Bab 18⌛

4.5K 653 106
                                    

Aianos | Forever


LAJU tapak kaki Haerin melangkah meninggalkan Taehyung dibelakang.

Bukan apa, dia cuma risau kalau ada budak pejabat terserempak dengan mereka, habis Haerin diumpat dalam pejabat.

Sudahlah masih budak baru, imej tu mestilah kena jaga. Haerin sebenarnya tak kesah sangat pun, tapi Taehyung ni yang nak berahsia sangat.

Imej dia kena jaga konon. Apa sebelum ni dia tak pernah berkahwin ke? Ewah Haerin, sedap mengata suami.

"Good morning." tegur satu suara bila pintu lift terbuka. Haerin yang tadinya mengelamun terus tersedar, ketika itu pintu lift sudah tertutup dan Dokyeom sudah berdiri disisinya.

Senyuman lelaki itu buatkan Haerin khayal seketika. Ya tuhan, kenapa kacak sangat mantan kita ni?!

"Haerin?"

"Erk! A- apa?" laju Haerin larikan pandangan sebelum rambutnya yang sedia elok dia elokkan lagi.

Dokyeom tersenyum.

"Kelmarin, apa yang awak nampak? Terkejut juga saya bila awak jerit kuat sangat." ujar Dokyeom, kedua tapak tangan dimasukkan kedalam seluarnya. Haerin mendiamkan diri, mencari- cari jawapan yang sesuai untuk soalan lelaki itu.

Takkanlah dia nak cakap yang Kak Haera dah bertukar jadi hantu pula, kan?

"Err.. a- ada lipas bawah meja saya kelmarin. Awak pun tahukan yang saya ni tak sukakan lipas?" jawab Haerin. Dokyeom menganggukkan kepalanya.

Faham benar dia dengan sikap Haerin yang satu itu.

"Bila awak cakap macam tu kan, saya teringat waktu masa kita masih bersama dulu. Awak sampai lompat atas saya sebab takutkan lipas. You're so cute that time." balas Dokyeom.

Haerin terdiam. Dia melirik memandang Dokyeom, lelaki itu tersenyum kecil.

"Awak tak rasa yang kita ni memang ditakdirkan untuk bersama?"

"Hem?" berkerut dahi Haerin jadinya. Tak faham.

"Awak nak mulakannya semula?" soal Dokyeom seraya maju selangkah buatkan Haerin terpaksa mengundur selangkah.

"Err.. mu- mulakan semula? Saya bukannya tak nak tapi-"

"Awak dah ada orang lain?" soalnya dengan suara yang lembut, Haerin menundukkan wajah.

Dokyeom, awak tak faham..

"Err saya sebenarnya.. saya ni-"

Trang!

Tak semena- mena lift yang mereka naiki berhenti secara mengejut di tingkat empat. Dokyeom dan Haerin berpandangan.

"Technical problem?" soalnya, sebelum lelaki itu menekan loceng kecemasan. Haerin sudah panik sendirian.

Takkanlah ni semua sebab.. Kak Haera marah?

Sret!

Lampu lift juga mati serta merta, Haerin makin tak senang duduk. Mati, kau Haerin, mati!!

Dokyeom melirik sekilas wajah Haerin, niat mahu menenangkan gadis itu namun dia terpaksa diamkan saja sebab dia takut Haerin tak selesa.

"Unnie dah cakap, kan?" bisik suara tersebut tepat ditepi telinga Haerin.

"Uhh Haerin minta maaf!!"

Dokyeom yang sedang mengetuk- ngetuk pintu lift itu menoleh sekilas. Haerin sedang duduk melutut diatas lantai lift sambil menggosok tapak tangan.

"Haerin degil.."

"Haerin tak sengaja!!" ucap Haerin, air matanya bercucuran jatuh sambil dia menggosok tapak tangan. Dokyeom mendapatkan Haerin sebelum tubuh gadis itu ditariknya kedalam pelukan.

"Tak nak!"

"Haerin, calm down!"

"Go away!"

Ting!

Lift kembali seperti sedia kala dan pintu lift terbuka luas. Taehyung yang memang sedang menunggu lift itu terus terpaku dihadapan lift.

Matanya ralit memandang kedua manusia yang sedang berpelukan didalam lift.

Walaupun pada mulanya dia ingin membiarkannya, namun perasaan yang hadir dalam hatinya buatkan dia menarik Haerin dari pelukan Dokyeom.

"Kau buat apa dekat dia?"

"Oh, bos. Tadi, lift rosak. Lampu mati, Haerin macam takutkan sesuatu. Jadi saya cuba untuk tenangkan dia." jawab Dokyeom.

Kelat senyumannya bila dia lihat gadis itu dengan sendiri memeluk pinggang Taehyung.

"Kau okay?" kedua pipi Haerin ditekupnya. Air mata yang membasahi pipi gadis itu dia usap perlahan sebelum wajah Haerin disembamkan pada dadanya.

"Tenang, tenang. Aku ada." bisik Taehyung. Pandangan Dokyeom dia biarkan saja.

"Saya takut.."

"It's okay. Aku ada untuk kau.."

.

Korang rasa story ni hambar tak?

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[C] AIANOS | 뷔 ✓Where stories live. Discover now