84.

1.9K 136 0
                                    

Hari sabtu petangnya Aster keluar beli hadiah dengan papa dia lepas sampaikan berita mengenai jemputan yang senator pelawa kepada mereka sekeluarga. Mama Aster orang paling teruja lepas dengar. Dengan tak sabar, Mama Aster siap nak sediakan kek sebagai buah tangan masa majlis nanti. Sementara Papa Aster pula cadangkan untuk sediakan hadiah dan beli pakaian baru untuk majlis tersebut.

Malam ahadnya, iaitu malam majlis diadakan. Mereka sekeluarga bertolak sama ke sana yang mana di jemput oleh driver senator sendiri. Mama Aster dengan wajah berseri tak sabar bawa kek bersama, sementara papa Aster tak habis-habis mematai interior design kereta mewah yang di naiki mereka. Sementara Aster dah kecut perut sepanjang perjalanan tu.

Yalah mana dia tak gelabah, ini majlis orang kaya pertama yang dia pernah pergi. Lagipun dia tak yakin yang hadiah murah dia ni sesuai untuk lelaki kaya macam Azriel tu. Entah-entah di ketawakan lagi tu lepas dia berikannya kepada Azriel nanti.

Pemanduan mereka itu tak terasa lama. sebab sekelip mata saja mereka sudahpun berada di depan pintu utama rumah agam mewah milik keluarga Albus.

"Mama...dari mana mama beli dress ni?"tanya Aster masa dia tunduk memandang dress setelah berdiri di sebelah mama dia sejurus keluar dari kereta.

Mama Aster berpaling ke sisi sambil rangkul lengan suaminya. "Kenapa...kamu tak suka ke?"

Papa Aster waktu itu sedang memegang kotak berisi kek dongak melihat infrastruktur rumah  dengan kagum. Dia kena buat research tentang binaan rumah ni sebagai bahan rujukan dia di masa depan nanti. Ianya sangat indah dan begitu megah di pandang mata.

"Tak ada la...macam mahal je...mama tak membazir dengan belikan dress yang Aster akan pakai sekali sekala kan?"

Mama Aster hanya ketawa lalu memegang belakang badan Aster sewaktu mendorong anaknya berjalan masuk ke dalam sewaktu suami dia mula mendaki tangga hendak ke pintu masuk.

"Jangan risau...lagipun kamu nampak cantik dengan dress tu."puji mama Aster.

Aster dekat sebelah hanya buat muka tak pasti. Entah kenapa dia rasa lain macam. Something tak kena. Dan dia tak pasti apa benda yang tak kena tu. Apa yang dia tahu perut dia memulas aneh sepanjang masa hari ni.

Sebaik sahaja Aster dan parents dia masuk ke dalam rumah yang mana tak asing buat Aster, Freddie si butler yang bertugas menyambut tetamu menyapa mereka dengan senyuman lebar di bibir.

"Aunt...uncle.."panggil Freddie dengan gembira sebelum peluk papa Aster dan mengucup tepi kepala mama Aster sewaktu bertemu dengan mereka.

"Hai...kamu sihat?"sapa mama Aster dengan gembira.

Aster hanya berdiri dekat situ dengan muka blank.

"Sihat..."angguk Freddie. "Jemput la masuk..Puan Tiara kata dia nak jumpa bila aunt dengan uncle dah datang.."

"Iya?"

"Ha'ah...sini saya tunjuk.."pelawa Freddie sambil aju tangan ke arah koridor sebelah kiri rumah itu dimana majlis diadakan.

Aster ikut dari belakang dengan senyap sambil pegang erat kotak hadiah yang di bawa sejak tadi. Tak besar mana pun, Kecik je. Nak besar-besar tak mampu.

Beberapa ketika kemudian, mereka berjalan menyusuri koridor tingkat bawah itu, mereka pun tiba di depan sebuah pintu yang pada asalnya merupakan dewan makan, tapi di susun atur menjadi dewan ball room untuk malam itu.

Ramai betul tetamu dekat situ. Penuh dengan orang bertuksedo dan wanita berdress indah. Pandang je mereka dekat situ, Aster terus rasa rendah diri.

Hiiihh....semua dekat situ pandang je nampak mewah...sedang dia rasa macam orang dalam karung guni je rupanya bila berdiri di kalangan orang kaya macam ni.

