22.

1.9K 153 3
                                    

"Hai Aster..."sapa Fiena dengan ceria seperti biasa masa ambil tempat di kerusi sebelah Aster.

"Hai..."balas Aster semasa melihat skrin telefonnya main game subway surfer cuba nak isi masa menunggu pensyarah masuk.

"Dah makan tengah hari?Aku ada pack dessert dari rumah ni?"aju Fiena sambil seluk tangan ke dalam beg tangan dia.

Aster pause game dia lalu angkat kepala memandang Fiena. "Dessert apa?"soal Aster.

"Pudding strawberi creme'...ada orang tu nak makan. Maid aku buat la tapi lebih, aku teringat kau suka kan perisa ni, itu yang aku pack kan sekali."maklum Fiena semasa mengeluarkan satu bekas plastic putih yang terisi dengan pudding berwarna merah jambu dengan wipping cream putih sebagai toppingnya.

Terangkat tinggi kening Aster bila tengok pudding tu. "Sedapnya...untuk aku ke?"soal dia dengan perasaan teruja yang amat. Favourite dia!

"Yalah...takkan la untuk orang lain pulak..makan la dulu sementara tunggu pensyarah masuk." Fiena tersenyum senang melihat reaksi Aster. Saling tak tumpah macam orang dirumahnya. Pantang betul bila tengok apa saja makanan atau minuman yang berperisa strawberi ni. "Ini sudunya."

Seakan memegang sesuatu yang berharga Aster letakkan bekas pudding tu dengan berhati-hati di atas meja itu lalu di buka seusai mengambil sudu dari Fiena. Bukak je penutup tu, bau strawberi serta krim terus menyapa hidungnya.

"Thanks FIena."ucap dia sebelum senduk pudding tu dengan sudu lalu disuap ke dalam mulut. Memandangkan mood dia baik hari ni, dia akan layankan je apa je kerenah Fiena.

"Sama-sama..."balas Fiena sambil topang bawah dagu memerhati Aster makan.

"Sedapnya..."komen Aster sambil tersenyum gembira. Berbunga hati dia bila rasa manis strawberi lalu ke deria rasa dan tekak dia.

"Kan...kalau nak beritahu. Aku boleh suruh maid aku buatkan untuk kau lagi."aju Fiena.

Aster pandang Fiena dengan kening terangkat. "Serius?"

Fiena angguk kepala."Kalau itu boleh buatkan kau berkawan dengan aku, apa aje aku sanggup buat."

Aster berhenti makan. Dia pandang pelik ke Fiena lepas dengar jawapan tu."Apa kau cakap tadi?"soal dia.

Fiena ketawa kecil."Apa aku cakap?"tanya dia dengan muka blur-blur.

Mata Aster naik turun memandang curiga ke Fiena. Haih perempuan pelik ni kan. Makin hari makin pelik dia menengoknya.

"Tadi kau cakap pasal asalkan aku berkawan dengan kau...ulang balik, aku tak dengar?"

Fiena jungkit bahu. "Entah...aku tak ingat. Kau salah dengar kot. Aku cakap kalau kau nak aku boleh bawakkan lagi."tipu Fiena.

Aster pandang pudding yang dia dah makan separuh dengan cemas sebelum pandang Fiena semula. "Ke kau mendajal aku dengan letak something dalam ni?"tanya Aster dengan mata terbutang takut.

"Apa lah kau...ke situ pulak. Mana ada. Makanan tu selamat la. Buat apa aku nak racun kau. Pelik-pelik je perangai."geleng Fiena sambil ketawa kecil sewaktu tunduk mengeluarkan pcnya lalu di letakkan atas meja.

Aster habiskan semua pudding dalam sekelip mata. Selesai makan dia gerak keluar dari situ untuk buang masa sampah. Baru je dia nak keluar pintu bilik kuliah, seseorang muncul dari luar hendak masuk ke dalam.

Tak semena, dia langgar orang tu, tapi tak terjatuh sebab kali ni dia sempat di peluk oleh orang yang melanggar dia. Well atau dia yang langgar? Entah la!

Ingatkan siapa tadi, sekali bila dia tengok, la si perenggus ni ke rupanya.

"Hish!Jauhkan diri kau dari aku!"Azriel tolak Aster terus lepas sedar yang dipeluknya itu adalah Aster. Seperti menepis kotoran, dia tepuk pakaian dia lepas Aster peluk dia tadi.

Kening Aster berkerut tak puas hati bila Azriel bereaksi macam dia tu virus atau kotoran yang menjijikan. "Sorry."ucapnya dengan perlahan.

"Memangnya dah tak ada orang lain ke yang kau nak langgar?Balik-balik aku! Sengaja ke apa ni!" sentap Azriel dengan kasar pada Aster.

