Bab 53⏳

4.2K 657 145
                                    

Aianos | Forever


HAERIN cuma memerhati saja gelagat Taehyung yang sedang melangkah masuk kedalam kamar mandi itu.

Dahinya masih lagi berkerut pelik, yalah jarum jam masih lagi belum berhenti di angka 12, lelaki itu sudah terhegeh- hegeh mahu pulang ke rumah.

Nak kata Taehyung rindu akan dirinya itu, tak juga sebab wajah Taehyung kelihatan pucat lesi sebaik dia melangkah keluar dari kereta tadi.

Entahlah.

Macam kena kejar hantu aje.

“Sayang, tolong ambilkan tuala!” jerit Taehyung didalam kamar mandi buatkan Haerin yang berkhayal itu sedikit tersentak.

Laju saja dia menarik tuala dari penyangkut baju sebelum melangkah menuju ke kamar mandi.

“Nah.” ucap Haerin dari luar, serentak kemudian pintu kamar mandi terbuka, sedikit menayangkan bahagian tubuh Taehyung yang tak berbaju itu bila lelaki itu menghulurkan tangan untuk mengambil tuala.

Taehyung kenyitkan mata seraya menjongketkan keningnya satu bila dia berpandangan dengan Haerin.

“Apa?”

“Tak nak mandi sekali?” soal Taehyung dengan sengihan nakalnya, Haerin menjeling sekilas.

“Tak nak, nanti jadi lain.”

“Nanti jadi baby, kan?” balas Taehyung membuatkan Haerin menjegilkan matanya.

Laju saja Taehyung menutup pintu kamar mandi sebelum ketawa mengekek didalam situ.

“Saya nak masak makan tengah hari ni, awak nak makan apa?” soal Haerin dari luar bilik.

Lama dia menunggu jawapan dari Taehyung, hem, dia sedang berfikir mungkin?

“Sayang masaklah apa yang ada. Saya tinggal makan je.” balas Taehyung, serentak pintu kamar mandi tersebut sebelum Taehyung melangkah keluar dari situ.

Terserlah dada bidangnya bila Taehyung dengan sengaja meregangkan tubuhnya dihadapan Haerin. Gadis itu menggulingkan anak mata.

“Oh ya, kenapa awak balik awal hari ni? Kerja dah habis ke? Nampak macam rushing je.” ujar Haerin seraya melangkah menjauhi Taehyung, lelaki itu cuma tersengih- sengih.

Dia lingkarkan lengannya di lengan Haerin, sambil kepalanya diletakkan diatas bahu gadis itu, persis seperti koala.

“Saja balik awal, rindu..” balas Taehyung. Dia lepaskan lengan Haerin sebelum punggungnya dilabuhkan diatas katil.

Sempat dia kenyitkan mata bila Haerin menjongketkan keningnya.

“Tipu.” ujar Haerin, Taehyung cuma tersengih.

Srtt.

Bunyi kerusi meja solek yang diseret itu serentak membuatkan Taehyung dan Haerin mendiamkan diri.

“Awak ada buat apa- apa ke masa kat pejabat tadi? Sampai.. err kak Haera muncul?” soal Haerin, Taehyung diam sejenak. Dia tundukkan wajah sebelum menggosok lehernya.

“Taehyung?”

“Saya cuma minta Maria urutkan bahu saya, itu je. Bukannya buat benda tak betul pun.” balas Taehyung seraya menggosok- gosok lehernya.

Haerin mendiamkan diri.

“Sayang.. it's not a big deal. Janganlah marah.”

“Saya tak marah, like what you say, it's not a big deal. Dahlah, saya nak masak. Pakai baju cepat, nanti perut kembung.” ucap Haerin, tiba- tiba tak ada mood nak berbual dengan Taehyung.

Entahlah, dia rasa hambar. Bukan sebab dia marah, dia cuma rasa hambarlah.

“Sayang, are you mad?

Why would I? Macam yang awak cakap tadi pagi, awak ada hak nak bermesra dengan pekerja awak, kan?” balas Haerin sambil tersenyum segaris, laju saja dia melangkah keluar dari bilik.

Taehyung mengeluh kecil.

〰〰〰

“Sayang? Tengah tengok apa?” soal Taehyung seraya melangkah ke ruang tamu sambil membawa secawan kopi.

Pelik pula rasanya bila selesai je mereka makan tengah hari tadi, terus Haerin masuk ke ruang tamu selepas mencuci pinggan mangkuk.

“Eo.. movie ni. Hannah Montana.” balas Haerin, tempat kosong ditepinya ditepuk perlahan petanda yang dia mahu Taehyung duduk disitu.

Laju saja lelaki itu mengambil tempat disitu.

“Cuba tukar yang lain.” kata Taehyung, remote yang berada ditapak tangan Haerin ditariknya.

“Tukar apa?”

“Em.. 50 shades of gray tak ditayangkan secara umum lagi ke?” soal Taehyung. Muka Haerin berubah poker manakala Taehyung tayang sengih nakalnya.

“Awak nak otak budak-budak tercemar ke?” soal Haerin, Taehyung cuma tersengih kecil. Dia berikan gelengan sebagai jawapan untuk soalan Haerin.

“Okaylah, kita tengok ni je.” siaran kini bertukar kepada movie Jumanji season 2.

“Kenapa ni? Macam tak mood je?” soal Taehyung bila Haerin cuma mendiamkan diri dari tadi.

“Tak ada apa- apa, tak ada mood je.”

“Kenapa? Sebab saya ke?” soal Taehyung, tapak tangan kecil Haerin diraihnya lalu dibelek- belek jari jemari runcing milik gadis itu.

Hidung Haerin dicuitnya bila gadis itu cuma fokus pada televisyen dari dirinya.

“Hey sayang, kenapa ni?”

Mandu?” soal Taehyung, dagu Haerin disentuhnya.

“Eii, jangan sentuh- sentuh. Rimas.” balasan Haerin buatkan Taehyung terdiam. Dia lepaskan dagu Haerin. Keningnya terjongket satu.

“Rimas eah? Let's play.” ujar Taehyung sebelum mengangkat tubuh Haerin secara bridal style secara mengejut buatkan Haerin terjerit kecil.

“Cakap nak tengok movie!” jerit Haerin seraya menepuk bahu Taehyung geram.

“Baik kita buat movie sendiri.”

Neo micheosseo?!

.

Hikhok, tadi iftar makan apa?

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[C] AIANOS | 뷔 ✓Where stories live. Discover now