06.

2.3K 174 0
                                    

"Ini kadnya...terima kasih."ucap Aster pada pengunjung perpustakaan wanita di depan kaunter dengan senyuman di bibir.

Wanita bersanggul kemas itu angguk kecil pada Aster lalu berpaling dari situ.

Aster pandang wanita tu sehingga dia jauh dari situ sebelum keluar dari kaunter tu untuk kutip buku yang dibiarkan dari meja-meja di situ.

Sambil tolak troli buku di celah susunan meja di situ, Aster kutip buku-buku di situ hendak cepat balik memandangkan waktu dah masuk 6 petang.

Ingatkan dah tak orang tadi, sebab tak nampak kelibat orang pun dekat mana-mana meja. Sekali tu bila Aster berhenti dekat sebelah meja depan sebuah rak buku Aster dikejutkan dengan seorang lelaki berkemeja hitam lengan disinsing hingga ke siku berdiri dekat lorong rak tersebut.

Melompat terkejut Aster masa dia nak berpaling lepas pandang susuk lampai tu. Ingatkan hantu ke apa tadi. Abang hari tu.

"Awak belum keluar lagi?"tegur Aster sejurus itu. "Saya nak tutup perpustakaan ni..."buku dekat tangan dia diletakkan dalam troli.

Zander berpaling, dia memandang Aster sebelum meletakkan buku dekat dalam rak semula.

Mata Aster terkebil-kebil memerhatikan Zander yang kemudiannya jalan mendekati dia. Pergh!Telan air betul dia menengok abang handsome ni.

Tapi sayang...lepas hari ni dia tak dapat lagi jumpa abang ni hari ni hari last dia kerja. Lepas ni dia akan cuti untuk buat persiapan ke kolejnya minggu depan pula.

Semasa Zander gerak nak keluar dari situ, Aster cepat-cepat bersuara. Alang-alang kan..apa salahnya. "Sekejap!Jangan pergi dulu." panggil dia.

Secepatnya Zander berpaling semula ke Aster. Kening dia terangkat sebelah semasa memandang Aster.

Aster tersenyum lepas Zander pandang dia. Tiba-tiba pulak rasa segan. "Maaf...kalau tak kisah, boleh tak kalau awak temankan saya sampai saya siap kerja?Hari ni saya seorang je..."minta Aster. "Sekejap je. Lepas saya susun buku kita dah boleh balik."

Zander diam memandang Aster sewaktu Aster bercakap.

"Kalau tak nak pun tak apa. Saya tak paksa." kata Aster dengan sengih kekok di bibir. Dia tak expect apapun. Yalah takkan la abang handsome nak tolong dia.

Tak diduga, Zander mengangguk kepala setuju.

Melompat girang hati Aster lepas tengok. Tanpa berlengah, Aster terus tolak troli itu ke celah rak di situ untuj simpan semula buku-buku di atas troli itu.

Dia tengok setiap kod buku di situ lalu disimpan mengikut rak kod yang di tetapkan. Sekejap-sekejap dia naik turun tangga untuk simpan buku-buku itu.

Dekat dua puluh minit macam tu baru la Aster selesai simpan buku di troli tersebut. Baru je dia gerak nak keluar dari rak tu, seseorang muncul secara tiba-tiba buatkan dia terkejut sebelum gerak nak terjatuh ke belakang.

"Mak!"latah Aster selepas berlanggar dan hendak terjatuh ke belakang.

Pada masa itu la tangan tersebut pegang pinggan Aster dan tarik Aster ke dalam pelukan dengan kemas.

PAK!

Tarikan itu terlalu kuat dan cepat sehingga buatkan berlakunya kemalangan yang tak diduga sejurus itu.

Mata Aster terbutang luas dengan tangan kedua-dua terangkat di sisi taktala dahi dia terhantuk pada dagu orang depannya ini.

Oh sh*t!

What the heck!

"Ooo...opps!Sorry"ucap Aster sambil pegang dahi dia dan memandang cemas ke Zander. "I'm so sorry...serius..sorry."ucapnya dengan muka cuak.

Zander berdiri dekat situ pandang Aster yang tengah cemas itu.

"Saya tak sengaja..."Memang tak sengaja, semuanya berlaku dengan pantas. Lagipun salah Zander la muncul tiba-tiba. Kalau Zander tak tarik dia tadi, kejadian ni pasti takkan berlaku.

"Ka-"

"Ahh...saya pergi dulu."pintas Aster dengan laju. "Terima kasih sebab temankan saya!" Aster lari sebelum Zander sempat nak habiskan kata-kata dia.

Terpinga-pinga sekejap Zander dekat situ bila Aster mencicit lari pergi dari situ. Masa dia tengok Aster keluar dari situ baru la dia tersentak lalu ikut keluar dari situ untuk mengejar Aster.

Tepat semasa Aster keluar, papa dia sudah pun sedia menunggu dekat luar bangunan itu. Aster apa lagi, cepat-cepat la dia berlari ke kereta tu.

Nasib baik sempat!

Melihatkan kereta yang membawa Aster pergi dari situ, Zander hanya berdiri dekat situ dumbfounded.

10. You And Me NeverWhere stories live. Discover now