47.

1.7K 146 0
                                    

Pergh!

Cantik bhai!

Dah macam istana rupanya.

Lagi besar dari rumah Azriel sendiri.

Dari hujung ke hujung panjang rumah tu.

Laman rumah jangan cakap, luas dan sangat-sangat cantik. Serius. Tak ada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa tergamamnya dia saat itu.

Best betul la jadi orang kaya ni. Dapat duduk rumah cantik, pakai kereta cantik, berpakaian macam princess setiap hari.

"Welcome to my home.."ucap Fiena masa berdiri di sebelah Aster lepas mereka berdua keluar dari kereta.

Aster yang ternganga sedikit melihat rumah di depannya itu kembali memandang Fiena. "Maybe aku patut tunggu luar. kau ambik la semua nota dan kertas kerja yang kau cakapkan tu.."aju dia yang tiba-tiba rasa malu nak jejak kaki ke dalam rumah tu. Takut kalau orang biasa macam dia akan kotorkan lantai berjubin mahal mereka tu.

"Eh...apa pulak. Kau masuk la sekali. Duduk luar buat apa...baik aku tak payah bawak kau ke sini kalau macam tu...dah la. Jangan nak malu ke apa. Jom.."Fiena rangkul lengan Aster lalu menarik Aster ke arah pintu dengan senyuman lebar di bibir.

Kaki Aster teragak-agak hendak maju ke depan. Dia pandang cemas ke Fiena dengan kening mencerun. Memangnya kawan dia yang seorang ni tak faham bahasa agaknya.

Mereka berdua kemudiannya masuk ke dalam rumah tak lama berjalan lepas tu. Masuk je ke dalam. beberapa orang maid dan butler boleh di lihat ke hulu dan hilir sekitar ruangan itu melakukan kerja dan urusan masing-masing. Sibuk akan sesuatu.

"Kau duduk sorang ke?"tanya Aster masa Fiena dan dia daki tangga untuk ke tingkat atas.

"Tak adalah..."jawab Fiena dekat sebelah masa pandang anak tangga yang di pijak.

Aster pandang ke depan dia dengan mata terbukat luas kerana berasa kagum dan terpegun dengan struktur dalaman rumah itu. Sumpah, ianya terlalu indah sampai pening kepala dia menengoknya. "Parents kau?"

"Ha'ah...parents aku dengan abang lelaki aku.." jawab Fiena sewaktu tarik Aster untuk belok ke kanan lepas mereka berdua tiba di puncak tangga. Lalu mereka berdua daki lagi anak tangga untuk ke tingkat tiga pula.

Kening Aster terangkat sebelah lepas dengar. "Kau ada abang?"soal Aster. Tak tahu pulak dia. Well macam dia beritahu,dia tak pernah cuba ambil tahu tentang orang lain sebab dia suka menyendiri dan pencilkan diri. Jadi dia tak susahkan diri untuk tanya Fiena atau sesiapa saja kawan yang dia temui tentang latar belakang mereka. Sebab dia tak peduli!

"Hahaha...ya. Aku dua beradik je. Aku tak pernah beritahu kau ke masa dekat akademi?"tanya Fiena masa pandang ke sisi dia.

Aster diam tak cakap apa. Nampak sangat la dia tak pernah tanya. Kalau dia tanya mesti la dia ingat.

"Tak apa...nanti kau jumpa dia. Rasanya dia dah balik.."aju Fiena setelah mereka tiba di tingkat tiga. Dia tarik Aster untuk belok ke kiri pula. Lepas tu mereka jalan merentasi koridor luas itu buat seketika.

Aster ikut kan je langkah Fiena. Dia sendiri tak sedar entah berapa lama dia dah berjalan sejak tadi semata untuk ambil nota dan kertas kerja dia. Macam tak percaya je.

"Kita dah sampai.."maklum Fiena masa berhenti di depan sebuah bilik dengan berpintu dua.

Aster berdiri menghadap pintu itu dengan muka blur. Sampai jugak!

"Kau tunggu dalam bilik ni, aku pergi ambil dulu buku nota aku.."Fiena bukak pintu bilik rehat keluarga dia ke dalam lalu mendorong Aster ke dalam.

Aster toleh ke Fiena sebab pelik. "Ini bukan bilik kau?"tanya dia masa di tolak Fiena supaya masuk ke dalam.

"Ini ruang tamu...kau duduk la dulu."gesa Fiena sambil tolak Aster lagi supaya masuk ke dalam ruangan itu.

