Bab 12⌛

4.2K 610 89
                                    

Aianos | Forever





HAERIN melangkah longlai masuk kedalam office, beg tangan dia letakkan atas meja sebelum wajahnya juga disembamkan diatas meja.

Hari ini dia masuk pejabat awal, dengan Taehyung.

Kata dia, kalau tak nak orang tahu, datang awal. Nanti taklah kena cekup dengan budak pejabat, gitu katanya.

Hek eleh! Kenapa dia takut sangat yang status Haerin ni diketahui oleh budak pejabat eah? Bukannya mati pun! Cewah, mengumpat dalam hati.

Haerin cuma beriak biasa bila Taehyung melintasi mejanya.

Malas nak ambil pusing, semalam dahlah lari macam pondan. Hish, malaslah nak bahas lagi!

“Eah, awal Cik Haerin datang. Datang dengan bos?” tegur Luna sambil meletakkan beg tangannya diatas meja kerja.

Meja mereka yang bersebelahan itu memudahkan Luna untuk menegur Haerin. Haerin cuma tersengih.

“Haerin dah sarapan ke ni? Nampak tak bermaya aje.”

“Sudah akak.” jawab Haerin. Luna mengangguk, namun pandangannya masih tak lepas memandang Haerin, seakan ada sesuatu yang memancing perhatian Luna.

“Haerin, duduk sini depan akak. Ada benda nak cakap.” ucap wanita itu, lambat- lambat Haerin mengangkat punggung lalu kerusi yang didudukinya ditarik ke hadapan meja Luna. Kening dijongjetkan.

“Kenapa eonnie?

“Haerin ada ahli keluarga yang dah pergi ke?” soal Luna sambil berbisik- bisik. Berkerut dahi Haerin jadinya.

Ahli keluarga yang dah pergi? Maksud dia yang dah meninggal ke? Yang ada pun.. Haera eonnie. Setahun yang lalu..

“Ada, kenapa?”

“Ada roh orang mati yang ikut kamu dari kelmarin. Akak ni boleh nampak benda yang tak boleh dilihat dengan mata kasar.” jawapan Luna buatkan bulu roma Haerin mendadak naik.

“Akak janganlah main- main! Haerin takut ni..” lengannya dia gosok perlahan. Luna menggeleng kecil.

“Betul, akak tak tipu. Tapi roh ni nampaknya dia perempuan yang baik. Cuma dia tak gembira dan tak tenang.”

“Selalunya roh yang bergentayangan macam ni, ada benda yang belum selesai dalam hidup dia yang dapat menggembirakan dia saat mati.” ucap Luna bersungguh- sungguh.

“Tapi siapa? Haerin tak ada dendam dengan siapa- siapa.” ucap Haerin. Dia mula rasa meremang. Tak sangka ada benda yang nak ikut dia ni.

Luna terdiam seketika. Matanya memandang ke arah belakang Haerin sebelum mengeluh kecil.

“Haerin dah kahwin ke?”

“Em? Err..” Haerin bingung, dia nak jawab apa ni? Taehyung tak benarkan bagitau dia siapa dia sebenarnya.

Takkan nak bagitau juga? Nanti mengamuk pula si duda tu.

“Haerin.. em..”

“Dia cakap dia nak tengok Haerin bahagia dengan bekas suami dia sekarang. Barulah dia boleh pergi dengan tenang.” Ucap Luna, Haerin tersentak.

Bekas suami?

Takkanlah..

“Haera eonnie?

.

Hihihihihi

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[C] AIANOS | 뷔 ✓Where stories live. Discover now