J-22

877 112 163
                                    

Halilintar pov

Dengan terbongkok-bongkok, aku melangkah ke tandas sekolah untuk memeriksa wajahku. Blaze tu memang-memang betul setan. Tak sedar diri. Ha padanlah muka dia sekarang. Kawan baik sendiri tercedera sebab dia. Memang masak kena dengan si Razi nanti. Aku meringis sakit sedikit lalu menolak pintu tandas perlahan. Untung tiada siapa selain aku.

Aku melangkah menuju ke singki. Cermin tandas sekolah yang hampir retak kerana dijahanamkan dengan budak-budak sini aku tak pedulikan. Kalau pecah berderai sekali pun, aku tak heranlah. Bukan merugikan aku pun.


"Babi." kata kesat terlafaz di bibirku tatkala menilik wajahku yang sudahpun berlebam sana sini serta bengkak. Aku mengeluh kemudian menggeleng kepala sambil tersenyum sinis. Manusia. Tak kuat sedikit habis satu badan dikawal dengan syaitan. Syaitan. Kalau kita buat sesuatu yang dilarang, terkinja-kinjalah dia.


Aku tak cakap sesiapa. Tapi aku cakap semua ni pada diri aku. Kerana terlalu marah dan dendam, aku biarkan syaitan durjana kuasai badan aku. Kesudahannya, aku yang tanggung. Bukan syaitan anak iblis yang menghasut tu. Mereka dah selesai kerja mereka. Apalagi ? Berseronoklah.

Pili air diputar lalu keluarlah air dari saluran pili itu. Aku menadah tapak tangan menakung air yang mengalir kemudian dibawa ke mulut. Aku berkumur-kumur membersihkan bahagian dalaman mulutku yang terasa karat besi dari darah.


"Aishh...." aku mengeluh berat sambil memegang pipiku yang bengkak kerana ditumbuk dengan Blaze. Boleh tahan juga budak tu. Silap aku juga sebab cabar dia. Tapi kalau aku tak kata macam tu, siapa bila dia dengan Gempa nak bersangka buruk dengan kawan dia orang sendiri ? Dia orang ingat aku ni tak perhati ke apa yang dia orang buat ?


Sepanjang aku berada disini, aku perhati saja budak-budak kat sekolah ni. Agak-agak kalau aku sendiri yang tak puas hati baru aku sendiri buat kacau. Heh, maklumlah kepala setan kan ? Sampai ke matilah gelaran tu akan melekat dekat aku. Bak kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Jika baik, baiklah namanya. Jika buruk, buruklah namanya.


Aku kadang terfikir. Masih ada ke peluang untuk orang jahat macam aku ni untuk berubah ? Sekiranya berubah menjadi baik dan alim sekalipun, layak ke diterima masyarakat ? Majoriti mentaliti masyarakat sekarang semua sama.

Yang baik akan menjadi baik.
Yang jahat akan tetap jadi jahat sampai bila-bila.


Bagi aku macam tak ada gunanya hantar budak-budak bermasalah ke sekolah ni. Konon nak betulkan akhlak dan akidah. Okay, kau berjaya betulkan akhlak dan akidah dia tapi kau tak rasa ke bila dia orang dah keluar nanti, dia orang akan dicemuh walaupun sudah berubah menjadi baik ?


Eh, dia dulu pernah bunuh mak dia. Jangan dekat ! Nanti kau pula yang dia bunuh.

Eh, dia dulu pernah mencuri. Baik jangan kawan dengan dia. Silap-silap dalam diam baiknya, dia curi barang kau.

Eh, jangan terpedayalah dengan muka baik dia tu. Muka baik sekarang pun hati hitam ! Busuk !

Sekali kau buat jahat, seribu kebaikan kau dilupai. Itulah manusia zaman sekarang. Aku bukan nak bertentang dengan kuasa Yang Maha Besar tapi aku tak tahan hidup dengan mentaliti sebegini. Dah jahat tu, jahat jelah ! Tak payah berubah nak jadi baik. Tak ada guna. Tiada siapa pun akan hargai kau kalau fikiran dia orang disetkan dengan kenyataan,

ORANG JAHAT SELAMANYA AKAN JADI JAHAT


Aku menghela nafas. Aku penat. Hari-hari aku berdebat dengan diri sendiri tentang hal ni. Kadang-kadang aku tak faham kenapa aku kena berdebat dengan diri sendiri kalau aku boleh jumpa pakar. Kan ? Tapi entahlah. Mungkin sebab aku ni ego. Ya, aku ego. Aku biarkan gelaran 'kepala setan' tu melekat dengan aku. Mungkin inilah masalah aku yang sebenarnya.

Juvana [BBB] ✓Where stories live. Discover now