J-1

1.5K 165 52
                                    

Taufan Pov

Tubuhku di tolak kasar ke hadapan oleh pengawal yang bekerja di sini. Selepas saja namaku disemak oleh senarai kemasukkan baru, aku di bawa berjumpa dengan warden sekolah ni. Sesekali aku memerhatikan sekeliling kawasan sekolah ni. Satu je aku boleh kata.

Teruk.

Kepalaku yang dari tadi menunduk ke bawah kini terdongak sedikit apabila perasaan bayang-bayang seseorang di hadapan ku. Aku memandang wajah warden sekolah ini. Wajahnya putih ala-ala lelaki Arab. Berjambang lebat dan bersongkok hitam. Kemeja berwarna hijau tua dipakai serta dipadankan dengan tali tie berwarna kelabu. Persis Ustaz.

"Nama saya Encik Razi. Warden di sini. Kamu... Muhammad Taufan bin Yazid kan ?" soalnya sambil tersenyum manis kearah aku. Aku pun tak tahu apa yang ceria sangat sampai nak senyum bagai. Aku mengangguk perlahan.

"Saya dah baca kes kamu. Saya tak percaya...betul ke kamu bunuh mak kamu ?" soalnya lagi.

Oh tak. Tolonglah. Ada banyak lagi soalan dalam dunia tapi kenapa soalan ni juga dia nak tanya ?

"T-t-tak...t-tuan. Saya tak bunuh mak saya." jawabku lemah. Ya aku lemah. Bayangkan kau berada di tempat aku sekarang ni. Apa kau rasa ? Dituduh sebagai pembunuh. Bukan orang lain. Mak kandung kau sendiri. Kau rasa ?

Encik Razi memandangku lama. Dia mengeluh sambil mencekak sebelah pinggangnya. Sekali lagi aku menundukkan pandanganku. Aku masih tak dapat nak proses semua benda yang terjadi pada aku sekarang ni. Semua terlalu pantas.

"Kalau kamu tak bunuh mak kamu, kenapa kamu dihantar ke sini ?"

Aku sendiri pun tak tahu. Kenapa tanya aku ?

"Sa-saya tak tahu tuan." jawabku lagi. Encik Razi mengeluh. Dia berjalan menuju ke tempat duduknya. Dia mengarahkan pengawal yang menjaga aku dibelakang tadi melakukan sesuatu. Mataku kerling sedikit ke tepi. Terlihat baldi kecil berwarna dan juga pakaian rasmi sekolah ini.

Baldi dan pakai tadi dihulur kasar kearahku. Aku mengambilnya dan memeluknya erat. Encik Razi mula fokus kearahku.

"Dekat sini kamu akan diajar dengan dua benda. Agama dan disiplin. Tanpa agama, kamu akan sesat. Tanpa disiplin...kamu akan jadi binatang."

Tersentak aku dibuatnya. Aku memandang wajah Encik Razi yang mula serius itu. Perlahan-lahan air liurku telan. Aku menarik nafas sedalam mungkin cuba menenangkan diri aku. Heh tenangkan diri ? Dalam mimpi.

"Saya akan ajar kamu untuk menjadi manusia yang sebenar-benarnya." sambungnya lagi. Aku hanya berdiam diri. Dia tersenyum nipis dan menyuruhku keluar. Pengawal tadi mula menarik kasar tubuhku untuk keluar dari pejabat Encik Razi.

Dengan langkah yang dipaksa laju oleh pengawal tadi, aku di arahkan untuk belok ke kiri dan kanan untuk menuju ke dorm yang bakal menjadi tempat tidurku dan tempat aku berkenalan dengan manusia-manusia yang berada di sekolah ini.


DORM 2

"Masuk." arah pengawal tadi dan terus pergi meninggalkan aku yang masih tercegat di hadapan pintu pagar dorm ini. Aku mengeluh. Dengan tangan terketar-ketar, aku menarik pintu pagar dorm ini dan mula masuk ke dalam.

Kosong dan sunyi. Hanya ada aku saja disini. Aku menarik nafas lega. Rasa takut aku tadi hilang sedikit. Sedang aku berjalan perlahan memerhatikan segenap ruang bilik dorm yang luas dan dipenuhi dengan katil double-decker ini, teguran seseorang mengejutkan aku.

"Siapa kau ? Budak baru ke ?" soalnya dingin. Perlahan-lahan aku menoleh kebelakang. Iris berwarna emas itu bertembung dengan mataku.

"I-iya. Aku baru masuk." jawabku perlahan. Dia tidak memberikan respon apa-apa sebaliknya berjalan mendekati aku. Aku yang mula berasa takut berganjak sikit ke belakang.

"Nama kau ? Kenapa kau boleh masuk sini ? Berat sangat ke kes kau ?" soalnya bertubi-tubi.

"Nama aku Taufan. A-aku masuk sini sebab...kes aku...aku..." ah sudah, lidah aku tiba-tiba pula jadi kelu semacam. Mungkin aku rasa takut sangat agaknya. Lelaki yang menegurku tadi tiba-tiba saja menepuk bahuku.

"Nanti jelah kau cerita. Kau pergi letak barang kau sana. Kau tau tak sekarang waktu apa ?"

"W-waktu apa ?"

"Gotong royong. Cepat letak barang kau. Lembab !" marahnya. Aku hanya akur dan segera meletakkan barang-barangku tadi di atas katil yang kosong. Kakiku melangkah mendekatinya namun lain jadinya. Leherku dirangkul kasar dan diheretnya aku keluar dari situ. Aku tak tahu dia nak heret aku kemana.

Yang pasti hari-hari aku akan menjadi teruk disini.










#TBC

Juvana [BBB] ✓Where stories live. Discover now