J-27

1K 110 122
                                    

Prrang !!!


Hazeerah yang terpejam mata sambil menekup kedua telinganya apabila bunyi kaca pecah kedengaran di gegendang telinga. Dia membuka matanya perlahan-lahan apabila tiada lagi sebarang bunyi kedengaran di dalam bilik tersebut.

Dia tersentak apabila pandangannya dijamah dengan titisan darah yang mengalir dari kepala Halilintar. Badan lelaki itu menggigil menahan sakit yang diterima. Ais yang masih memegang pasu bunga yang sudah pecah kerana menghentam kepala Halilintar, menatap datar.

Baru saja dia mahu memanggil Halilintar, lelaki itu terlebih dahulu mengeram marah lalu terus menolak Ais sehingga tubuh kurus kering itu mencium lantai. Hazeerah tergamam melihat diri Halilintar yang baginya ketika itu berbeza.

Lelaki itu seperti sedang menahan sesuatu. Sesuatu yang dia tidak pasti apa. Dia terkejut dengan apa yang diberitahu oleh Ais tadi. Dalam waktu sekarang, dia tak ada masa untuk menghadam apa yang dia perkatakan lelaki beriris aquamarine tadi.

Semuanya terlalu kusut. Dia hanya mendiamkan diri melihat Halilintar yang mencengkam kuat kepalanya yang berdarah itu. Niatnya untuk menolong termati begitu saja.

"Kau memang sial."

"Hahaha macam tulah. Nilah Hali yang aku kenal. Bukan Hali yang tadi. Hali yang tadi, MU NA FIK !" Ais tergelak suka. Dia bangun lalu menepuk-nepuk membuang habuk di bajunya.

"Sekarang pilih, kau nak mengaku kau yang bunuh kakak aku atau kau nak aku bunuh perempuan tu." kata Ais sambil menunding pasu yang pecah tadi ke arah Hazeerah yang memeluk kedua lututnya, menggigil takut. Dia menoleh semula memandang ke arah Halilintar.

"Aku kira sampai 3. Tak ada jawapan, awek kau aku kerat." ugutnya. Halilintar masih diam. Ais tersenyum sinis. Dia memasukkan tangan kanannya ke dalam poket hoodie yang dipakai. Melihat tiada balasan dari lelaki itu, dia mengangguk kecil.

"1..." Dia menapak dua langkah.

"2~" tiga langkah diambil mendekati Hazeerah yang merapat ke sudut bilik itu. Ais menoleh sedikit ke arah Halilintar. Dia menatap lelaki itu datar.

"3-AKH !!!" terkejut dibuatnya apabila tubuhnya dipeluk lalu dibanting kuat sehingga tercampak ke almari di dalam bilik itu. Habis barang-barang di atas almari itu jatuh bertaburan di lantai. Dia mengangkat wajah sambil mendesah sakit. Dia tergamam melihat Halilintar yang menatapnya sambil tersenyum sinis.

Boleh terasa ada aura berbeza dari lelaki bermata merah delima itu. Di tangan lelaki itu terdapat sebatang kayu yang entah mana diambilnya. Halilintar mengangkat tangannya yang memegang kayu itu.

"Terima kasih, Ais. Kau...buat aku marah. Ha...Haha...HAHAHA ARGH HAHAHAHAHAH AHA !!!" Halilintar tergelak besar dan kuat. Ais memandangnya tidak percaya. Baru tadi dia nampak lelaki itu bertindak normal namun sekarang...

"Ha-Harraz..." terkelu lidah Hazeerah apabila melihat Halilintar yang sedang ketawa besar itu. Ketawa yang didengarinya itu seolah-olah, tawa yang dirasuk sesuatu.

Halilintar berhenti ketawa. Dia memandang Ais tajam. "Kenapa terkejut ? Bukan kau nak aku lawan kau ke ? Cepatlah. Tadi bukan main berani sangat. Kan ? HAHAHAHHA !!!" ketawanya lagi. Dia melangkah mendekati Ais yang terbaring itu. Kolar hoodie lelaki itu dicengkam kasar lalu ditarik merapat dengannya.

Hazeerah yang merasakan perkara itu akan melarat dengan lebih jauh lagi, merangkak keluar dan berlari sepantas yang mungkin memanggil En.Razi. Dia takut dan terkejut apabila melihat Halilintar sebegitu. Lebih-lebih lagi tawa lelaki itu.

Juvana [BBB] ✓Where stories live. Discover now