49.

1.7K 138 0
                                    

Seperti biasa, mereka sekeluarga makan malam sama pada hari itu sambil berbual akan rutin harian yang dilakukan dalam sehari ini. Ada jugak diselangi gelak ketawa bila Ashton cakap entah yang apa-apa. Papa dan Mama Aster dan Aster sendiri berborak dengan gembira sesama mereka.

"Kamu nak tambah lagi ke Aster?Ashton?"tanya mama Aster.

Aster yang tengah mengunyah makanan geleng kepala.

Sementara Ashton dengan beria angguk kepala hendak tambah makanan.

Mama Aster letakkan lauk ke pinggan Ashton dengan senyuman senang di bibir. "Makan banyak-banyak."

"Terima kasih.."senyum Ashton dengan senang hati.

Baru sahaja mama Aster hendak tuangkan air kosong ke dalam gelas suaminya, deringan loceng rumah hentikan niat dia. Semua dia situ tersentak hendak menjawab panggilan tu, tapi mama Aster terlebih dahulu yang bangun.

"Tak apa...biar mama pergi tengok."kata mama Aster semasa memandang Aster.

Mereka semua perhatikan mama Aster pergi dari dapur untuk ke ruang tamu sebelum kembali menyambung makan mereka.

"Ash..bagikan aku jug air tu.."tepuk Aster pada lengan Ashton di sebelahnya mahukan air.

Sambil suap makanan, Ashton capai jug air dengan tangan satu lagi lalu diserahkan kepada Aster. Jug itu dicapai Aster, lalu dia gerak untuk tuangkan air ke dalam gelasnya yang sudah kosong, masa dia tuang tu la mama dia muncul di depan pintu masuk dapur.

"Aster...ada orang cari kamu.."

Kepala Aster tersentak memandang ke arah pintu dapur itu dengan kening terangkat lantas memandang mama dia sambil letakkan jug air tadi ke bawah. "Siapa?"

"Pengawal dari kediaman Senator Albus sendiri."Mama Aster kemudiannya gerak ke tepi seakan memberi laluan. Dan muncul la dua lelaki bersut hitam dari belakangnya.

Ashton, Aster dan papa Aster sendiri pandang terkejut dengan kehadiran mereka di situ. Dah kenapa tiba-tiba muncul malam macam ni. Esok tak boleh ke?

"Ya?"sapa Aster dengan kening berkerut tak faham.

"Puan Senator hantar kami ke sini untuk jemput cik. "maklum lelaki pertama.

"Huh?"nganga Aster dengan terkejut. "Ada apa?"

"Puan beritahu dia cuba call cik tapi cik tak jawab. Jadi dia fikir untuk hantar kami ke sini dan jemput cik sendiri adalah lebih baik. Kerana itu kami ke sini."jelas lelaki kedua pula.

Ashton cepat-cepat telan sisa makanan dia lalu bersuara. "Yalah..untuk apa..malam-malam macam ni ada sesuatu berlaku ke?"

Buat seketika ruangan itu senyap selepas tiada seorang pun yang bersuara."Puan perlukan cik sekarang. Itu saja saya boleh beritahu."jawab lelaki pertama.

Aster pandang ke papa dia. "Papa?"

Papa Aster berbolak balik. Macam nak tak nak je bagi izin pada Aster untuk keluar rumah. Tapi masalahnya sekarang, senator. Kalau dia macam-macam, dia jugak yang susah nanti. Terpaksa la. Nak buat macam mana lagi kan.

"Pergi la sana...mungkin ada sesuatu terjadi pada dia sehingga perlukan kamu."angguk Papa Aster.

Ashton pandang dua orang lelaki bersut itu dengan muka ingin tahu. Apa yang berlaku dekat puan senator sampai siap panggil Aster waktu macam ni.

Aster bangun dari situ dalam perasaan teragak-agak. Rasa tak sedap hati. Apa pulak yang berlaku dekat Elisson kali ni. Dah lama dia tak jumpa budak tu. Mesti Elisson ingat dia tipu kerana mungkiri janji. Serius dia tak ada niat pun. Keadaan je yang tak izinkan dia untuk ke sana beberapa hari ni.

"Tak apa ke Ma?'tanya Aster lepas dia berdiri depan mama dia depan pintu dapur tu.

"Tak apa sayang...kamu pergi la. Mama yakin dia lebih perlukan kamu di sana..."mama Aster tepuk bahu Aster beri kepastian.

Dengan kening berkerut Aster pandang dua lelaki di depannya. "Tunggu sekejap. Saya salin pakaian."ujarnya.

Dua orang itu beri anggukan faham lantas memberi laluan pada Aster untuk keluar dari situ.

Tanpa berlengah Aster keluar dari dapur itu dan gerak ke tangga dan naik ke tingkat atas.

10. You And Me NeverWhere stories live. Discover now