75.

1.7K 138 1
                                    

Malamnya lepas mereka semua check in. Aster dan Feina duduk dekat bilik VIP yang Fiena booking awal. Terkejut jugak Aster lepas dia tahu yang keluarga Fiena owner tempat ni sekali masa berborak dengan Fiena sebelum tidur. Banyaknya Fiena yang bercakap. Aster hanya mendengar. Well anak orang kaya ada cerita yang lebih menarik nak dicerita kan?

Esok paginya Aster dan Fiena bangun seawal 4 pagi untuk bersiap sebelum turun berkumpul di kawasan lobi. Yang mana pada masa itu sudahpun dipenuhi dengan peserta jungle trekking yang lain. Tepat jam 5 pagi, pensyarah dan pengiring yang bertanggunjawab untuk aktiviti pada hari itu beri breifing kepada mereka semua.

Kemudian mereka semua sarapan yang ringan-ringan. Setelah itu baru la mereka buat senaman memanaskan badan. Akhir sekali mereka semua di pecahkan kepada 7 kumpulan yang terdiri daripada 10 orang ahli.

Disebabkan peserta yang mengikuti aktiviti itu lebih ramai lelaki dibandingkan perempuan. setiap kumpulan hanya terdiri daripada lima atau enam orang perempuan sahaja. Yang lain semuanya lelaki.

Satu kumpulan demi satu kumpulan berjalan naik ke atas bukit dulu lalu ikuti kumpulan yang seterusnya sambil diiringi dengan pensyarah di belakang dan depan.

Disebabkan susunan itu, Aster berpisah dengan Fiena dan terpaksa satu kumpulan dengan Zander. Sementara Azriel berada di kumpulan yang lebih ramai peserta perempuannya dari lelaki.

Yup!

Zander Knight.

Lelaki tu ada sekali dalam kumpulan Aster.

Sedaya upaya Aster cuba jarakkan diri dari Zander dengan mendaki lebih cepat untuk ke atas. Cepat dia sampai cepat dia turun. Tapi itu la...kalau nak dibandingkan kaki dia yang pendek tu dengan kaki panjang Zander memang tak ada chance la jawabnya.

"Hei..."sapa Zander dekat sebelah masa dia tercungap-cungap pegang pokok sebagai penyokong untuk dia berdiri ambil nafas. "You okay?"

Aster palingkan kepala keZander dengan muka merah padam kepenatan kehairanan. Macam mana Zander boleh sampai secepat ni...dengan bersahaja pulak tu. Dia ni dah nak putus nafas di buat gara-gara nak larikan dari lelaki ni. Urgh!

Tak mampu nak melafazkan sebarang kata, Aster hanya membuat thumbs up!

"Jom...awak tak boleh berhenti macam ni..nanti makin penat."ajak Zander sambil pegang belakang beg sandang yang Aster pakai.

Senang je cakap! Zander atlet tak apa la. Dia ni exercise pun malas. Inikan lagi stamina macam orang tua! Bergerak sikit dah termengah-mengah. Memang tak la."No...saya tak boleh.."sebut dia di balik nafas.

Zander tersenyum. "Sikit je lagi..awak boleh buat."paksa Zander semasa pegang tangan Aster dan tarik dia bersama naik bukit di depan mereka dimana pelajar-pelajar lain sedang lalui.

Kebetulan pada masa itu, Sarah, bekas teman wanita Zander turut berada di situ. Dan dia menyaksikan keadaan itu dengan renungan tak suka dari belakang. Sejak dia di situ, Zander sikit pun tak nak pandang dia. Malah budak junior hingusan tu jugak yang dikejarnya.

Zander berdiri dekat belakang menyokong Aster yang berada di depan sepanjang perjalanan tu. Dari satu cenuram ke satu cenuram di redahi mereka semua di situ dengan gigih tanpa seorang pun yang berhenti di tengah jalan.

Dekat sejam lebih macam tu, barulah Aster tiba di puncak bukit tersebut. Perasaan lega tu jangan cakap la! Memang melutut syukur terus dia dekat situ. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa leganya dia waktu itu.

Zander yang sejak tadi tengok-tengokkan Aster hanya tersenyum. Dia kemudiannya bercakung sebelah Aster menyerahkan satu botol air mineral untuk gadis itu.

10. You And Me NeverWhere stories live. Discover now