Bab 1⌛

5.3K 672 54
                                    

Aianos | Forever



HAERIN merenung lantai bilik tidur dengan perasaan yang pelbagai, dia melirik memandang lelaki yang sudah sah bergelar suami pada dirinya itu beberapa jam lalu dari ekor mata.

Lelaki itu pasang wajah dingin, wajah Haerin dijelingnya. Tubuh dipeluk.

"Maaf.."

"Kata maaf kau tu sekarang dah tak bermakna kau tau tak? Maaf kau tak boleh kembalikan waktu seperti sediakala, faham tak?" balasnya dingin. Haerin hanya mampu mengetap bibir.

Jujur Haerin cakap disini, lelaki itu memang kacak bila dia mengenakan kemeja putih dengan rambutnya yang messy itu.

Sekali pandang memang nampak kacak, dua kali pandang okay lagi. Tapi bila dah kenal luar dalam dan talk face to face dengan dia ni, hem. Boleh jalanlah!

"Tapi, kalau awak dah lama tahu yang kita nak dikahwinkan, kenapa awak je yang lari?" soal Haeri, dengan berani, anak mata lelaki itu direnungnya. Mereka berbalas pandang buat seketika.

Terlepas satu keluhan dari bibir lelaki itu sebelum dia sendiri yang mengalihkan pandangan.

"Aku tak naklah malukan keluarga aku-"

"Habistu kalau keluarga saya malu, tak apalah?" potong Haerin. Geram dia jadinya. Lelaki itu mendiamkan dirinya.

"Ini semua cadangan keluarga aku, aku ni bekas suami kakak kau, Haera. Lepas dia meninggal satu tahun yang lalu, mereka ambil keputusan untuk satukan kita. Mereka kata, bersalin tikar." terang Taehyung seraya meraup wajahnya.

Haerin mengeluh, lengan baju pengantinya dia belek sedikit. Cantik jugalah, tapi perangai suami dia ni je tak berapa nak cantik!

"Habis tu, apa kita nak buat sekarang?" soal Haerin.

Lelaki itu angkat wajah. Muka cantik Haerin sedikit sebanyak mengingatkan dia kepada Haera.

Mereka ada iras- iras sikit. Keduanya cantik, namun hati Taehyung masih pada Haera, bekas isterinya itu.

Bila dia sedar bahawa dia sudah terlalu lama merenung, cepat- cepat Taehyung alihkan pandangan.

"Aku.. akan ceraikan kau kalau kita tak sehaluan dan tak serasi." balasnya buatkan Haerin sedikit tersentak.

Dia tak mampu hendak berkata- kata lagi. Kalau itu sudah kehendak si suami, apa yang dia boleh buat, kan?

Lantas dia mengangkat punggung, lalu melangkah laju masuk kedalam kamar mandi.

Taehyung mengeluh berat. Wajahnya diraup.

"Maafkan saya, sayang. Saya tak mampu nak duakan awak walaupun dengan adik awak. Maafkan saya, sayang.." bisik Taehyung merujuk kepada Haera.

Sayang..

.

Intro yg agak membosankan,
I guess?

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[C] AIANOS | 뷔 ✓Where stories live. Discover now