J-15

928 123 80
                                    

Taufan pov



"Setahun sudah ku menunggu dirimu akhirnya kau menjadi milikku~"




Tak. Itu bukan aku yang nyanyi. Aku rasa korang boleh teka siapa kan yang selalu sangat menyanyi dalam cerita ni ?



Aku mengeluh. Gempa yang berada disebelah aku, aku mencuit sedikit lututnya yang terbuka itu kerana memakai seluar pendek lalu menjuih bibir ke arah Blaze yang sedang memeluk pintu sel lokap dari malam semalam.


"Biarkan je. Dia memang macam tu kalau masuk lokap." kata Gempa dan kembali termenung. Aku mengangguk perlahan dan memerhati Blaze semula yang masih dengan nyanyiannya. Thorn pula yang berada dekat dengan Blaze mengangguk-anggukkan kepalanya tanda melayan irama nyanyian sengau milik Blaze.


"MENGAPA INI SEMUA HARUS BERLAKU APAKAH INI SEMUA KERNA DIRIKU~"



Dah sudah. Dah mula dah melalak dia. Kita orang sebenarnya baru je habis berlari keliling padang pagi tadi. Penat dia tu jangan cakap ah. Kaki aku ni rasa macam dah tercabut. Belum kena berkebun lagi. Tapi, pagi tadi malu jugalah sebab budak-budak lain yang tak kena denda seronok gelakkan kita orang. Haih apalah nasib kau Taufan.


Tapi aku peliklah. Sejak dari hari yang kita orang kena panggil ke bilik warden, kelibat Halilintar dengan Ais aku tak nampak langsung. Ah, Hali tu aku tahulah dia dirawat tapi takkanlah tak keluar lagi ? Ais pula, lesap macam tu je.


Aku bukan apa. Selama beberapa bulan aku duduk sini aku perasanlah juga kalau Halilintar ada kena masalah apa-apa dan kena panggil, Ais mesti hilang. Kecuali kes yang kat kantin haritulah. Aku nampak dia ada sekali. Cuma, kebanyakkannya tak ada. Aku keliru. Dia orang berdua buat aku tertanya-tanya sebenarnya.



Halilintar tu...kes apa sampai masuk sini ? Berat sangat ke kes dia ? Apa yang buat dia berperangai macam syaitan ?


Ais pun sama. Apa kes dia ? Kenapa dia sanggup jadi hamba Halilintar seorang saja sedangkan orang lain tak mahu ? Kenapa dia macam ada sembunyikan sesuatu dari semua orang eh ? Boleh tak aku nak tanya Gempa ? Ta-tapi aku takutlah.



STOP TAUFAN ! SAMPAI BILA NAK JADI PENGECUT ?! KAU CUMA BERTANYA JE KAN ?!



Aku mengeluh. Dan keluhan aku itu menyebabkan mereka bertiga serentak memandang ke arah aku.


"Kenapa Fan ?" soal Gempa. Aku menoleh ke arahnya lalu tersengih dan menggeleng laju. Thorn mendekatkan dirinya dengan aku lalu mendongak sedikit wajahnya.



"Kau kenapa ? Sakit ?" soal Thorn pula. Aku menggeleng sekali lagi.


"Tak adalah. A-aku cuma terfikirkan sesuatu." jawabku lalu menundukkan pandanganku. Aku mengemam bibir seketika lalu kembali mengangkat wajah.



"Aku nak tanya sesuatu boleh ?" soalku kepada mereka bertiga. Mereka mengangguk lalu menunggu pertanyaan dari mulutku.



"Hali tu...masuk sini sebab apa eh ?" soalku lagi namun reaksi mereka terus berubah. Mereka semua terdiam dan memandang sesama sendiri kemudian memandang aku. Dapat aku lihat dari mata mereka seperti agak berat untuk memberitahu kepada aku.



"Hali tu..." , Gempa mula berbicara. Aku menoleh ke arahnya dan memasang telinga mendengar cerita yang bakal diceritakan olehnya.




"Dia masuk sini sebab..."












Taufan pov end









No one pov







Juvana [BBB] ✓Where stories live. Discover now