10.

2.1K 136 0
                                    

"Hei! Jangan lari!"

"Kejar dia!"

"Ke tepi!"

Riuh rendah koridor shopping mall itu bila beberapa orang lelaki bersut seakan pengawal keselamatan lari mengejar seorang lelaki yang memecut merentasi koridor tersebut.

Para pengunjung shopping kompleks itu dengan kalut mengelak bila lelaki yang dikejar itu mendekati dan hampir melanggar mereka di situ.

Kebetulan pada waktu kekecohan itu berlaku, muncul Aster yang berjalan keluar dari kedai buku sedang tunduk memeriksa beg shopping langsung tak perasan akan kemunculan lelaki tersebut.

Sementara lelaki itu pula terlalu fokus pandang ke belakang sewaktu berlari sampai tak nampak Aster ada dekat situ. Habis berlanggar mereka berdua di buatnya.
Aster tercampak jatuh ke lantai sementara lelaki itu baring tersungkur dekat sebelah Aster.

"Aster!"satu suara kedengaran kemudiannya dari dalam kedai buku tu sebelum Ashton muncul dan duduk berlutut di sebelah Aster.

Sakitnya jangan cakap. Rasa macam baru dirempuh dengan jentolak je!

"Tahan dia!"arah lelaki bersut yang kemudiannya mendapatkan lelaki tadi lalu di cempung kedua-dua tangan sebelum di bangunkan dari lantai tersebut.

"Argh! Lepaskan aku!"gelut lelaki tu sambil menyepak-nyepak udara taktala badan dia terangkat beberapa inci di udara.

Aster bangun dari situ sambil di bantu oleh Ashton di sisi yang memeluk pinggang dia dengan erat. Dengan bingung dia pandang ke lelaki yang sedang meronta supaya di lepaskan.

What the hell happening just now?

"Maafkan saya...cik tak apa-apa?"seorang lelaki bersut bertali leher hitam berdiri depan Ashton dan Asper tiba-tiba. Buatkan kedua-dua itu taken back sekejap.

"Apa yang dah berlaku?"soal Ashton semasa melirik ke arah lelaki yang sedang bergelut hendak lepaskan diri. Tengok gaya macam bukan budak samseng atau perompak. Tapi kenapa di tahan macam tu sekali.

Aster usap tepi lengan dia dengan kening berkerut kerana kesakitan sebelum bertentang mata dengan lelaki yang sedang bergelut itu. Masih tak faham apa yang berlaku.

"Maafkan tuan muda kami. Dia lari dari jagaan kami. Maafkan kami sekali lagi. Ini adalah kad saya. Sekiranya perlu ganti rugi atau bayaran untuk rawatan atau pampasan sila hubungi nombor berikut."Lelaki tu serahkan sekeping kad pada Ashton.

Lelaki tadi yang sibuk bergelut memandang geram ke Aster. Kalau perempuan tu tak muncul dia pasti dapat lari.

"Aku akan ingat kau!"jerit lelaki tu sambil tunding jari ke Aster sewaktu dia diheret pergi dari situ.

"Selamat siang."tunduk lelaki bersut tadi pada mereka berdua sebelum berpaling pergi dari situ.

"Apahal la tu..."geleng Ashton dengan kesal masa tengok lelaki yang langgar Aster tadi marah-marah sebelum tunduk memandang Aster. "Kau okay?Boleh jalan tak ni?"

Aster angguk kepala dengan muka kesakitan. Dia tolak diri dia jauh dari Ashton lalu tunduk mengutip beg shopping dia yang bersepah dekat lantai tu. "Aku okay."

Ashton bantu Aster kutip barang yang terkeluar dari beg shopping tersebut. "Kau nak ke mana-mana lagi tak lepas ni?"tanya Ashton.

Terus lupa sakit dia bila dengar pelawaan itu.

"Ada!"jawab Aster dengan bersemangat. "Bawa aku ke starbuck."minta dia.

"Alright...nice. Kalau macam tu belanja aku sekali."aju Ashton.

Aster pandang Ashton dengan muka nak mencarut. "Asal aku pulak kena belanja kau. Nak, bayar la sendiri. Aku bukan bank kau!"

"Hello aku yang drive kau ke sini okay. Berterima kasih sikit jadi orang tu.."

Dasar pengungkit!Harap je badan dah kurus dan ada rupa, perangai sama je macam masa gemuk dulu! Tunggu la...

"Ada aku suruh drive kan aku ke?"jeling Aster. Ish..lelaki ni kan, Memang mencabar kesabaran betul la. Dari mana si Ashton ni muncul?Asal perangai menyakitkan hati sangat! Tak adalah spesis manusia macam lelaki ni.

"Ya sudah kalau tak nak...aku pun tak nak hantar kau beli Frappuccino apa kejadah kau tu...."ugut Ashton yang terus jalan kedepan meninggalkan Aster dekat belakang.

Menghentak kaki tak puas hati Aster bila tengok belakang badan Ashton. Argh! Benci betul la.

"Fine...aku belanja! Bawa aku ke sana sekarang!"laung dia semasa lari mengejar langkah lelaki lampai dengan shopping beg dekat kedua-dua tangan.

10. You And Me NeverWhere stories live. Discover now