Bab 9⌛

4.2K 619 101
                                    

Aianos | Forever





MASING- masing membuat wajah tak rela. Taehyung pandang meja kerja manakala Haerin berpeluk tubuh menekur dinding.

“Ma, Haerin belajar bukan nak jadi PA Taehyung, ma.” ujar Haerin. Puan Kim menggeleng kecil.

“Taklah, sayang. Memang bukan macam tu. Dah alang- alang kamu nak cari kerja, kerjalah dengan Taehyung sementara dia cari PA baru. Mama tak halang kalau Haerin nak kerja tempat lain. Mama cuma nak kamu sesuaikan diri dengan Taehyung.” ujar Puan Kim separuh memujuk.

Haerin mendiamkan diri. Rasa tak rela. Dahlah kahwin tak rela, kerja pun dia kena paksa. Apa lagi lepas ni?

“Em, ma sebenarnya kalau tak ada PA pun tak apa, Taehyung boleh handle sendiri-” ucapan lelaki itu terhenti bila Puan Kim menjelingnya.

“Mama buat semua ni untuk kebaikan kamu berdua. Jadi suka ataupun tidak, kamu berdua kena terima.” ucap Puan Kim. Serentak Taehyung dan Haerin melepaskan keluhan berat.

“Tapi ma-”

“Sudahlah. Mama nak balik, make sure kamu berdua berbaik- baik. Dan ingat, mata mata mama ada dimana- mana.” ucap Puan Kim persis seperti seorang ketua kumpulan samseng.

Mak aih, lain macam ibu mentua kau ni Haerin!

Sempat Puan Kim kenyitkan matanya lalu dia melangkah keluar dari ruangan tersebut. Selepas pintu tertutup, terus Taehyung dan Haerin berpandangan.

So, what are we gonna do now?” soal Haerin lembut. Keningnya dijongket, Taehyung mengurut keningnya.

“Kau betul- betul nak jadi PA aku ke?”

I have no choice, okay? Lagipun mama awak cakap semua ni hanya untuk sementara. Kalau awak nak pecat saya tunggu sebulan atau seminggu.” ujar Haerin.

Taehyung mendiamkan diri. Sejurus kemudian dia menekan interkom yang berada diatas mejanya.

“Panggil Yoora masuk sini jap.” katanya.

“Kalau nak kerja sini mesti ikut peraturan, jangan ikut suka hati je. Walaupun aku ni suami kau, we should keep it secret. Nanti makin naik kepala.” sempat Taehyung memerli.

“Cis, tak kuasa. Eh, by the way. Pekerja lelaki awak ada yang single ke?” soal Haerin, sengaja mahu mengapi- apikan Taehyung.

Terjongket kening lelaki itu.

Of course, why?

“Saja nak try. Yalah, ada suami macam tak ada suami. Kahwin pun sebab terpaksa, hubungan kita ni pun hanya sementara, jadi jangan terseksa bila tengok saya dengan dia.” ujar Haerin. Acah berpuisi sikit. (banggalah juga cikgu sam merangkap cikgu sastera sha tu😂)

Taehyung mengetap bibir.

“Kalau nak try lelaki, tolong jangan pekerja aku.”

“Eleh.”

Pintu bilik kerja Taehyung diketuk tiga kali sebelum gadis bernama Yoora melangkah masuk kedalam ruangan tersebut.

“Ya, bos?”

“Ahh, Cik Yoora. Kenalkan ini PA baru saya. Disebabkan dia masih baru, jadi tolong ajar dia apa sebenarnya seorang PA patut buat.” ujar Taehyung.

Yoora tersenyum. Dari pandangan seorang wanita seperti Haerin, senyuman gadis itu itu mempunyai makna yang terdalam. Suka?

“Sila ikut saya, Cik em. Cik Haerin.” ujar Yoora lalu senyuman tadi bertukar hambar.

Kedua gadis itu sudah melangkah keluar dari situ.

So, Hae- rin. Nak jadi PA kepada bos mesti kena perangai baik. Tepati masa, jangan suka curi tulang dan satu lagi, jangan menggatal dengan dia.” ucap gadis itu.

“Dia milik aku.”

Haerin cuma tersengih kecil. Duh, si antagonis ini.

“Jadi, ini tempat kau. Make sure apa yang diminta bos kau dapatkan. Catat semua apa yang dia cakap. Okay itu je.” ucap Yoora, serentak bahu Haerin dilanggarnya perlahan.

Sabar Haerin, dia tak kenal lagi kau siapa.

.

Okay, yitu dia si antagonis.

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika sudi.
Thank you❤
[💝]

[C] AIANOS | 뷔 ✓Where stories live. Discover now