J-2

1.3K 153 78
                                    

Di chapter lepas...

        "Encik Yazid, boleh beritahu siapakah yang menikam isteri Encik apabila tiba saja di rumah ketika itu ?"

       "A-ayah ! Taufan tak bunuh mama ayah ! Encik, lepaskan saya encik ! Saya tak bunuh mak saya !

Taufan tak bunuh mak !
Taufan tak bunuh mak !
Taufan tak bunuh mak !!!"

                "Nama saya Encik Razi. Warden di sini. Kamu... Muhammad Taufan bin Yazid kan ?"

                 "Dekat sini kamu akan diajar dengan dua benda. Agama dan disiplin. Tanpa agama, kamu akan sesat. Tanpa disiplin...kamu akan jadi binatang."

                   "Nama kau ? Kenapa kau boleh masuk sini ? Berat sangat ke kes kau ?"

***JUVANA***




Still Taufan Pov

 

                     Tubuhku diheret kasar oleh lelaki yang menegurku di dorm tadi. Aku hanya mampu menunduk ke bawah dan mengikut langkah lelaki tadi. Tiba-tiba langkahku dan lelaki tadi berhenti. Dia melepaskan rangkulannya dileherku lantas menolak tubuhku ke depan.

Perlahan-lahan aku mendongak memandang kawasan yang diheret olehnya tadi. Kini aku dan dia berada di taman sekolah yang sedang dibersihkan oleh pelajar-pelajar di sini. Aku menelan air liur tanda gerun apabila melihat wajah-wajah pelajar di sini yang mula fokus ke arah aku.

Ada yang berbisik-bisik dan tersenyum sinis memandangku. Sumpah aku takut gila sekarang. Aku tak pernah hadap situasi macam ni seumur hidup aku.

Seorang lelaki berpakaian singlet putih berseluar pendek, mempunyai iris berwarna merah jingga serta ketinggiannya yang bawah sedikit dari aku bangun dari cangkungnya dan bergerak menghampiri aku.

Terus tertunduk aku dibuatnya apabila mataku dan matanya bertembung. Dia sudah berada dihadapan aku sekarang. Dada aku ditumbuk sikit olehnya menyebabkan aku makin tertunduk ke bawah.

"Oi tunduk, angkatlah sikit muka kau tu. Tunduk, tunduk macam mana kita orang nak tengok muka pecah kau tu ?" kutuknya. Segera aku mendongak wajah memandangnya yang sedang tergelak-gelak bersama yang lain. Lelaki yang mengheretku tadi berdiri disebelah aku sambil memeluk tubuhnya dan tersengih kecil.

Aku memandang budak pendek di hadapan  dengan pandangan tidak puas hati. Dia tau tak aku ni lagi tinggi dari dia ? Jangan sampai aku kepit kepala dia baru tahu.

"Kau ni Blaze, kau tahu tak kenapa dia tunduk-tunduk ?" soal lelaki tadi pada budak pendek yang bernama Blaze itu. Oh jadi nama si pendek yang kutuk aku ni Blaze. Hmm, macam bilis je aku dengar. Ok sorry.

"Apasal ?" soal Blaze dengan nada tidak puas hati. Aku menoleh ke arah lelaki bermata warna emas ini. Dia tersenyum sinis.

"Sebab kau pendek. Si Katik."

HAHAHAHA !!!

Boleh tak aku nak join gelak sekali ? Dia orang semua gelakkan budak Blaze dengan kuat sehingga menyebabkan dia berang dan tidak puas hati. Okaylah aku tarik balik kata-kata aku nak gelakkan dia sebab nampak dah aura yang tak diinginkan aku akan berlaku.

Blaze yang tadi memegang penyapu lidi di campaknya kasar ke tanah. Aku nampak dia mula menarik kasar kolar baju rasmi sekolah milik lelaki di sebelah aku dan mula mendekatkan wajah mereka.

"Kau sengaja nak cari pasal ke apa Gempa ?!" jeritnya sambil menatap tajam wajah lelaki yang aku rasa namanya Gempa tadi. Gempa aku lihat hanya santai dan sama sekali tak kisah dengan suasana yang tegang ini.

"Apa ? Betullah kan kau katik ? Selama aku duduk sini dengan kau, kau tak tinggi-tinggi pun aku tengok. Sama je. Tulah lain kali makan sayur. Bukan makan ayam je." ejeknya. Sekali lagi aku nak tergelak tapi tak jadi.

Sebab budak pendek tu tiba-tiba mengganas. Penumbuk sulungnya dilayangkan pada wajah Gempa. Wuish, mesti sakit. Aku bukannya tak nak tolong Gempa yang mula kena tibai dengan Blaze tu, cuma...aku takut.

"HOI !!!"

Aku tersentak tatkala terdengar sergahan seseorang. Automatik pergaduhan Blaze dan Gempa tadi berhenti. Aku pelik kerana semua orang disini mula senyap.

Terlihat seorang lelaki yang tingginya lebih kurang denganku, kedua tangannya diseluk dalam poket seluar treksuitnya dan didampingi seseorang lagi lelaki disebelahnya berjalan menuju ke arah kami.

Blaze aku lihat memalingkan wajahnya ke arah lain begitu juga Gempa. Aku memerhati segenap wajah mereka berdua. Warna anak mata yang berbeza namun eksperisi sama. Dingin.

"Orang suruh gotong royong. Bukan bergusti." katanya dengan dingin sekali. Automatik bulu romaku meremang. Aku lihat dia menatap mata Blaze dengan tajam sekali. Mata berwarna merah darah itu sangat mengerikan bagi aku.

"Bila masa aku bergusti ? Kau tak nampak ke aku sapu sampah ni ?" soal Blaze sambil mengambil penyapu lidinya tadi dan mula menyapu. Teknik coverline dia tu...

Sangatlah lapuk. Aku lihat si mata merah itu tergelak kecil kemudian menepuk-nepuk pipi Blaze. "Iya ? Habistu apasal pipi mamat ni bengkak ?" soal si mata merah dan melirik ke arah Gempa. Automatik kepalaku tertoleh melihat ke arah Gempa yang sedang memegang pipinya yang lebam.

Kesian dia. Tapi satu je aku pelik sekarang ni...mamat mata merah tu tak perasan aku ke ? Huhu selamat aku-

"Kau. Budak baru ke ?"






Ya Allah, selamatkanlah aku.











#TBC

Juvana [BBB] ✓Where stories live. Discover now