J-26

764 105 99
                                    

Taufan pov




"Encik Yazid."


Sebaik saja nama itu disebut, aku tergamam seribu bahasa. Mataku terbeliak kerana terkejut. Nama yang aku mensyaki dari awal tapi dalam pada masa yang sama aku berdoa agar bukan dialah orangnya...



Ayah...




"Tak...Tak mungkin. Encik tipu kan ?" soalku sambil memandang pegawai polis itu dengan penuh harapan. Dia menggeleng perlahan. Makin tak percaya aku dibuatnya. Aku terus bangun sambil menghentak meja dengan kedua tanganku.


"Encik tipu !!! Ayah saya takkan buat macam tu !!! ENCIK PENIPU !!!" tengkingku di hadapannya. Aku mara ke arah pegawai polis itu lalu mencengkam kolar bajunya. Aku menggoncangkan tubuh badannya secara kasar. Tanpa sedar, air mataku mengalir di pipi. Jeritan aku semakin lama bertukar menjadi rintihan.


Pang !


Satu tamparan hinggap di pipiku. Bibirku bergetar menahan esakan dari terlepas. Air mataku tetap mengalir. Dada aku terasa dirobek, dirobek dan terus dirobek. Imbasan di hari kejadian ibu terlantar di lantai dengan penuh tumpahan darah segar dari tikaman di dada serta perutnya bermain di mindaku.


"Kalau awak masih tak percaya, sila ikut kami berdua ke balai. Pesalah ada disana. Maaf berkasar, tapi tindakan awak untuk memberontak sama sekali tidak matang." katanya padaku. Aku diam tertunduk. Solar melutut disebelahku lalu menepuk bahuku perlahan.


"Fan, semuanya dah terbukti Fan. Ayah kau yang bersalah. Bangun Fan. Ini realiti. Bukan mimpi kau lagi. Bangun." pujuknya. Aku mengetap bibir kuat.



Aku tak tahu dengan perasaan aku sekarang ni. Aku marah,kecewa, sedih semua bendalah. Aku tak faham. Kalau betul ini realiti, kenapa ?...



Kenapa terlalu sakit realiti itu ?




BALAI POLIS PULAU RINTIS



Aku dibawa ke balai polis untuk lebih penjelasan. Solar dan En.Razi ikut kami manakala kawannya Nurin, diminta untuk pulang ke rumah. Tak apalah, lagipun dia orang luar. Aku tak mahu dia turut terlibat dalam hal ni. Biarlah aku saja yang uruskan.



"Sila ikut sini," pegawai tadi menunjuk arah padaku. Aku menbuntutinya sehingga sampai di satu ruang di mana pelawat boleh berjumpa dengan banduan. Aku dipelawa duduk di kerusi yang disediakan. Di hadapanku terdapat dinding cermin yang menghalang aku dan di sebelah sana.



Aku mendongak  apabila terasa ada bayang seseorang duduk di hadapanku. Ayah. Hanya Tuhan saja tahu betapa rindunya aku pada lelaki tua itu. Tapi rindu aku terbatas apabila rasa kecewa aku lebih kuat padanya. Aku dan dia menganggang telefon yang disediakan oleh pihak polis.



"Assalamualaikum. Ayah..." aku memberi salam diikut mengukir senyuman kecil. Dia tidak menjawab salamku. Aku mengeluh kecil apabila sikapnya masih tidak berubah. Aku menatap wajahnya. Terdapat lingkaran hitam muncul di bawah matanya. Biji matanya juga memerah. Apalah yang terjadi di rumah masa aku tiada sampai begini keadaannya.



"Ayah sihat ?" soalku prihatin. Terdengar dia mengeluh kasar.



"Kau tengoklah sendiri macam mana. Sihat ke tak ? Boleh tak kau pergi balik sekarang ? Tak payah nak sibuk jumpa aku." dia cuba menghalau ku. Aku tersenyum nipis.



"Fan cuma nak tahu. Kenapa Ayah bunuh Ibu ? Apa salah Ibu ? Apa salah Fan sampai sanggup Ayah aniaya anak sendiri ? A-Apa salahnya ? Apa salahnya Ayah ?!!" soalku dengan nada sedikit tinggi. Sebak di dada muncul semula. Air mataku mula bergenang. Tinggal mahu tunggu pecah ditubir mata saja. Ayah tersenyum sinis ke arahku.



Juvana [BBB] ✓Where stories live. Discover now