33.

1.7K 145 1
                                    

"32X4=?" tanya Aster masa tunduk tulis di atas kertas sambil di perhatikan oleh Elisson dekat sebelah.

Elisson capai pensel lalu menulis jalan kira di atas buku latihan sebelum ditunjukkan pada Aster.

"Wow...cepat..."dia buat thumbs up pada Elisson lepas tengok jawapan tu betul.

Elisson tersenyum senang. Dia ketuk jari dia pada buku latihannya, mahu soalan lagi dari Aster.

"Okay..soalan seterusnya....42X12=?"tulis Aster lagi dengan tak selesa sebab sejak tadi dia ajar Elisson, lelaki sadis a.k.a kuat sentap asyik tenung dia je dari seberang meja ni.

Elisson berkerut kening bila soalan tu makin susah. Dia tunduk buat perhitungan buat beberapa ketika sebelum tulis jawapan lalu ditunjukkan pada Aster.

"Good. Next question...akak bagi soalan ni, Elisson buat sendiri."Aster keluarkan helaian kertas dari beg sandang dia lalu diserahkan kepada Elisson.

Bersama senyuman lebar di bibir, Elisson terima kertas itu dari Aster dengan tidak sabar lantas cepat-cepat hendak selesaikannya.

Sementara itu Aster perhatikan Elisson buat seketika sebelum menghadap si abang pulak. Amanah punya pasal, dia tabahkan jugak diri untuk bercakap dengan Azriel walaupun sekarang ni jantung dia berdegup macam nak keluar dari badan dia.

"Subjek apa yang awak nak beri penekanan?"soal dia sambil buku nota untuk catit apa yang patut supaya mudah dia sediakan bahan mengajar nanti.

Azriel tak cakap apa-apa, dia cuma duduk sandar ke belakang dengan kaki bersilang sebelah atas lutut.

Aster pandang tak berkedip ke Azriel sambil telan air liur dek renungan tajam yang diberikan kepada dia waktu itu. Rasa macam nak lari je dari situ sekarang pun ada. Apa masalah mamat ni!Cakap la something...dia tengah kekok sangat ni. Kalau maki sekalipun Elisson bukannya dengar.

"Dengar...saya tak peduli apa masalah awak dengan saya. Tapi mama awak dah beri amanah pada saya untuk ajar awak. Jadi beri kerjasama atau tak...pilihan awak."aju Aster sejurus itu bila rasa semakin tak selesa di bawah renungan Azriel macam nak telan dia hidup-hidup dekat situ.

Lantas Azriel kerling ke Elisson, memandangkan adik dia tengah tekun belajar, eloknya dia buat benda ni dekat tempat lain. "Ikut aku sekarang."Azriel bangun dari situ.

"Huh?"Aster pandang terkejut. "Ke mana?"

"Kau nak aku marah kau depan Elisson atau ikut aku sekarang?" soal Azriel bernada tegas pada Aster.

Hish!

Tanpa berkata apa-apa Aster bangun dari situ. Meninggalkan Elisson dekat situ untuk ikut Azriel yang membawa dia ke arah sebuah pintu dalam bilik bacaan itu. La...apa pulak lelaki ni nak buat pada dia! Tak cukup lagi rosakkan telefon dia?Ganti pun belum lagi. Jangan nak patah riuk tulang dia sudah.

Azriel bukak pintu itu lalu menjuihkan kepala dia pada Aster supaya masuk ke dalam dulu.

Dengan renungan takut tak pasti, Aster jalan masuk dalam bilik tu perlahan-lahan. Azriel yang tak sabar, terus tolak Aster ke dalam bilik tu lalu mengunci pintu tersebut.

"Apa awak nak buat ni?"tanya Aster yang takut-takut undur ke belakang hendak jauhkan diri.

"Beritahu aku...apa niat kau untuk terima permintaan mama aku?"soal Azriel masa jalan mendekati Aster.

"Mana ada niat apa-apa."jawab Aster cepat-cepat masa dia jalan keliling sofa dalam bilik kecil seakan tempat untuk meeting atau something like that.

Azriel ekori Aster, dia pun keliling sofa tu."Bohong! Aku tahu la perempuan macam kau ni. Lagi-lagi orang kelas bawahan macam kau ni. Kalau bukan sebab duit, mesti ada benda lain kau nakkan?Siapa target kau?Aku?Ayah aku?Mama aku?"tuduh Azriel.

