59.

1.6K 121 0
                                    

Kereta mewah berwarna hitam berhenti tepat depan laluan masuk rumah banglo dua tingkat itu setelah langit sudah pun gelap dan waktu pun telah lewat. Tak lama selepas kereta itu diparkir, si pemandu keluar terlebih dahulu sebelum berlari gegas ke tempat sebelah pemandu lantas membuka pintu kereta untuk si penumpang.

Dari tingkap orang yang duduk dalam rumah tersebut intai lihat keluar akan pasangan itu.

"Terima kasih untuk masanya..."ucap Zander pada Aster sambil seluk tangan dalam poket kot yang dipakai.

"Sama jugak dengan saya...maaf la kalau saya ada bersikap kasar ke tersalah kata ke sepanjang kita keluar tadi."ucap Aster serba tak kena. Dalam hati dia nak sangat cepat-cepat masuk ke dalam rumah. Kalau mama dia nampak, masak dia kena rebus dengan orang tuanya itu.

"Tak adalah. Saya enjoy je dengan awak. Kalau macam tu jumpa lagi...rehat la sana."Zander beri laluan untuk Aster masuk ke lama rumah itu.

Tanpa memandang Zander, Aster jalan menonong ke depan lekas-lekas. Berharap mama dia tak nampak yang dia balik dengan Zander lewat malam macam ni. Harap-harap wanita itu sudah tidur ke apa.

Dalam keadaan takut dan gementar, Aster seluk kunci dalam tombol pintunya perlahan-lahan. Dengar saja bunyi klik, baru la dia lepaskan nafas lega. Tapi dia tahan semula nafas masa nak masuk tu. Bukak pintu tu pun dah gelabah kot. Mana taknya bunyi engsel mengerenyet bagai, memang kantoi la jawabnya.

Suasana gelap menyapa pandangan Aster sebaik dia melangkah masuk ke dalam rumahnya. Sesenyap yang mungkin, dia tutup pintu tu perlahan-lahan. Sedikit je lagi...sikit je....

KLIK!

BOOM!

Cahaya terang menerangi ruangan itu.

Terus melompat Aster dibuatnya sehingga pintu itu tertutup kuat akibat tolakan badannya pada pintu tersebut. Elok degupan jantung dia berkadar 60 kali denyutan dalam masa seminit, menjadi beratus denyutan dengan cahaya lampu itu.

"Lambat balik?"tegur Mama Aster dengan tangan bersilang dekat dada masa berdiri dekat depan pintu masuk itu. Betul-betul menghadap Aster yang bersandar takut pada pintu tersebut.

"Mama...As..boleh jelaskan.."

"Kalau tak silap mama, itu Zander Knight , bukan?"wajah serius Mama Aster jelas memberitahu Aster yang mama dia betul-betul sedang marah.

Takut-takut Aster mengangguk kepala. Mata masih tak berani nak pandang.

"Mama dah pesan pada kamu untuk jauhkan diri dari dia kan...lagi satu..sejak bila kamu belajar balik lewat begini?"

Kening Aster mencerun serba salah sewaktu dia mengetap bibir kerana takut akan mamanya itu.. "Sorry..."tunduknya ke bawah serta merta.

"Papa kamu tak ada..jadi jangan la macam-macam. Kalau sesuatu terjadi pada kamu macam mana?Nak mama pesan berapa kali dengan kamu..."leter Mama Aster dengan jengkel.

Aster gigit bawah bibirnya kerana sedih dan takut.

"Kalau begini la sikap kamu, macam mana la mama nak biarkan kamu tinggal sendirian? Kamu tahu tak betapa risaunya mama menunggu kamu pulang...jam segini baru nak jejak kaki di rumah?Lain kali kali kamu keluar dengan Zander, mama akan grounded kamu sepenuhnya."tegas mama Aster lagi sambil mencekak pingang kerana berang.

Tersentak kepala Aster memandang mama dia. Keningnya berkerut sedih. "Mama jangan...Aster janji. Aster takkan keluar lagi dengan Zander..please jangan grounded Aster..."

Mama Aster lepaskan hela panjang. "Mama marahkan kamu sebab mama sayangkan kamu...jadi tolong faham. Jangan bencikan mama control hidup kamu begini...sekalipun kamu dah kahwin. mama srtil akan disiplinkan kamu...jadi berikan kerjsama kamu pada mama supaya mama tak marahkan kamu dan buatkan kamu sedih begini...faham tak?"

"Faham.."angguk Aster dengan serba salah. "Aster minta maaf mama.."

Dengan muka kesal, mama Aster tilik Aster dari atas ke bawah. "Sudah...pergi naik atas. Mandi. Siapkan kerja kalau ada baru masuk tidur."arahnya.

Tanpa bersuara, Aster terus naik ke tingkat atas. Sambil tu dia menggerutu tak puas hati. Semua ni salah FIena!

ARGHHHH!!!!!!!!

10. You And Me NeverOnde as histórias ganham vida. Descobre agora