Bab 2⌛

4.8K 639 42
                                    

Aianos | Forever


EH Haerin, marilah duduk sini. Makan keropok ikan ni ha.” tegur Puan Kim, ibu kepada Taehyung. Haerin mengangguk kecil, dia labuhkan punggung disamping ibu mentuanya itu.

Walaupun mereka dah kenal lama, tapi bila statusnya bertukar kepada menantu kepada wanita, perasaan dia lain macam!

Setiap masa dia rasa macam ada benda yang tak kena je! Takut tersalah buat nilah! Buat itulah! Hish!

“Taehyung buat apa, rin?” soal mama pula.

“Tengah mandi ma.” jawab Haerin, sebiji keropok ikan dicapai lalu dicelupkan pada sos. Haa sedapnya!

Bila mendapat jawapan seperti itu, terus lebar sebelum mama serta ibu mentuanya itu.

“Lah, kenapa tak ikut mandi sekali?”

Haerin terkaku, wajahnya mula merah. Dengan sisa kewarasan yang ada, dia pukul lembut lengan ibu mentuanya yang sudah ketawa bersama ibunya itu.

“Rin?”

“Em?”

“Rin, masih marahkan mama?” soal mama. Haerin cuma tersenyum kelat saja, jawapan dia adalah diantara, ya ataupun tidak.

Kalau dia jawab ya, hati mamanya akan terluka, kalau dia jawab tidak, hatinya pula akan terluka. Haih, macam- macamlah.

Aniya..”

“Ha, Taehyung meh duduk sini.” lengan Taehyung yang baru melangkah turun masuk ke dapur itu ditarik dan didudukkan disamping Haerin.

“Mama harap bila kamu berdua dah disatukan ni, tolonglah cepat- cepat beri kami cucu, Haerin tahukan mama dan ibu ni dah lama sangat teringin nak menimang cucu?” pinta Puan Kim.

Mata Haerin tak semena- mena berpandangan dengan Taehyung. Lelaki itu cuma beriak biasa sebelum keropok lekor dicapainya.

“Tapi Haerin baru habis belajar, belum mula kerja lagi. Mama tak rasa.. terlalu rushing ke?”

“Kalau terlalu rushing kenapa kahwin?” ujar mereka lagi.

“Mama yang aturkan perkahwinan ni tanpa persetujuan Haerin dan sekarang mama tanya kenapa?” soal Haerin pula bengang.

Dia tak naklah dilabel sebagai menantu kurang ajar, tapi dia manusia juga. Ada tahap kesabaran juga. Sama seperti manusia lain.

Kalau mereka rasa Haera kakaknya itu senang dibentuk, berbeza pula dengan Haerin. Anak gadis keduanya itu liat orangnya.

Dan.. dia tak suka untuk dipaksa.

“Maafkan Haerin ma, tapi Haerin perlukan waktu. Haerin bukan Haera ma, tolonglah faham.” ujar Haerin sebelum melangkah naik ke tingkat atas.

Ketiga mereka mendiamkan diri, satu keluhan terlepas.

.

Ketahuilah, Haerin dan Haera tu dua org yng berbeza.

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[C] AIANOS | 뷔 ✓Where stories live. Discover now