J-24

830 107 168
                                    

No one pov


Prakk !


"MUHAMMAD AZRI !!!!!"



Bergema satu sekolah dengan jeritan Cikgu Hisham apabila meja di belakang kelas sekali lagi patah dan musnah akibat disepak dengan penuh kasih sayang oleh Blaze. Blaze hanya tersengih sambil menggosok belakang tengkuknya apabila ditatap tajam oleh Cikgu Hisham.


Rakan kelasnya yang lain pula hanya mampu mendiamkan diri dan mengucap tahniah kepada Blaze kerana sekali lagi merosakkan harta benda sekolah sekali gus meminta maut dari warden mereka. Gempa tersenyum penuh makna sehingga matanya terpejam. Terdapat tanda 4 urat merah bertepek-tepek di kepalanya.


Halilintar, yang kini sudahpun perlahan-lahan cuba mengubah diri, menghampiri ke arah Thorn dan Taufan yang sudahpun hampir kehilangan nafas kerana melihat perubahan mood Gempa.



"Memang si katik tu suka rosakkan barang ke ?" bisiknya sambil memuncung bibir menatap datar ke arah Blaze yang menggigil ketakutan apabila Gempa perlahan-lahan mendekatinya. Mereka berdua tidak menjawab sebaliknya hanya mengangguk perlahan.



Gempa menyising lengan bajunya sambil tersenyum ke arah Blaze. "Berapa kali aku nak bahasakan kau jangan rosakkan barang sekolah ? Hm ?" soalnya sambil menggoyangkan bahunya. Blaze mengundur ke belakang sehingga menyentuh dinding. Tubuhnya bergetar hebat apabila melihat aura kegelapan serta petir sambar menyambar di belakang Gempa.



Baru saja penumbuknya mahu dilayangkan, tindakannya terhenti apabila Cikgu Hisham menepuk bahunya. Dia tersenyum kekok apabila melihat aura gelap anak muridnya itu. Baik memang baik. Tapi baiknya ada hadnya.



"Sudah-sudah. Jangan bikin masalah lagi. Awak berdua pergi duduk. Meja ni nanti biar saya s-settle kan ? Hah..." katanya seraya menghentikan keributan kecil yang berlaku disitu. Gempa memandangnya lama sebelum menatap tajam ke arah Blaze. Dia kembali ke tempat duduk bersama Blaze yang masih menggigil ketakutan.


Kelas mereka kembali berjalan seperti biasa walaupun ada sebahagian dari mereka masih bermain-main dan sebagainya. Halilintar yang duduk di belakang Blaze mencuit-cuit bahu lelaki berketinggian rendah itu.


"Hoo~ abang Blaze tatut ke tuw~" ejeknya sambil bergidik bahu dan memuncungkan bibirnya.


"Diamlah !" amuk Blaze dengan wajah yang sangat bengis kepada Halilintar yang membuat wajah selamba siap menahan gelak lagi. Taufan dan Thorn yang berada di meja sebelah hanya mampu tersenyum dan ber-sweatdrop dengan perangai dua 'hot temper' itu.




Kring~!


Sebaik saja deringan loceng waktu rehat habis, berpusu-pusu murid di sekolah itu keluar dari kelas menuju ke kantin. Tak lupa juga, mereka berlima yang kini menjadi tumpuan warga sekolah kerana daripada bermusuh kini bertukar menjadi sahabat..


En.Razi sangat berbangga dan gembira kerana akhirnya kelima orang pelajar yang menjadi fokus utamanya kini sudahpun mengeratkan hubungan yang baik. Dia berharap agar hubungan mereka berlima berkekalan baik sehingga ke akhir hayat. Cuma dia terfikir, siapa yang berjaya satukan mereka ?






"Aduh !" Taufan mengaduh sakit apabila belakang badannya ditepuk oleh Halilintar yang baru tiba bersama Gempa di belakang. Dia menatap Hali dengan wajah terpinga-pinga yang duduk di hadapannya.



"Orang bagi makan, makan. Bukan ditenung." katanya. Taufan tersengih. Pinggannya yang masih penuh dengan nasi putih berlauk ayam masak merah berserta sayur goreng ditarik. Dia membaca doa makan terlebih dahulu kemudian menyuap sedikit demi sedikit nasinya.



Juvana [BBB] ✓Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz