Bab 43⌛

4.1K 641 97
                                    

Aianos | Forever


“YEAY!”

Jimin bersorak gembira bila bola yang dilontarnya itu tak dapat disambut oleh Haerin kerana gadis itu lebih pendek darinya.

Duh. Sama- sama pendek apa yang nak dibanggakan.

“Eh main tipu!”

“Mana ada!” jerit Jimin, bola yang dibaling Haerin kearahnya itu diambilnya. Dia cuma tersengih kecil.

“Sekali lagi! Jangan main tipu Jimin! Kalau tak Vera sumpah abang supaya membujang sampai ke tua!” kata Avera buatkan Wonhae yang merupakan teammate Jimin ketawa berdekah- dekah.

“Eh eh!”

“Okay, kita mula lagi. Ready?” soal Jimin, wajahnya berubah serius, bola dibaling keatas sebelum ditamparnya.

Dengan cepat, Haerin dapat menamparnya semula. Kali ini terkena jaring namun masuk kedalam kawasan Jimin.

“Eh main tipu!”

“Apa pula? Kan dah masuk tu? Main tipu apanya? Siku kang, tadi boleh pula main tipu!” balas Haerin.

Sikunya dia tayangkan pada Jimin buatkan lelaki itu buat muka meluat.

“Wei sudahlah. Aku nak beli milkshake kejap. Siapa nak volunteer?” soal Wonhae, dia bercekak pinggang, saudara mara yang sebaya dengan mereka itu terus buat- buat tak nampak.

Maklumlah, dalam banyak- banyak ahli keluarga, yang paling aktif hanyalah Jimin, Wonhae, Avera, Haerin dan Seungwoo tapi lelaki itu sedang belajar di luar negara.

Ambil medical cost, jadi susah nak nampak muka.

Anyone?” soal Wonhae lagi.

“Aku.” celah seseorang sebelum melangkah melepasi kerumunan ahli keluarganya.

Membulat matan Haerin bila mendapati Taehyung sedang melangkah kearah mereka.

Bukan itu yang buatkan dia terkejut, yang buat dia terkejut adalah Taehyung di pantai, tak pakai baju! Hanya seluar pendek saja!

Daddy Tae sexy-

Argh! Fokus Haerin fokus! Haerin geleng- gelengkan kepalanya.

“Wuu Taehyung, apasal kau mengancam sangat ni? Sat kena terkam dengan Haerin, habis kau!” usik Wonhae sebelum berlari keluar dari kawasan tersebut bila Haerin membaling bola kearahnya.

Merah padam muka Haerin jadinya. Saat itu dia perasan yang gadis- gadis yang sedang berada dipantai mula mengusya figura sempurna Taehyung.

Geram Haerin jadinya.

Shall we start?” soal Jimin.

“Apa hadiahnya kalau menang?” soal Taehyung, matanya tak lepas memandang Haerin, dia berikan sengihan penuh makna.

“Apa- apa yang kau nak.” jawab Jimin.

“Kalau macam tu..”

Taehyung menundingkan jarinya pada Haerin sebelum tersenyum lebar.

I want her for all day.

“Jadi, mari mulakan perlawanan! Tunggu apa lagi anak- anak?” ucap Jimin sebelum wisel yang dirembatnya dari Nana, anak buahnya itu dibunyikan.

Preettt!

〰〰〰

“Urut atas sikit Haerin, lenguh lagi ni.” arah Taehyung. Urutan Haerin naik lagi.

Dah nampakkan siapa yang menang?

“Kenapa muncung- muncung ni? Cuba senyum sikit, sayang.” ucap Taehyung sebelum pipi Haerin dicuitnya geram.

“Oh ya, Taehyung.” bila teringatkan sesuatu, Haerin muls betulkan posisi duduknya.

“Apa?”

“Pasal Yoora, papa cakap.. em dia kemalangan tak dapat diselamatkan.” ucap Haerin.

Taehyung mendiamkan diri, dia duduk tegak hingga mereka betul- betul berhadapan dan rapat.

“Awak rasa.. akak Haera ke yang buat? Sebab dia marah dengan Yoora sampai dia berniat nak em.. bu- bunuh Yoora?” soal Haerin, polos.

Taehyung berfikir sejenak.

I don't know, setahu aku roh tak boleh nak sentuh manusia melainkan..” Taehyung menjeda ayatnya sebelum menyentuh lengan Haerin.

“A- apa?”

“Kecuali dia buat macam ni..” Taehyung merapatkan bibirnya pada telinga Haerin sebelum menjerit kecil sambil bahu Haerin dipegangnya. Acah nak bagi terkejutkan gadis itu.

Haerin apa lagi, menjeritlah dia.

“Yah! Kenapa buat macam tu?!”

Taehyung cuma ketawa kecil. Suka betul dia tengok muka terkejut Haerin, nampak sungguh comel dimata dia.

“Roh memang tak boleh nak sentuh manusia melainkan roh sergah kita. Time tu tahulah langit tinggi ke rendah-”

Tap!

Tak semena- mena lampu bilik mereka terpadam.

Taehyung dan Haerin apa lagi, menjerit macam pondan didalam bilik.

“Hidupkan lampu!”

“AAA Haera janganlah main- main!!” jerit Taehyung, lagi kuat dari jeritan Haerin.

.

Hihihihi

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[C] AIANOS | 뷔 ✓Where stories live. Discover now