Bab 17⌛

4.4K 662 107
                                    

Aianos | Forever


SEBAIK saja Haerin melangkah masuk kedalam biliknya, perkara utama yang dia lakukan adalah merebahkan tubuhnya diatas katil.

Bantal peluk dicapai lalu dia peluk erat.

Lega rasanya bila seharian duduk dekat pejabat, dan balik rumah terus baring. Hah!

Haerin mengiringkan tubuhnya ke kiri, serentak dia berpandangan dengan seekor binatang yang paling tak disukainya.

“Lipas!!!” jeritan Haerin memenuhi segenap didalam rumah tersebut. Laju saja kakinya pecut keluar dari bilik, hilang penat dia terus.

Keluar aje dari bilik, tak semena- mena Haerin terlanggar Taehyung yang sedang berdiri di luar bilik.

“Apa awak ni!”

“Kau tu yang dah kenapa. Menjerit aje kerja, bingit tau tak telinga? Aku nak melabur pun tak jadi!” ucap Taehyung, tuala yang melingkar di pinggang dia pegang takut terlodeh.

Yalah Haerin ni bukan main lasak lagi, kang dia tersenggol sikit. Payah.

“Tolong buang lipas dalam bilik saya please?” lengan lelaki itu dia goncang perlahan. Taehyung buat muka.

“Dah besar pun masih takut lipas.”

“Awak tu dah besar pun masih takut hantu!”

“Menjawab!”

Taehyung meletakkan jarinya pada bibir Haerin sebelum dia menarik nafas lalu melangkah masuk kedalam bilik gadis itu.

Taehyung disapa dengan wangian minyak wangi lavender milik Haerin yang semerbak baunya. Tapi lelaki itu sedikit menyukainya.

Wangi, macam Haerin. Eh-

“Nyah kau dari bilik isteri aku!” pekik Taehyung dari dalam.

Haerin mendiamkan diri, sedikit terharu bila Taehyung mahu menggelarnya isteri.

Huh, isteri yang tak dicintai ke tu?

“Awak buang dia kat mana?”

“Kat tingkap. Jangan risau dia dah tak ada.” ujar Taehyung sambil tersenyum. Haerin ikut tersenyum.

Namun bila dia tersedar yang lelaki itu hanya mengenakan tuala yang melilit pada pinggangnya, laju dia alihkan pandangan.

“Err.. thank you.

My pleasure.” balas Taehyung.

Mereka diam lagi. Haerin tundukkan wajah, jarinya dibelek. Taehyung cuma memerhati, dia maju selangkah buatkan Haerin mengundur selangkah.

Duh! Apahal lagi ni?!

Stop! Se- sebelum awak nak buat apa- apa, saya nak minta maaf kalau saya ada buat salah dekat awak. Saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki-”

Ucapan Haerin tergendala bila Taehyung meletakkan jarinya pada bibir Haerin petanda yang dia mahu gadis itu senyap.

Taehyung mencengkam lembut dagu Haerin sebelum wajah gadis itu dia dongakkan agar memandangnya.

“Ke- kenapa?”

I like your scent.

“Huh?”

Berkerut dahi Haerin jadinya. Apa yang Taehyung cuba sampaikan sebenarnya? Kenapa dia suka scent aku je? Kenapa dia tak cakap yang dia suka aku je terus? Ecing!

“Taehyung..”

“Maaf.. k- kau mengingatkan aku pada Haera.” balas Taehyung. Dia menjarakkan dirinya. Wajahnya dia raup, cuba menghilangkan bayang Haera disana.

Haerin cuma mendiamkan diri saja.

“Taehyung..”

“Em?”

Cup!

Haerin berikan Taehyung sekilas ciuman di pipi lelaki itu sebelum berdesup dia berlari masuk kedalam bilik.

Taehyung terjeda, dia tersenyum kecil.

.

Just smile for better day.

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[C] AIANOS | 뷔 ✓Where stories live. Discover now