Bab 26⌛

4.6K 672 243
                                    

Aianos | Forever






LANGKAH kaki Taehyung dilajukan lagi.

Saat dia mendapat berita bahawa Haerin sedang menunggunya di rooftop, hatinya mula berbunga-bunga.

“Haerin, maaf sebab lambat-”

Ucapan Taehyung terhenti bila lelaki itu mendapati bukan Haerin yang berada di rooftop melainkan Haera.

Kakak kepada gadis yang dia minati itu.

“Haera.. em. Awak buat apa kat sini? Hae- Haerin mana?” soal Taehyung.

Dia menelan liur bila dia lihat sepucuk surat berwarna putih dengan pelekat berbentuk hati dipegangan gadis itu.

Haera tersenyum kecil.

“Awak letak di loker yang salah.” ucap Haera, Taehyung terlopong. Wajahnya mula merah, argh!

Matilah! Macam mana kau boleh salah letak surat ni Taehyung?!

“Awak betul sukakan adik saya, Haerin?” soal Haera. Gadis itu menyelitkan rambut panjangnya pada telinga.

Soalan cepumas itu buatkan jantung Taehyung berdebar.

“Y- ya.” jawabnya.

Terus senyuman Haera menjadi hambar, surat yang dipegangnya dia renung.

“Tapi juga saya sukakan awak.” kata Haera buatkan Taehyung tersentak. Terkebil- kebil lelaki itu jadinya.

“Kenapa awak sukakan Haerin yang bersikap agak kasar dan kelelakian dari saya yang lemah lembut?” soal Haera.

Taehyung mengemam bibir. Kini dia dapat menghidu motif disebalik ucapan gadis itu.

“Haera, Haerin tu adik awak. Awak sepatutnya lebih matang, bukan bersikap kebudak-budakkan macam ni. Saya tak nak ada perbandingan yang berlaku.” kata Taehyung lembut.

Haera menggeleng kecil.

“Saya tak sukakan Haerin.”

“Semua orang nak menangkan dia, kenapa dengan saya? Apa kurangnya saya?” soal Haera.

Taehyung mengetap bibir.

“Awak tak kurang apa- apa, Haera. Perbaiki sikap awak, dan hentikan perasaan cemburu awak tu. Awak dan Haerin adik beradik. Jadi saya rasa-”

“Saya bencikan dia, sangat- sangat.” kata Haera.

Taehyung menghela nafas berat.

“Sudahlah, saya nak masuk kelas dah ni. Jangan bagitau Haerin atau sesiapa pasal benda ni-”

“Jadi boyfriend saya atau awak akan menyesal.”

Langkah kaki Taehyung terhenti. Tapak tangannya dikepal.

“Apa awak akan buat kalau saya tak terima?” soal Taehyung, geram.

“Haerin. Dia akan merana.”

“Okay, aku terima.” jawab Taehyung.

Deal yang paling bodoh dia pernah buat. Deal yang buatkan dia dan Haera terikat selamanya.

End flashback—

Bunyi bising dari tingkat atas buatkan Taehyung yang sedang berkhayal itu tersentak.

Kaca televisyen yang memainkan movie How to train your dragon itu dia pandang kosong. (Story fav sha😍)

Terus dia capai remote televisyen lalu butang off dia tekan. Punggung diangkat lalu Taehyung melangkah naik ke tingkat atas.

Pintu bilik Haerin yang terbuka dia pandang. Perlahan- lahan dia merapati pintu bilik sebelum dia mengintip di celahan pintu yang terbuka.

Haerin dia lihat sedang berbaring diatas katil sambil menonton movie di laptopnya.

Why they kill Mufasa?!” jerit Haerin, terus popcorn yang berada dimulutnya sedikit berterabur keluar.

Taehyung menyandarkan tubuhnya pada pintu bilik. Dia berpeluk tubuh. Senyuman kecil terbit dibibirnya.

Taehyung sedikit terhibur dengan telatah Haerin. Nampak comel dimatanya.

Bila teringat pasal Haerin, dia teringat pasal hal ketika mereka dirumah mentuanya tadi.

Kejadian yang membuatkan Haerin mencurigai dirinya.

“Haerin.. percayalah. Aku tak sejahat yang kau sangka.”

“Aku rindukan kau yang dulu, Park Haerin..” bisik Taehyung sebelum dia melangkah pergi dari situ lalu masuk kedalam biliknya.

“Saya akan pulihkan semuanya, Tae. Tolong maafkan saya.”

.

Dah faham?

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[C] AIANOS | 뷔 ✓Where stories live. Discover now