Bab 4⌛

4.4K 604 56
                                    

Aianos | Forever




HAERIN dan Taehyung sama- sama membisu, yang kedengaran di meja makan hanyalah bunyi sudu berdenting dan kerusi yang berlaga dengan lantai serta suara saudara- mara yang sedang bergelak ketawa.

“Ha, pengantin baru ni kenapa diam aje ni?” soal ibu mentua Haerin.

Pelik mereka bila Haerin dan Taehyung cuma mendiamkan diri dan langsung tak berpandangan sesama sendiri.

Satu tengok kanan, satu lagi kiri. Kalau ada masalah pun, takkanlah baru kahwin sehari dah bermacam- macam masalah, kan?

Mereka hanya biarkan soalan tersebut kosong tanpa sebarang jawapan. Haerin menguis nasi goreng yang masih berbaki, hilang selera dia jadinya.

“Em, korang ada dengar suara orang menjerit tak semalam?” soalan itu buatkan Haerin terkaku, wajahnya sudah berubah merah.

Kuat sangat ke dia jerit semalam? Rasanya tak, ke telinga Jimin ni yang cepat sangat tangkap bunyi?

“Lah ada ke? Semalam tak dengar apa- apa pun. Kamu tu yang kuat sangat pasang telinga. Tahu- tahu je ada pengantin baru kat sini.” kata mama buatkan wajah Haerin makin membahang.

Hey, apa mereka fikir Haerin kahwin dengan Taehyung ni terus nak buat benda tu ke? Minta ampun! Mohon berhenti berangan!

Semalam pun, selepas kejadian Taehyung terkiss Haerin ni. Terus masing- masing mendiamkan diri. Kekok betul.

Lepas tu,Taehyung tidur macam biasa, sementara Haerin sudah tak tentu arah disisi lelaki itu dan buatkan tidurnya menjadi tak lena! Semuanya gara- gara si duda ni!

“Kamu tu tanya- tanya macam ni, bila nak kahwin? Nanti kamu fahamlah sendiri.” usik Tuan Park buatkan Jimin tunduk menekur pinggan.

“Alaaa Chim tak ada calon lagi.”

“Ha yang calon menantu mama yang dari Seoul tu dah kemana? Dah fed up kan menunggu lamaran kamu? Tu lah kalau dah ada calon, cepat- cepat jumpa mama. Jangan tangguh- tangguh. Kan dah lari.” kata Puan Park.

Jimin cuma membuat muka. Sedih pula bila teringat yang dia selaku lelaki paling hot dalam korea ni kena tinggal oleh seorang perempuan. Hish, tak pe nanti kita cari lain eh?

(Nak jadi calon menantu Puan Park? Apply kat sini ➡ ech main- main aje.)

Kamu gay ke?”

“Eish! Mana ada!” jerit Jimin, tak suka dituduh gay. Terus mukanya berubah masam, terburai ketawa mereka yang berada diruang makan.

“Ha, Taehyung. Kamu nanti nak bawa Haerin balik rumah kamu ke?”

“Eah, mestilah dia bawa balik. Dah kahwin kan? Takkan nak tinggalkan kat sini?” celah mama.

“Taehyung nak balik rumah lama. Nak kemas rumah, lagipun esok kerja.” balas Taehyung.

“Lah, awalnya masuk kerja. Kan baru kahwin, cutilah dulu sehari dua lagi, lepas tu masuk kerja balik.” cadang papa.

“Taehyung banyak tangguhkan kerja pejabat, jadi tak elok kalau lama- lama cuti. Nanti kerja makin bertimbun.” ucapnya tenang.

Haerin mengangguk- anggukkan kepala, biarlah Taehyung ni masuk kerja awal. Taklah keadaan dalam rumah kekok semacam je.

“Haerin macam mana?”

“Oh, Haerin tengah tunggu tawaran kerja dari-”

“Kenapa tak kerja dengan Taehyung je? Senang sikit kalau nak balik. Boleh balik sama- sama. Ataupun tak payah kerja terus, jaga makan minum Taehyung kat rumah.” saran mereka.

Mulalah Haerin buat muka masam. Wah, punyalah dia susah- susah sambung belajar kat England dan balik korea semata- mata jadi suri rumah je?

“Em, Haerin nak kerja juga.”

“Dah tanya Taehyung?”

“Kenapa mesti-”

“Taehyung dah jadi suami kamu, jadi segala hal dan perkara yang kamu nak buat kena ada persetujuan dari Taehyung. Faham tak?” soal mama. Haerin mengetap bibir.

Sekarang dia cuma mampu mendiamkan diri bila dia lihat pandangan tajam dari papa. Terus dia tundukkan wajah.

“Faham, ma.” jawabnya perlahan.

Kalau dia tahu jadi macam ni, baik dia tak payah balik Korea!! Argh! Geramnya!!

.

Hoho. I'm back🙌

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[C] AIANOS | 뷔 ✓Where stories live. Discover now