Rasa hairan dengan hal itu, Aster ikutkan saja. Yalah dia orang luar, Fiena ni orang rumah. Mungkin Fiena tak nak dia masuk dalam bilik Fiena sekali, sebab itu FIena suruh dia tunggu sini. "Okay..."angguk dia.

Fiena beri senyuman nipis pada Aster sebelum tutup pintu itu dan meninggalkan Aster sendirian dalam ruangan itu.

Dalam keadaan kekok dan janggal, Aster jalan ke ruang tengah bilik tersebut dimana set sofa terletak. Sedang Aster mematai sekeliling ruangan itu, Aster gerak ke salah satu sofa di situ lalu duduk menghenyak punggung di situ. Berhati-hati dia masa nak duduk tu. Takut rosak ke apa nanti. Kan tak pasal-pasal.

Berasa letih dengan apa yang berlaku sepanjang satu hari ini, Aster gerak nak sandarkan badan ke belakang. Tapi tak sempat bila pintu bilik tu terbuka dari luar secara tiba-tiba. Dan seorang lelaki yang tunduk memandang ipad di tangan berjalan masuk ke dalam.

Berdiri tegak Aster bila menyedari siapakah lelaki itu. Mata dia terbutang luas bila tengok lelaki lampai yang simple mengenakan t-shirt hitam dan seluar sweatpant hitam gerak mendekati ruang itu tanpa menyedari akan kehadirannya di situ.

Oh damn!

Seriously!

Takkanla!

Lelaki itu angkat kepala sebab nak pandang ke depan sebab takut langgar sofa dekat situ. Dan masa itu la mereka berdua saling bertentang mata. Tak seperti Aster yang sedia terkejut, lelaki tu melompat terkejut sedikit lepas tengok Aster berdiri dekat situ.

"What the f*ck?"sebut Zander sambil gosok mata dia sebab ingat dia mimpi ke apa bila tengok Aster dekat situ.

Mata Aster mengerenyet menengok reaksi Zander. Well nampaknya bukan dia je yang terkejut sekarang ni.

"Aster?Awak ke tu?"Zander perlahan-lahan jalan keliling sofa tu hendak dekati Aster.

Secara instinct Aster undur ke belakang nak jarakkan diri. Dia teringat akan pesan mama dia yang tidak mahu dia libatkan diri dengan keluarga Riverdale. Tapi sekejap....

"Apa awak buat dekat sini?"soal Zander dengan muka tak percaya.

Kalau Zander dekat sini...maknanya, selama ni Fiena adalah anak kepada keluarga Riverdale? Dan lelaki depannya ini adalah abang Fiena?

"Fiena bawa saya ke sini.."jawab Aster masa undur lagi ke belakang bila Zander dah berdiri dekat sofa tempat dia duduk tadi.

Kening Zander mencerun tak faham. "Fiena?"

Ketika itu la pintu bilik tersebut terbuka sekali lagi, kali ni muncul la si dalang yang merancang semua ini. Fiena Anatassia, anak bongsu keluarga Knight.

Kepala Aster berpaling ke arah pintu dimana Fiena sedang berjalan masuk. "Ni bukunya nota dan latihannya. Tak ba-"Fiena terdiam bila dia tengok situasi di depannya. "Oh...kau orang dah jumpa."senyum dia lepas tu.

Zander pandang terkejut ke Fiena. "Dia kawan kau?"soal Zander dengan bingung masa pandang adik perempuan dia.

"Dia abang kau?"soal Aster sejurus tu.

Fiena pandang dua orang itu silih ganti. Bukan seperti yang dia rancangkan, tapi tak apalah. Dua orang ni dah jumpa kan. Senang sikit kerja dia. "Ha-ah."angguk dia dengan muka bersahaja.

Zander langsung tak expect yang Aster adalah kawan Fiena. Dia tak pernah nak tanya pun sebab adik dia ni jenisnya suka duduk diam dalam bilik tak bergaul dengan sesiapa. Tak sangka pulak. "Sejak bila?"

Fiena jalan dekati mereka berdua bersama buku dan kertas di tangannya. "Sejak aku dekat akademi lagi la.."

Aster diam dekat situ sebab terkejut dengan kenyataan yang menghentak dia waktu itu. Jadi selama ni Fiena adalah adik kepada Zander, dan anak kepada orang terkaya dalam bandar ni. Eh tak...owner bandar ni?

What the heck!

10. You And Me NeverWhere stories live. Discover now