"Saya tak tahu apa yang awak katakan!"

Aster tersandung sikit tapi dia cepat-cepat stabilkan diri sebelum berdiri dekat dengan pintu. Cuba nak keluar dari situ, tapi bila dia pegang tombol tu, pintu itu tak nak terbukak. Jadi kalut la dia jawabnya sampai tak boleh fikir dengan jelas, sedangkan tinggal selak je, pintu dah boleh bukak. Gelabah punya pasal itu pun dia tak perasan.

Azriel dekat belakang Aster masa gadis itu kalut hendak buka pintu tu. Tiba je dia dekat belakang Aster, Azriel paksa Aster berpaling menghadap dia sambil pukul pintu itu dengan kuat.

BAM!

"Ah!"menjerit kecil Aster lepas tu. Menggigil dia berdiri dekat situ sebab tersepit di antara pintu dan Azriel.

Azriel bongkok sedikit untuk samakan paras mata dia dengan mata Aster.

Dan bila Aster bertentang mata dengan Azriel,  mata Aster serta merta berair.

"Apapun niat kau...aku takkan biarkan kau cuba musnahkan keluarga aku! Kau dengar tu!"deram Azriel dengan keras di depan muka Aster.

Berkedip dari merenung mata Azriel, Aster gigit bawah bibir dia kerana sedih. Kenapa la dia asyik dituduh sebagai mata duitan. Ada tulisan mata duitan ke dekat dahi dia ni? Dia buat semua ni bukan sebab duit...apa lagi nak rampas atau rosakkan kehidupan orang lain.

"Asal kau diam?Jawab la...ke memang betul apa aku cakap?"soal Azriel. "Kalau dah miskin tu berlagak cara miskin. Nak kaya, berusaha cari duit sendiri bukan harapkan orang lain..murah sangat ke maruah kau tu sampai buat semua ni?" sambung Azriel lagi.

Masa tu la air mata Aster jatuh ke pipi. Dia pandang Azriel dengan dada sakit berdegup sebu. Sampai hati Azriel cakap macam tu tentang dia. Lelaki ni tak kenal dia siapa, kenapa cakap macam tu? Kalau niat lelaki ni nak buat dia berhenti dengan cakap macam ni, Azriel silap. Dia bukan jenis yang cepat mengalah bila di tindas macam ni.

"Awak cakap la apa nak cakap...awak boleh fikir apa saja yang awak nak fikir tentang saya. Tapi satu je perkara yang awak kena tahu. Saya-"Aster tolak diri dari pintu tu untuk rapat ke Azriel bersama air mata berlinangan di pipi. "...tunaikan amanah yang orang dah beri pada saya sehabis mungkin sehingga selesai. Jadi suka atau tak...awak kena terima kehadiran saya dekat sini. Tuan Muda Azriel Noah..."ucap Aster depan muka Azriel dengan sisa keberanian yang dia ada.

Azriel tatap wajah Aster dengan renungan kosong.

"Kalau awak nak tahu sangat kenapa saya sudi terima kerja di sini ialah, sebab saya tak nak apa yang berlaku pada saya berulang semula....dan saya tak peduli sama ada awak percaya atau tak...tapi itu la sebenarnya.."Aster tenung mata Azriel dengan kening berkerut marah.

Bersama hati yang hiba Aster berpaling dari situ lalu buka selak pintu itu dengan jari menggigil kerana terlalu sedih. Sebaik selak itu di buka, dia tarik pintu itu ke dalam lalu keluar dari bilik itu sambil menangis menutup mulut dengan belakang tangan.

Azriel berdiri dekat situ tidak terkata. Dia kelu tak dapat beri apa-apa balasan untuk kata-kata Aster. Entah kenapa dia rasa apa yang Aster katakan itu jujur.

Tak dapat teruskan kelas itu, Aster tulis nota kecil pada Elisson. Memberitahu budak itu dia kena balik awal hari ni sebab tak sedap badan. Lantas pergi dari situ dengan menaiki teksi yang dia tahan dari luar laman rumah agam itu dan bawa dia ke tempat yang sudah lama dia tidak kunjungi.

10. You And Me NeverWhere stories live. Discover now