Bab 70⏳

3.2K 546 59
                                    

Aianos | Forever



“JEMPUTLAH, duduk Cik Alana.pelawa Haerin seraya menghidangkan segelas cawan berisi teh diatas meja.

Setelah itu, dia melabuhkan punggung diatas kerusi berhadapan dengan gadis itu.

Inspektor Alana Kim, uish, pandai Jimin pilih.

“Terima kasih.” kata gadis itu seraya menghirup sedikit teh yang dihidangkan oleh Haerin.

“Cik Alana dari mana?” soal Haerin.

“Saya jalan- jalan tadi. Tak sangka pula boleh jumpa Jimin, lelaki yang tegur saya kat tinder. Dia ajak ke sini, jumpa awak.” terang Alana buatkan Haerin melirik kearah Jimin yang sedang duduk tersipu malu disamping Taehyung itu.

“Lah yeke? Jimin ni maklumlah, umur dah hampir 30 pun masih lagi gatal nak usya awek tinder. Tak laku tu buatlah cara tak laku.” ujar Taehyung sebelum tergelak besar.

Laju saja Jimin mencubit paha Taehyung seraya menjegilkan matanya.

“Saya ke dapur dululah, nak masak sikit. Cik Alana jangan pulang dulu. Okay?” kata Haerin.

Dia mengangkat punggung lalu masuk ke dapur meninggalkan Jimin dan Alana berdua bila Taehyung juga mengekori Haerin masuk kedalam dapur.

Baby Haeyoon tengah tidur dekat atas ditemani oleh Jiyoon.

Jadi Taehyung bebas nak menggatal dengan Haerin kejap.

“Buat apa kat sini?” soal Haerin dengan kerutan didahi.

“Nak ngorat awek nama Kim Haerin kejap.” balas Taehyung seraya tersengih- sengih bila Haerin membalasnya dengan jelingan sekilas.

“Dahlah, baik awak keluarkan ayam dalam peti sejuk tu. Saya nak goreng, lepas tu masak merah. Palli!” bahu Taehyung dipukul bila Taehyung masih berlengah- lengah disitu.

“Sabarlah sikit sayang, dia bukannya nak balik pun.” balas Taehyung, namun langkahnya tetap dibawa ke peti sejuk lalu dia dengan cepat mengeluarkan ayam dari situ.

Taehyung meletakkan ayam itu didalam besen kecil sementara Haerin mula mengeluarkan tepung untuk menggorengnya.

“Sayang duduklah, biar saya yang masak. Biar saya tunjukkan betapa saya dah improve dalam memasak makanan lebih- lebih lagi untuk cinta hati saya ni.” ujae Taehyung, lengan Haerin ditarik lalu dia dudukkan isterinya itu di kerusi.

“Nanti masin masam mana-”

“Aip! Belum cuba belum tahu.” balas Taehyung, lengan baju panjangnya dilipat hingga ke siku.

Sempat dia kenyitkan matanya pada Haerin.

“Mula- mula kita kena cuci tangan, kebersihan adalah nombor satu!” kata Taehyung. Pili paip dipulas lalu dia mencucinya dengan sabun.

Haerin cuma memerhati gerak geri Taehyung dari belakang.

Nampak comel aje.

“Saya potongkan awak bawang.” kata Haerin seraya mengangkat punggung lalu mula mencapai bawang besar didalam bekas sebelum bawang besar tersebut dipotong.

“Nampak macam bertuahkan Jimin kenal Alana macam tu?” ujar Haerin.

“Tapi saya lagi bertuah sebab dapat jumpa semula dengan awak.” balas Taehyung buatkan tangan Haerin yang sedang memotong bawang terhenti.

“Eleh awak tu, dulu bukan kemain lagi cakap benci dekat saya. Sekarang, nak melekat aje dua puluh empat jam. Piirah!” perli Haerin buatkan Taehyung mencebikkan bibirnya.

“Itu story lamalah sayang!”

Haerin cuma ketawa kecil. Bawang yang telah siap dipotong dicuci lalu diberikan pada Taehyung yang sudah siap dengan ayamnya tadi.

Minyak dituang kedalam kuali hingga penuh, ayam yang sudah disaluti tepung itu dia masukkan kedalam minyak yang menggelegak.

“Nanti awak masak merah eah? Pandai masak,kan?” soal Haerin, Taehyung cuma membalasnya dengan deheman saja.

Haerin tersenyum, dalam kesempatan itu, Haerin memeluk pinggang Taehyung dari belakang.

You're doing great as a husband and a father, Taehyung.” bisik Haerin buatkan Taehyung tersenyum lebar.

“Baru perasan ke sayang?”

“Dah lama dah perasan, cuma tak nak cakap je sebab takut awak bongkak.” balasan Haerin buatkan Taehyung merengek kecil.

Sisa tepung disalut ke pipi Haerin sebelum aksi calit menyalit tepung berlaku.

“Kenapa bising sangat kat dapur tu?”

“Biarlah, mereka dah bahagia. Kita bila lagi?”

.

Eehhehehe

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[C] AIANOS | 뷔 ✓Where stories live. Discover now