn yang masih menggigil ketakutan.

"Tak apalah Hali. Aku ni tak sesuai dengan kau. Terima kasihlah pelawa." kataku lalu cepat-cepat menyuruh Thorn berdiri. Makin seriau aku apabila melihat Halilintar masih tersenyum lebar semacam. Aku dan Thorn terus melangkah dengan tempo sedikit laju menuju ke bilik kesihatan.

"Thorn, be-betul ke Hali tu masuk sini sebab bunuh ma-mak dia ?" soalku kepada Thorn sebaik saja kami berdua sudah pun jauh dari pandangan lelaki bermata ruby itu. Thorn menoleh ke arah aku.

"Eh, bukan Gempa dah cerita ke ?" soal Thorn pelik ke arah aku. Eh, ya ke ? Jap nak ingat balik. Ah, ya Gempa memang nak cerita. Tapi tak sempat sebab masa tu kena tegur dengan pengawal yang jaga kita orang masa kita orang berempat dikenakan denda haritu. Lepas tu, aku terus lupa nak tanya Gempa.

"Tak sempat nak ceritalah." balasku kepadanya. Dia mengeluh.


"Hm betullah tu. Tapi bukan mak dia rasa. Tapi mak tiri dia." balas Thorn perlahan. Terus aku berhenti melangkah lalu memandangnya dengan wajah yang tidak percaya. Mak tiri ? Serius ah dia ada mak tiri ? Wow gila ah.

"So, mak kandung dia—"

"Yang pasal mak kandung dia tu aku tak tahulah tapi dengar-dengar mak dia meninggal lepas lahirkan dia. Hm tak silaplah." balas Thorn sekali gus memotong ayat aku tadi. Aku terdiam sekali lagi. Aku tak tahulah tapi memang aku tak dapat nak keluarkan apa-apa kata sekarang. Terdiam dia lain macam. Aku tak sangka gila.

Tak sangka selama ni yang aku anggap syaitan tu...










rupanya sudahpun kehilangan seseorang yang paling dia sayang. Ibunya sendiri.

"Patutlah." kataku perlahan sambil menundukkan wajah. Dadaku mula terasa sebak dan air mata mula bergenang di tubir mata. Ya Allah, maafkan aku kerana terlalu mementingkan diri sendiri, Ya Allah. Aku terlupa bahawa ada lagi insan lain di muka bumi ini yang nasibnya lebih teruk daripada diriku, Ya Allah.

"Thorn, haritu kau tolong Hali kan ? Kenapa kau tolong dia ?" soalku dengan suara sedikit lembut kepadanya. Aku bukan jenis suka menyoal seseorang dengan nada suara meninggi. Thorn aku lihat dia menundukkan wajahnya sambil mengeluh perlahan. Dia mengangkat wajahnya memandang tepat ke arah anak mata aku.

"Aku...a-aku tolong dia sebab aku nampak dia kena b-belasah dengan..."

Aduhmak kasi habislah ayat kau tu Thorn. Nasib baik aku ni jenis penyabar sikit orangnya. Dia menggigit bibir bawahnya dan kedua ibu jari tangannya berlaga antara satu sama lain. Dari sudut pandangan matanya aku boleh rasakan yang dia berasa ragu-ragu untuk memberitahu kepada aku. Tangan kananku mula naik menyentuh bahunya.

"Tak apa, Thorn. Jangan risau, aku boleh rahsiakan. Bagitahu je." pujukku. Dia berhenti melagakan ibu jarinya antara satu sama lain dan berhenti menggigit bibirnya. Agak lama dia berdiam diri tak berkutik. Aku mengeluh perlahan. Mungkin aku patut kuburkan saja niat aku untuk tahu Halilintar dibelasah oleh siapa. Cuma aku nak tahulah, siapa yang berani sangat belasah dia ni ? Bagi ilmu sikit.

Tak adalah. Gurau je. Aku tak sampai hati nak berdendam atau marah dia bila dapat tahu dia dah tak emak. Hidup dia lebih sedih dari aku. Aku ni, sekurang-kurangnya dari kecil sempat merasa kasih sayang seorang ibu. Dia ? Memanglah dia ada ibu tiri tapi aku yakin layanannya tak sama. Aku dah boleh agak sebab apa dia bunuh mak tiri dia sendiri. Tak perlu rasanya aku minta Thorn jelaskan lagi.

Juvana [BBB] ✓Where stories live. Discover now