Bab 67⏳

3.5K 567 60
                                    

Aianos | Forever



HAERIN melabuhkan punggung dibirai katil. Segar rasanya dia bila dapat mandi selepas seharian mendodoikan Haeyoon agar tidur.

Haeyoon?

Itu adalah nama bagi baby. Semalaman Taehyung dan Jiyoon bertekak semata- mata nak tentukan nama untuk baby saja.

Pening juga kepala nak layan mereka tapi akhir- akhir nama 'Haeyoon' diambil atas persetujuan mereka berdua.

Kata mereka, Hae ada dekat dengan nama Haerin dan Taehyung. Yoon pula ada dekat dengan nama Jiyoon.

Kan adil tu?

Haerin cuma mampu menggeleng kepala dengan kerenah Taehyung dengan Jiyoon. Perangai hampir sama, keras kepala dia tu sama juga.

“Sayang... baby dah tidur?”

Haerin menoleh memandang ke samping. Soalan Taehyung dibiarkan tak berjawab kerana mata lelaki itu sedang elok terpejam rapat.

Mengingau agaknya.

Yalah, Taehyung pun tak ketinggalan mendodoi Haeyoon tadi. Sampai terlelap dia ditepi baby Haeyoon.

Bila Haeyoon dipindahkan kedalam tempat tidur bayi, barulah Taehyung bebas nak bergerak diatas katil itu. Tidur sampai terkangkang kaki.

“Sayang...” rengek Taehyung dalam tidur sambil tangannya meraba- raba kawasan tempat tidur hingga tanggannya menyentuh pinggang Haerin.

Bibir lelaki itu mengukir senyum kecil kemudian dengkuran kecil kembali terdengar.

“Cubalah tidur baik- baik, Taehyung.” tangan Taehyung diletakkan diatas katil.

Bila Haerin mahu melangkah pergi, tapak tangan Taehyung hinggap dilengan Haerin yang membuatkan langkah kaki Haerin terbantut.

“Heum...” rengus Taehyung perlahan.

Haerin tersenyum.

Aih, lupa pula yang Taehyung tak boleh tidur kalau tak ada benda yang boleh dipeluk.

“Taehyung, Taehyung...” bisik Haerin, dia kembali melabuhkan punggung dibirai katil.

Niat mahu melihat keadaan Jiyoon dengan Jaehwan terpaksa dibatalkan bila baby beshar ni kasi dia pergi.

Haerin mengelus lembut rambut hitam Taehyung yang sedikit panjang melepasi parasa telinganya itu.

Macam mana tak panjang kalau sejak dua menjak ni Taehyung sibuk kehulu kehilir menjaga dia di hospital kemudian balik lagi kerumah nak urus Jiyoon dengan Jaehwan?

Haih.

“Taehyung, you mean a lot to me.” bisik Haerin.

Dia berikan ciuman sekilas di pipi Taehyung yang membuatkan bibir lelaki itu tak semena-mena mengukir senyum kecil.

“Aik? Tak tidur ke apa dia ni?” soal Haerin, Taehyung menggeliat kecil, lengannya melingkar di pinggang Haerin membuatkan dia seperti hendak terbaring disebabkan tindakan refleks lelaki itu.

“Eii baby beshar ni.” punggung Taehyung ditepuk perlahan. Terdengar suara lelaki itu merengek kecil.

“Sayang... saya nak tidur ni. Pervert.” bisik Taehyung.

“Eh apa pula? Awak tu tidur elok- elok sikit.”

“Saya tak elok selagi awak tak ikut baring tepi saya ni.” bisiknya lagi, bahu Haerin ditarik hingga gadis itu terbaring disampingnya.

Mata kuyu Taehyung cuba dibesarkan namun disebabkan rasa kantuk yang amat, dia hanya mampu melihat Haerin dengan mata kuyunya itu.

“Tidurlah. Mesti penat, kan?”

“Em...” balasnya dengan deheman kecil, lengannya yang berada dipinggang Haerin menarik gadis itu agar lebih rapat dengannya.

“Tahu tak selama dua minggu ni, saya dah mula craving nak makan mandu.” bisik Taehyung.

“Lah? Kenapa tak beli je?” soal Haerin. Taehyung tersengih kecil, jari jemari kasarnya menyentuh bibir merah milik sang isteri.

“Bukan mandu yang di kedai. Mandu yang ni. Yang dekat depan saya ni.” balas Taehyung buatkan Haerin menepuk dada lelaki itu.

Taehyung cuma mampu ketawa kecil.

“Oh ya, bila bercakap pasal mandu ni, kan. Saya tiba- tiba rasa segar dan bertenaga pula.” kata Taehyung kedengaran agak sensual sebelum dia mengenyitkan matanya pada Haerin.

Lengannya menyusup dibawah kepala Haerin agar dijadikan bantal kepala untuk gadis itu.

“Awak jangan macam-macam, Tae...”

“Eh mana ada. Nak kiss aje tak boleh ke?” soal Taehyung dengan sengihan nakalnya. Bila Haerin menepuk dadanya kuat, laju saja dia menahan suaranya agar tak terkeluar.

“Sakitlah sayang!” protes Taehyung.

“Rasakan penangan tapak tangan shomel saya ni.” balas Haerin seraya melekapkannya ke pipi Taehyung.

“Meh saya cium!”

Laju saja Taehyung mencapai tapak tangan Haerin lalu menciumnya.

“Eee tak nak!”

“Senyap sikitlah, sayang. Nanti Haeyoon bangun macam mana?”

“Awak tidurkanlah balik!”

“Eh eh!”

.

Bello?

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[C] AIANOS | 뷔 ✓Where stories live. Discover now