Aster tak membalas bila ternampak wajah Elisson dekat muka Azriel. Tak jadi nak marah terus. Dia terus lalu sebelah Azriel untuk keluar buang sampah tadi.

Azriel yang tak puas hati dengan sikap acuh tak acuh Aster pegang lengan Aster menghalang gadis itu dari pergi.

"Hei...aku tengah cakap dengan kau kan. Siapa ajar kau pergi macam tu bila orang bercakap dengan kau?"

Hish! Lelaki ni kan! Kena jugak nanti ni!

Dengan renungan jengkel dia pandang Azriel lantas berkata."Saya dah minta maaf kan. Apa lagi awak nak. Benda dah berlaku..nak buat macam mana. Yang awak nak menyentap je kerjanya kenapa?Nak saya melutut depan awak minta maaf baru awak puas hati?Macam tu?"balas Aster. Dia diam, diam jugak. Sekali dah bukak mulut sorry la awal-awal.

Kening Azriel mencerlung tajam tak puas hati pada Aster. Kalau bukan disebabkan Aster dia takkan ada dekat sini. Masa dia cuba larikan diri dekat shopping komplek tu, Aster muncul halang laluan dia sampai dia tertangkap. Kalau Aster elak, dia pasti dah berjaya larikan diri. Dan sejak tu dia terperangkap di bawah kawalan ayah dia macam banduan.

Semua ni gara-gara Aster! Dia tak nak belajar! Dia tak nak duduk sini! Dia nak bebas! Nak buat hal sendiri! Tapi semuanya musnah sebab Aster. Untuk tu dia akan susahkan hidup Aster dan buatkan Aster rasa apa dia rasa.

Mereka semua dalam bilik kuliah tu tak berani nak masuk campur sebab takut akan Azriel.Semua orang kenal siapa Azriel. Terutama sekali mereka yang belajar satu sekolah dengan Azriel. Lelaki baran tu kalau boleh jangan diganggu. Kalau di ganggu macam ni la gayanya. Fiena yang perhatikan sendiri tak boleh nak buat apa. Dia sendiri tahu akan khabar angin siapa Azriel tak nak susahkan diri.

"Melutut la kalau macam tu."arah Azriel.

"Huh?"kening Aster berkerut tajam. Waras ke tak ni?

"Melutut depan aku...minta maaf dekat aku macam nyawa kau bergantung padanya!"ketap Azriel depan muka Aster.

Tanpa berfikir panjang Aster terus hayun tangan lalu menampar pipi tu!

PANG!

Senyap sepi ruangan tu.

Kalau jarum jatuh pun boleh dengar.

Umpama screen freeze lepas bunyi tamparan tu kedengaran. Semua dekat situ beku dengan kedudukan masing-masing sebab terkejut.

Aster rentap lengan dia dari cengkaman Azriel. Dada dia naik turun keberangan."Jangan fikir sebab awak anak senator saya perlu takut pada awak Encik Azriel Noah Albus. Saya tak tahu apa yang awak sakitkan hati sangat dekat saya. Apa saya tahu saya dah minta maaf tapi awak terlalu kurang ajar pada saya. Serendah tu awak perlakukan saya. Kalau awak expect saya untuk respect awak...awak kena belajar untuk hormati orang lain. Malu la sikit...mak ayah awak orang berpengaruh semua orang kenal...tunjuk perangai ni bukannya membantu awak...malah burukkan lagi reputasi awak tu."bebel Aster.

Dia dah fed up sangat.

Azriel ketap gigi tahan sakit tamparan di pipinya. Berani betul perempuan ni. Selama dia hidup, tak ada siapa pernah angkat tangan pada dia. Mahupun parents dia sendiri tak pernah nak tinggikan suara pada dia! Inikan orang luar! Perempuan rendahan macam Aster ni!

"Well excuse me!"pamit Aster sejurus tu.

Azriel berdiri dekat situ seketika sebelum kerling ke arah rakan sekuliahnya dengan bengang. "Apa pandang-pandang! Nak mengumpat la tu!Dengar eh...tersebar je cerita ni dekat luar kelas ni...kau orang semua kena dengan aku! Dengar tak!"jerkah dia dengan lantang.

Rata-rata dekat situ ada yang angguk kepala dan tunduk menyembunyikan muka sebab takut pandang lelaki tu.

Fiena yang perhati keadaan itu kagum sendiri dengan Aster. Ramai-ramai kawan perempuan yang dia jumpa kebanyakannya akan cuba ambil hati dan perhatian demi kepentingan diri sendiri.

Tapi tak Aster. Kawannya yang seorang tu kalau boleh tak nak ada kaitan dengan mana-mana lelaki seperti Azriel atau Zander sendiri.

Ini yang buatkan dia nak berkawan dengan Aster ni!

10. You And Me NeverTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon