Bab 37⌛

4.9K 663 86
                                    

Aianos | Forever




HAERIN melangkah cepat menuju ke meja kerjanya.

Beg tangan diletakkan diatas meja, disebabkan dia datang awal hari ni, jadi dia ada masa untuk rehat- rehat sekejap.

Lepas tu baru sambung buat kerja.

Haerin membawa langkah menuju ke pantri, dia bercadang mahu membuat secawan kopi sebab dia tak sempat nak bersarapan pagi tadi.

Taehyung ajak pergi kerja awal. Katanya ada kerja dia yang tertangguh. Lagipun esok nak cuti, kan?

Jadi dia nak siapkan semuanya hari ini, tak nak bertambah pulak nanti.

Cawan yang berada diatas rak dicapainya. Serbuk kopi nescafe diambilnya didalam almari.

Hari ini dia kena jadikan kopi sebagai teman bagi menghilangkan kantuk sebab Haerin tak dapat tidur semalam.

You know, what? Taehyung tu tak sangka punya main lasak dia tidur. Habis kaki dan tangan dia merayap nak peluk badan Haerin masa tidur tapi sebelum tidur dia ada mention juga.

Katanya, 'Haerin, aku tidur ni lasak dan aku tak dapat tidur kalau tak ada benda nak dipeluk' ye tahu.

Tapi kalau dia peluk lembut- lembut tak apalah, ini dia peluk tu kuat sangat. Hampir Haerin tak bernyawa tau semalam!

Geram ni geram!

“Haerin..” panggil seseorang, Haerin menoleh.

Disitu dia lihat Dokyeom sedang berdiri berhampiran dengan dirinya. Keduanya berbalas pandang.

Waeyo? Awak nak kopi juga ke?” soal Haerin. Dokyeom menggeleng kecil.

Dia garu keningnya yang tak gatal sebelum melangkah merapati Haerin lalu berdiri disamping gadis itu.

“Awal awak sampai hari ni.” kata Dokyeom.

“Em.. ter-awal bangun pula.” jawab Haerin. Dia tersengih kecil. Dokyeom cuma memandang dengan riak wajah kosong.

“Er.. Haerin.”

“Hem?”

“Saya.. nampak awak datang dengan bos tadi. Satu kereta. Any explanation?” soal Dokyeom. Keningnya terjongket satu.

Automatik tangan Haerin yang sedang membacuh kopi itu berhenti. Lambat- lambat dia menoleh memandang Dokyeom.

Riak kosong dari Dokyeom buatkan Haerin menelan liurnya.

Dia tahu, kalau Dokyeom sudah beriak begitu, bermakna lelaki itu sedang marah dan.. cemburu?

“Apa hubungan awak dengan bos?” desak Dokyeom. Lengan gadis itu dia sentuh lembut. Dia tak mahu dihuni rasa cemburu tapi dia sudah tak mampu menahannya.

Dokyeom cemburu, terlalu.

“Err.. saya ni dah dimiliki oleh orang lain.” jawab Haerin. Berkerut dahi Dokyeom jadinya.

“Dimiliki? By who?

“Saya ni isteri orang. Saya isteri kepada Kim Taehyung. B- bos kita tu” balas Haerin serentak riak wajah Dokyeom berubah 100%. Dia tak sangka.

Haerin sudah dimiliki oleh Kim Taehyung? No way..

Dah hampir dua minggu kami berkahwin. Maaf tak inform pada awak. Saya bukan berniat nak bagi harapan, Dokyeom..terang Haerin. Dokyeom masih lagi terpana.

“Awak cintakan dia?” soal Dokyeom, masih lagi dengan nada suara rendah namun ada getaran disuaranya.

Not yet, but i'll try.

“Haerin.. huh..” Dokyeom tundukkan wajahnya, dia melepaskan keluhan berat.

It's okay. Mungkin saya dan awak tak berjodoh, kan?” ujar Dokyeom. Setitik air mata jantan mengalir dipipinya.

Haerin tersentak.

“Eh? Saya tak berniat nak buat awak sakit hati! Maafkan saya.”

“Tak apa, saya okay. Jumpa nanti.” kata Dokyeom, dia mengesat air matanya menggunakan lengan baju sebelum melangkah pergi meninggalkan kawasan tersebut.

Saat itu juga dia terserempak dengan Taehyung yang baru hendak melangkah keluar dari bilik kerja. Bibirnya muncung.

“Eh, kenapa ni-”

“Jaga Haerin baik- baik. She belong to you.” kata Dokyeom, sebelum tubuh Taehyung dipeluknya kejap sebelum dia berlari keluar dari situ.

Kelihatan agak dramatik, tapi itulah Dokyeom bila patah hati dan merajuk.

“Kau buat apa dekat dia?” soal Taehyung bila dia lihat Haerin melangkah keluar dari pantri.

“Saya cuma berterus terang, tak tahu pula yang dia akan beri reaksi macam tu.” jawab Haerin sambil muncung.

“Hati tisu.” ujar Taehyung merujuk kepada Dokyeom. Luar nampak saja tough tapi dalaman? Huh.

“Buat kopi ke?”

“Ya, saya takut saya terlelap masa nak buat kerja. Semuanya gara- gara awaklah!” kata Haerin. Taehyung tersengih kecil.

Hidung Haerin dicuitnya geram.

“Tapi kau sukakan kena peluk?” soal Taehyung dengan sengihan nakal sebelum mengenyitkan matanya bila Haerin menjelingnya.

“Dahlah, saya nak siapkan kerja.”

“Okay, nanti lunch sama- sama ya, mandu?” sekali lagi hidung Haerin dicuitnya namun kali ini lebih kuat hingga Haerin merungut sakit.

Laju kaki Taehyung berlari masuk kedalam pejabatnya semula.

Haih, macam budak- budak!

.

Okay,
hal dokyeom dah selesai🙌

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[C] AIANOS | 뷔 ✓Where stories live. Discover now