J-14

902 126 89
                                    

No one pov

"APA MASALAH AWAK SEMUA SEKARANG NI ?! KALAU APA-APA TERJADI PADA KAWAN AWAK TU, REPUTASI SEKOLAH NI JATUH TAU TAK ?! MANA SAYA NAK LETAK MUKA SAYA NI HAH ?!" jerkah En.Razi sambil menghentak kedua tangannya dimeja.

Mereka berempat hanya menunduk apabila dijerkah sebegitu rupa. Tak pernah lagi En.Razi meninggikan suaranya pada para pelajar disekolah itu. Blaze mengerling ke kiri dan ke kanan memerhati kawan-kawannya. Rasa bersalah di dalam dirinya makin besar. Kalau tak kerana dia, mesti kawan-kawannya tidak terlibat sekali.

"Saya kecewa dengan sikap kamu, Gempa. Dulu awak tak berperangai macam ni. Kenapa sekarang awak panas baran sangat sekarang ?" soal En.Razi menyatakan perasaan kecewanya terhadap Gempa. Mana taknya, nak diikutkan prestasi Gempa adalah paling baik setakat ni berbanding pelajar lain.  Gempa tidak menjawab. Dia hanya mengemam bibir dan meliarkan pandangan matanya di seluruh ruang pejabat En.Razi.

Tiada guna pun kalau dia bersuara. Terang-terang dia salah.


"Azri ?" kini, wajah Blaze pula ditatap. Blaze yang tersentak kerana nama sebenarnya disebut segera mengangkat wajah menghadap En.Razi. Memang dalam hati dia nak maki je warden depan dia ni sebut nama sebenar dia tapi terpaksa dipendam. Hormat tetap hormat. Ceh, hormat sangat.

"Y-ya warden—eh cikgu ?" sahut Blaze dengan gagap sedikit menyebabkan Thorn, Taufan dan Gempa serentak menoleh ke arahnya. Mahu gelak tapi dosa. Mereka bertiga menyorokkan senyuman mereka. Muka Blaze lawak gila kot. Kecut sia depan warden. Belakang warden bukan main ;

"PANGGILLAH SI RAZI TU KAU INGAT AKU KESAH KE HA KIMEK ?!" 


"Boleh tak...tolonglah. Dalam sebulan ni jangan buat hal atau cari hal dengan sesiapa ? Lagi-lagi Halilintar dengan kawannya."

"Masalahnya Cikgu, Cikgu dengar sini betul-betul. Saya. Tak. Cari. Pasal. Langsung. Dengan sesiapa. Tapi Halilintar tu yang cari pasal dulu ! Dia humban saya dalam tong sampah kot ! Cikgu pernah rasa ke ?" protes Blaze. En.Razi mengeluh kesal tanda penat dengan perangai Blaze.

Nilah masalah paling berat bagi dia bila ada dua orang pelajar yang mempunyai sifat keras kepala. Dua-dua takkan setuju dan berbaik. Malah, lebih rela bermusuhan. Memang satu cabaran yang sangat besar buat En.Razi.

"Macam nilah Azri, lepas ni kalau Halilintar kacau kamu, kamu buat tak tahu saja. Jangan dilayankan. Lagi kamu layan, lagi seronok dia kerjakan kamu. Sudahnya nanti apa, kamu juga yang kenakan ? Boleh ?" pinta En.Razi pada Blaze. Dalam hatinya berdoa agar saranannya itu dapat dituruti.


"Tak boleh." jawab Blaze dengan ringkas. Sangat ringkas yang membuatkan harapan yang dibina En.Razi tadi hancur serta merta.


"Kenapa pula tak boleh ?"


"Tak bolehlah. Kalau macam tu  sedap ah dia kacau saya, ejek saya apa semua. Woooo mana boleh ! Bukan Blaze namanya kalau tak langgar balik ! Heh !" bidas Blaze siap membuat gaya angkuh apabila menyebut trademark yang dibikinnya sendiri. Gempa yang berada ditepi menjelingnya. Dahlah buat salah, lepas tu nak dengar kata warden. Aku pang juga budak ni.

"Haih Azri...Azri. Dengar sini baik-baik apa yang saya nak sampaikan ni. Memang dia seronok dapat kacau awak, ejek awak apa semua. Tapi ingat ni Azri, biar orang kacau kita, jangan kita kacau balik. Biarkan je. Dia nak buat apa kat awak, awak buat tak tahu je.   Awak buat je apa yang mendatangkan faedah kepada diri awak. Anggap saja dia tu hanya orang luar yang nak menjatuhkan awak. Saya minta satu ni je, janganlah buat hal lagi. Awak masa masuk sini janji dengan saya kan yang awak nak jadi pelajar balik baik ? Bila dapat keluar nanti awak nak jumpa mak dan adik-adik awak ?

Juvana [BBB] ✓Where stories live. Discover now