Bab 5⌛

4.3K 601 48
                                    

Aianos | Forever





SAMPAI saja dihadapan rumah banglo milik Taehyung, terus lelaki itu keluar dari kereta tanpa mengucapkan sepatah kata. Beg pakaian dikeluarkan dari bonet.

Lambat- lambat Haerin membuka seat belt sambil mengeluh kecil, dia melangkah keluar dari perut kereta. Beg pakaiannya dicapai, nak harapkan Taehyung angkatkan? No no no.

Tapak kaki Haerin melangkah masuk kedalam rumah banglo tersebut. Dekorasi moden dan rekaannya agak kebaratan juga. Dinding yang di cat putih serta kelabu itu. Cantik dan kemas.

Ketika dia leka meneliti perhiasan didalam rumah, matanya tak sengaja terlihat gambar kahwin berukuran besar yang digantung pada dinding berhampiran dengan tangga.

Gambar kahwin Haera unnie dengan Taehyung.

Hurm, duda ni belum move on lah maksudnya. Buktinya, frame gambar kahwin yang berukuran besar hingga kecil masih memenuhi meja.

Terus Haerin capai salah satu gambar tersebut, Haera unnie nampak cantik didalam busana pengantinnya. Senyuman mereka memaparkan kebahagian yang semestinya dilalui oleh sepasang kekasih.

Namun pandangan mata Haera unnie mengatakan sebaliknya. Mata Haera unnie nampak sedih, seakan dia tak bahagia dengan perkahwinan itu. Apa yang sebenarnya terjadi?

Kak Haera tak bahagia ke?

Tapi kenapa?

Bukan Taehyung adalah lelaki pilihannya sejak di bangku sekolah lagi?

“Haera unnie.. apa yang berlaku?” bisik Haerin pada gambar tersebut. Namun sebuah gambar tak mampu memberi sebarang jawapan. Dia letakkan frame gambar diatas meja semula bila dia dengar derap kaki melangkah turun dari arah atas.

“Bilik kau kat atas. Sebelah bilik aku.” dingin lelaki itu berkata sebelum dia melangkah masuk kedalam dapur.

Haerin gulingkan anak mata.

“Boleh saya tanya sesuatu?” soal Haerin bila Taehyung melintasinya sambil membawa secawan kopi.

“Kak Haera ada tinggalkan apa- apa pesanan ke sebelum dia pergi?”

“Kau tak perlu tahu.” balasnya sebelum melangkah naik ke tingkat atas. Mahu saja Haerin membaling beg yang dipegangnya pada lelaki itu.

Dia ni hidup memang untuk menyakitkan hati je ke apa?

“Saya perasan awak dulu tak macam ni.”

People change-

But you still can't forget my sister. Why?

Langkah kaki Taehyung terhenti di tangga paling atas, tapak tangannya digenggam.

Forgetting someone you used to love is hard, you know?” balasnya.

“It would be easier if you work hard.” sebaik Haerin berikan jawapan itu, terus Taehyung pandang Haerin dengan pandangan tajam.

Kau tak faham, bila aku cintakan seorang wanita, cinta aku akan berkekalan. Kau takkan faham sebab kau tak pernah bercinta.

Hey, jaga sikit mulut tu eah?

Dan kalau kau pernah bercinta pun, mungkin kejap je. Tahulah zaman sekarang, bila dah dapat, lepas. Kaukan gadis yang dah biasa dengan gaya hidup barat? Tak mustahil kalau kau-

Jadi awak nak cakap saya ni gadis liar lah?

“I'm not saying it like that, but you're already staying in England about 6 years. Tak mustahil tak terikut- ikut gaya barat mereka, kan?sinis Taehyung berkata.

“Maaf, tapi saya bukan gadis seliar yang awak sangkakan.” balas Haerin, geram hatinya bila Taehyung menuduh dia gadis liar.

Hey, kalau dia gadis liar, dia akan balik korea dengan 2 orang anak. Sekarang tanda- tanda itu pun tak ada kan?

Mama pun pernah ragu untuk lepaskan Haerin sambung belajar ke luar negara. Sebabnya, dia takut Haerin akan terpengaruh dengan budaya barat.

Salah ke kalau belajar di negara orang? Kalau kita pandai jaga diri, semuanya akan baik- baik saja.

Huh. Biarlah, dah dia cakap kita liar, biar kita tunjukkan sikap liar Haerin yang sebenarnya!

Nak sangat kan? Tunggu!

.

Huhuhu.

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[C] AIANOS | 뷔 ✓Where stories live. Discover now