"Aster..."panggil suara ceria Tiara dari kejauhan.

Mama Aster yang dengar ikut lambai riang dengan senyuman lebar di bibir.

"Hai..."sapa mama Aster sejurus tiba di depan Tiara.

"Terima kasih sebab sudi datang.."ucap Tiara lagi sewaktu memeluk kejap badan mama Aster dan papa Aster sebagai sapaan.

"Saya yang patut terima kasih sebab pelawa kami ke sini.."ucap Mama Aster. "Oh ya..ini ada kek dari saya. Maaf la ianya biasa-biasa saja."

Papa Aster suakan kotak yang dihias cantik dengan reben itu kepada Tiara.

"Iya ke buat susah je...terima kasih ya...saya sendiri dah lama tak rasa masakan awak...macam tahu-tahu pulak..."Tiara pegang kotak kek itu dengan berhati-hati. Dia kemudiannya mengerling ke gadis yang indah dan cantik mengenakan dress cekak leher dedah bahu lengan pendek paras lutut di belakang Mama Aster dengan senyuman lebar. "Aster kamu ke tu?"tegur dia.

Aster jengah kepala sikit dari balik mama dia lalu tersenyum manis pada Tiara. "Iya saya.."

"Cantiknya kamu...hampir saya tak cam kamu tadi..."komen Tiara dengan senyuman lebar di bibir.

Aster sudah tersipu. Ya-ya la tu. "Terima kasih."ucapnya sambil selak anak rambutnya ke belakang telinga.

"Mari la...suami saya nak jumpa awak berdua...Aster...kamu boleh kan layan diri?"Tiara pegang lengan Mama Aster sewaktu memandang Aster.

Sambil tersenyum nipis Aster angguk kepala. "Sure.."

"Mari.."ajak Tiara yang membawa Mama dan Papa Aster pergi menjauh dari Aster untuk mendekati senator yang sedang berada di hujung bilik itu.

Aster yang ditinggalkan dekat situ cuma berdiri kaku tak tahu nak buat apa.

Now what?!

Semua dekat situ begitu asing buat Aster. Nak tegur tak berani, tercongok macam ni lagi la buat malu diri.

Tak lama Aster berdiri dekat situ, suara orang membuat pengumuman kedengaran dari depan ruangan itu. Buatkan Aster tersentak sekejap untuk pandang ke arah tersebut.

"Mohon perhatian kepada tuan-tuan serta puan-puan yang dihormati sekalian.."ucap pengacara majlis menggunakan mikrofon.

Aster pandang ke depan ruangan dimana terdapat satu kek bertingkat warna putih terletak sebelum ke pengacara majlis tersebut. Pengacara itu menyampaikan beberapa ucapan mengenai tujuan dan alasan majlis diadakan. lima minit macam tu, baru la pengacara itu mempelawa main attention malam ini. Iaitu birthday boy!

Azriel Noah.

Kalau orang lain dekat situ terpegun, apatah lagi Aster yang sudah lama memendam rasa taktala melihat lelaki lampai yang segak mengenakan tuksedo berwarna biru gelap berjalan mendekati pengacara tadi dan berdiri di tepi kek tingkat tadi.

Dan masa itu la realiti meghentak Aster setelah dia melihat warna pakaian yang di pakai Azriel.

What the-

Aster tunduk pandang baju dia dengan kening berkerut tak faham. Baju dia sama warna dengan Azriel?

Eh?

"Terima kasih."ucap Azriel dekat depan sambil fokus memandang satu arah. "Kerana sudi hadir ke majlis saya. Kehadiran anda semua adalah satu kebesaran dan penghormatan untuk saya untuk meraikan ulang tahun kelahiran saya ini...."ucapnya. "Sekian."

Terkedip mata Aster masa tepukan gemuruh mulai memenuhi ruangan tersebut. Hanya dia saja tak bertepuk tangan sebab masih tak faham apa yang berlaku.

Macam mana baju dia boleh sama warna dengan Azriel?

Dan kenapa lelaki tu pandang dia je sejak tadi?

Rasa macam ada yang tak kena, Aster gerak berpaling dari situ semasa Azriel sedang potong kek dekat depan.

10. You And Me NeverWhere stories live. Discover now