Bab 25⌛

4.4K 645 53
                                    

Aianos | Forever




HAERIN duduk disamping Taehyung. Masing-masing mendiamkan diri.

So, there's any good news?” soal salah seorang ahli keluarga Park. Haerin mendiamkan diri, kepala yang tak gatal dia garu.

“O- of course. There always have some good news.” jawab Haerin sambil tersenyum. Senyuman yang dibuat-buat.

Really?” soal Jimin pula. Terus Haerin hadiahkan jelingan pada lelaki itu. Meletus ketawa mereka jadinya. Yang paling kuat adalah si Jimin itu.

“Sudahlah! Haerin nak bantu mommy.” ucap Haerin sebelum dia melangkah masuk kedalam dapur diikuti dengan Haerin dan saudara perempuannya yang lain.

So Taehyung-

Just shut up, can you?

“Kenapa dengan bibir tu, Kak Haerin?” soal Avera. Haerin yang sedang memotong kek untuk dihidangkan pada tetamu itu berhenti. Terus bibirnya dia kemam.

“Tak apa- apa. Kena gigit nyamuk je.” jawab Haerin. Avera tersenyum kecil.

“Iya ke?”

“Betul, kena gigit nyamuk. Nyamuk beshar.” jawab Haerin dengan decitan kecil. Avera ketawa. Pinggan yang sudah siap dilap dia letakkan atas meja.

“Nakal eah nyamuk tu. Macam tak ada tempat lain nak gigit.” ucap Avera lagi. Haerin diam, lengan Avera dia siku bila gadis itu ketawa kecil.

“Avera.. em. Nak tanya something boleh?” soal Haerin. Nada suara cuba direndahkan agar saudaranya yang turut berada didapur itu tidak mendengar.

“Tanya apa kak?”

“Haera unnie tak ada bagitau apa- apa ke sebelum dia pergi? Atau Kak Haera ada masalah yang Haerin tak tahu ke?” soal Haerin seraya berbisik. Avera sedikit tersentak.

Dia melirik pandang ke sekeliling, seperti mencari- cari seseorang. Seketika kemudian dia mengeluh kecil.

“Mama tak bagitau akak?”

“Pasal Kak Haera tak boleh mengandung?”

“Ish bukan yang tu! Masalah yang lain lagi. Em.. yang melibatkan Taehyung. Kak Haera tak ada cerita apa- apa ke?” soal Haerin lagi.

Avera mengemam bibir sebelum menggeleng kecil.

“Kalau pasal tu, rasanya hanya suami akak je yang tahu. Yalah, Taehyung oppa ialah orang yang paling rapat dengan Kak Haera?” ucap Avera seraya tersengih.

“Huh.. ya akak tahu. Tapi kami ni tak sebulu!”

“Kalau tak sebulu macam mana akak boleh kena gigit? Mesti akak Haerin ni nakal, kan?”

“Avera!”

Mencicit Avera lari masuk kedalam sambil membawa pinggan. Haerin mengeluh kecil.

Dekat siapa lagi dia nak korek cerita ni?

“Rin, mama tanya pasal kek tu. Dah siap potong ke?” soal Jimin sambil terus melabuhkan punggung diatas kerusi disamping Haerin.

Sepotong kecil kek dia ambil lalu masukkan kedalam mulut.

Aha!

“Jimin, nak tanya something boleh?”

“Banyak ke sikit?”

“Ish! Aku tanya kau jawab jelah, okay?” Haerin acukan pisau pemotong kek plastik kepada Jimin. Lelaki itu buat derk aja sebelum sepotong kek lagi diambilnya lalu disuap masuk kedalam mulut.

Depends.

“Okay, first. Pasal Kak Haera, dia dengan Taehyung sebelum ni ada masalah ke?” soal Haerin sambil berbisik. Jimin diamkan diri sebelum tersengih kecil.

“Ada kot.”

“Apa dia?”

“Entah. Tanyalah suami kau tu, kan dah jadi suami, takkan masih nak malu lagi?” balas Jimin. Haerin mengetap bibir geram. Terus lengan Jimin dicubitnya.

“Kau ni! Tak memberi faedah langsung!”

“Lah?”

“Pergilah bawa kek ni masuk dalam!” arah Haerin sebelum pinggan yang berisi kek dia serahkan pada Jimin. Lelaki itu hanya akur saja.

“Kenapa nak tahu sangat?” soal satu suara, Haerin yang sedang meneguk segelas air itu sedikit tersedak.

Terkejut dia dengan suara garau Taehyung ni tepi telinga.

“Apa?”

“Pasal Haera, kenapa tak tanya aku je terus?”

“Sebab saya tak percayakan awak-”

“Langsung?” soal Taehyung. Haerin diam, dia mengangkat punggung lalu menuju ke sinki. Gelas yang dia gunakan tadi dia letak disitu.

“Kenapa?”

“Sebab awak dah sakitkan Kak Haera.”

Taehyung diam, matanya tajam memandang wajah Haerin. Dia maju selangkah sebelum berhenti. Tapak tangannya dikepal.

“Kau tak tahu cerita sebenar, jadi jangan tuduh aku tanpa bukti, Park Haerin.” tegas nada suara Taehyung sebelum lelaki itu melangkah keluar dari ruangan dapur.

Haerin diam.

Argh! Apa sebenarnya yang berlaku dekat Kak Haera?!

.

Taehyung ni jahat atau tak?

Segala persoalan anda akan terjawab di bab yang seterusnya.

Wait na kaa

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[C] AIANOS | 뷔 ✓Where stories live. Discover now