J-7

1K 121 41
                                    

No one pov

              Pintu stor dibuka perlahan. Thorn menyuruh Taufan masuk terlebih dahulu sebelum dirinya. Dengan langkah yang perlahan dan tanpa bunyi, Taufan masuk ke dalam. Thorn melihat ke kiri dan ke kanan memastikan tiada siapa akan perasan kelibat mereka. Pintu ditutup perlahan lalu badan dibalik menghadap Taufan yang sudahpun memasang wajah takut.

"Ma-macam mana kalau ada orang perasan kita ? Tak ke maut kita ?" soal Taufan sambil menggosok tangannya. Thorn tersengih. Dia menepuk bahu Taufan tanda menenangkan lelaki bermata biru sapphire itu.

"Tenang, Fan. Tak ada siapa tahu kita ke sini. Siapa juga nak pergi stor malam-malam ?" Ok, Thorn. Cakap kat diri sendiri ke ?

Thorn menyapu sedikit habuk di lantai stor lalu menyuruh Taufan itu duduk bersila menghadapnya. Ya lah, nak cerita mestilah kena hadap muka orang tu kan ? Taufan mengesot sedikit ke depan tanda tidak sabar. Mahu tak sabar, cerita separuh jalan.

"Sampai mana ye pagi tadi ?" soal Thorn. Taufan menatap datar ke arah Thorn. "Eih kau yang cerita, asal tanya aku pula ?" soal Taufan semula. Thorn tersengih. Lama dia mendiamkan diri tanda cuba mengingati ceritanya yang baru separuh jalan itu.

"Ha ! Dah ingat. Lepas je aku lari..." Thorn mula menceritakan kisahnya.

Flashback Thorn

Selepas saja melarikan diri ke dalam bilik, Thorn dengan nafas yang tak terkawal mengunci pintu biliknya. Badan disandarkan pada pintu lalu perlahan-lahan dia duduk sambil cuba mengusir kejadian tadi. Sungguh, Thorn betul-betul terkejut. Dia tak merasakan tindakan ayahnya tadi adalah tanda kasih sayang seorang bapa kepada anak tetapi sebaliknya.

Ya. Sebaliknya.

Dengan badannya yang sedikit menggigil, Thorn cuba menekap telinganya pada pintu. Baru saja menekap, tiba-tiba pintunya diketuk kuat oleh seseorang. Segera Thorn memejam mata tanda takut. Berharap yang diluar itu bukanlah ayahnya. Pintu diketuk berkali-kali. Turut kedengaran suara seperti ibunya memanggil.

"Along, buka pintu ni !!!"

Thorn tersentak. Ibunya ? Dia mula bangkit dan perlahan-lahan membuka pintu biliknya. Kepala dijengul perlahan dan terlihat ibunya sedang bercekak pinggang sambil memandang hairan ke arahnya. .

"Nak tunggu ibu pecahkan pintu baru nak keluar ?" sindir ibunya. Thorn tersengih. Dia keluar dari bilik sambil mengelap peluh yang membasahi wajahnya. Sumpah dia takut betul tadi.

Juvana [BBB] ✓Where stories live. Discover now