Bab 63⏳

3.5K 567 64
                                    

Aianos | Forever


KENAPA kamu berdua tak bincang dengan mama sebelum nak ambil anak angkat?soal Puan Kim seraya menjongketkan keningnya.

Taehyung dan Haerin sama- sama menundukkan wajahnya. Tak berani nak bertatapan empat mata dengan mata garang Puan Kim itu.

“Tae memang niat nak bagitau mama, tapi tak sempat. Tae sibuk, Haerin juga.” jawab Taehyung buatkan Puan Kim merengus kecil.

Jiyoon dan Jaehwan cuma duduk diam ditepi mereka. Tak faham dengan ucapan mereka.

“Dah selesaikan apa yang patut ke? Kamu berdua ikut prosedur pengambilan anak angkat yang betul, kan?” soal Puan Kim.

Laju Taehyung dan Haerin mengangguk, mengiyakan soalan Puan Kim tadi.

“Baguslah. Kalau kamu tak larat nak jaga, hantar dekat rumah mama. Mama juga nak merasa macam mana rasanya jaga cucu, faham?” ujar Puan Kim sebelum mengelus- elus rambut Jiyoon yang duduk disofa sebelahnya itu.

“Oh ya, sementara Haerin tengah mengandung ni, kamu.” jari Puan Kim ditundingkan ke wajah Taehyung. Lelaki itu tersengih seakan tahu apa yang ingin mamanya itu katakan.

“Tolong berpantang, faham?” kata Puan Kim.

Taehyung cuma mengangguk kecil, kepala yang tak gatal digarunya.

Huish, daddy Tae takkan dapat berpantang kalau Haerin asyik cantik sentiasa.

Eii, tapikan dia kenalah juga ikut tradisi. Kang apa- apa terjadi pada baby tak ke dia yang paling ribut nanti?

“Jaehwan, ini halmonie. Pergi salam halmonie.” kata Haerin pada Jaehwan yang sedang asyik merenung Haerin dari tadi.

Terus saja Jaehwan melompat turun dari sofa lalu menghampiri Puan Kim. Dengan penuh tertib dia meraih tangan tapak Puan Kim lalu menciumnya.

Melebar senyuman Puan Kim jadinya.

“Comel sangat budak ni, Rin. Kalau Kakak kamu ada tinggalkan zuriat satu, mesti dah besar macam Jaehwan ni, kan?” soal Puan Kim.

Haerin cuma tersenyum saja.

“Oh ya, mama nak tanya. Apa sebab kamu berdua ambil anak angkat ni?” soalan Puan Kim buatkan Taehyung sedikit tersentak.

Matanya melirik sedikit ke arah Haerin sebelum air liurnya diteguk perlahan.

Waduh. Gawat ini.

Kalau mama tahu, mali tujuh keturunan Taehyung jadinya!

“Err... Taehyung saja je.”

“Ye ke? Tak ada sebab lain?” soal Puan Kim lagi.

Haerin cuma ketawa kecil, Jaehwan kembali diangkat lalu diletakkan diatas pangkuannya.

“Em... yalah mama! Tae saja je ambil anak angkat. Kenapa? Salah ke?” balas Taehyung. Bila Puan Kim menjongket kening, Taehyung mencuit lengan Haerin.

“Ya, mama. Lagipun kalau tunggu Haerin, lama lagi. Jadi, sebab tulah kami ambil anak angkat.

Haerin pun tak sabae sebenarnya nak rasa macam mana jaga anak ni. Bila Taehyung setuju, Haerin pun setuju je.” balas Haerin.

Puan Kim akhirnya menganggukkan kepalanya.

“Jiyoon lepas ni jaga mama Haerin eah? Jangan nakal- nakal. Kalau papa kamu tu nakal, cubit aje telinga dia. Biar jadi panjang macam Yoda.” kata Puan Kim pada Jiyoon buatkan gadis kecil itu ketawa kecil lalu dia mengangguk.

Muncung bibir Taehyung jadinya.

“Mama dah tahu ke, Rin?” soal Puan Kim.

Haerin menggeleng kecil.

“Nanti Haerin bagitau mama dekat telefon-”

“BAKAL CUCUKU!” serentak pintu rumah ditolak dan terpacul wajah mama bersama Jimin disitu.

“Ma! Kenapa datang tak bagitau?” ujar Haerin seraya menghampiri Mamanya itu. Terus saja Puan Park menarik Haerin kedalam pelukan.

“AAAA mama tak sabar nak jenguk kamu! Kalau bagitau kamu, lambat lagilah jawabnya. Itu yang mama minta Jimin hantarkan mama kesini kejap.” terang mama.

“Ini ke anak buah, Jimin? Atototo omelnya!” habis pipi Jaehwan dicubit Jimin kerana terlalu geram.

Mata bulat Jaehwan buatkan Jimin makin mahu menjerit. Nomu kiyowo!

Eh, ini siapa, Rin?soal Mama, terus saja dia mengatur langkah ke kanak- kanak tersebut sebelum mengendongnya.

“Em, Rin lupa nak bagitau yang Taehyung dan Rin ada ambil anak angkat.”

“Hah? Kenapa nak ambil anak angkat? Taehyung mati pucuk ke sampai tak dapat nak beri aku anak buah- Aduh!” Jimin merengek kesakitan bila lengannya dicubit oleh Taehyung.

“Eh betul apa?”

“Mana adalah! Haerin dah preggy sekarang. Takkan aku mati pucuk pulak? Haerin takkan mengandung kalau aku mati pucuk!”

“Manatau Haerin...”

“Eh tak ada apa- apalah. Alololo, tomeinya.” pipi Jaehwan kembali dicubitnya.

Taehyung merengus kecil. Nasib baiklah dia tak bagitau hal sebenarnya kalau tak, mahu tujuh keturunan dia malu dengan Jimin!

.


[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[C] AIANOS | 뷔 ✓Where stories live. Discover now